Kerajaan BN Punya Kerja Lahirkan Anak Dengan RM 27

Alhamdulillah, Kerajaan Malaysia telah terbukti mampu melaksanakan dasar-dasar kebajikan  yang mana sering kita lupa untuk mengsyukurinya, kerana kebanyakan dari kita lebih suka melihat keindahan yang tidak ada nyata padanya melainkan khayalan majnun si penggila kuasa.

Sebelum itu semalam Gk ada melaporkan mengenai layanan angkuh kakitangan Dewan Bersalin Hospital Raja Perempuan Zainab 2, bagaimanapun isu tersebut boleh dianggap selesai setelah respon segera dari pihak berkenaan, namun apa yang dilaporkan semalam bukanlah untuk kepentingan sendiri semata-mata, seolah-olah bila isu sendiri selesai cuba pula untuk mengaburinya dengan kebajikan kerajaan. Kerana jika masih terdapat lagi kes-kes seumpama itu selepas ini, anda bolehlah email kepada saya dan saya tidak teragak-agak untuk menyiarkannya demi kebaikkan kepada semua.

Melalui pemerhatian saya juga secara keseluruhannya memang benar sudah ada sedikit perubahan berkaitan layanan kakitangan HRPZ 2 terhadap pesakit dan waris pesakit, cuma tidak dinafikan masih ada seorang dua lagi yang masih tidak mengamalkan apa yang digariskan oleh pihak kementerian, tetapi pujian boleh diberikan kepada kakitangan HRPZ 2 di WAD 24 yang rata-ratanya melaksanakan tugas dengan cekap, baik dan sempurna, dan yang paling penting tidak biadap dengan pesakit serta waris pesakit.

Disamping itu ingin juga diselitkan  kebajikan kerajaan yang jarang-jarang dinilai dan dihargai oleh kita sebaliknya selalu saja kita menghentam apabila timbulnya kes-kes yang tidak memuaskan hati kita semua, untuk itu kita harus berlaku adil dan menampilkan juga kebaikkan-kebaikkan pihak kerajaan kepada seluruh rakyatnya daripada terus diselindungkan oleh 'puak-puak tu'.

Tahukah anda RM 27.00 adalah harga yang perlu dibayar untuk melahirkan putera atau puteri dengan selamatnya, kemudian rawatan susulan kepada ibu dan bayi terus kerumah tanpa sebarang 'charge' yang tersembunyi, tapi apakah itu kos sebenar mengikut pasaran semasa seperti yang dikenakan oleh kebanyakkan hospital serta klinik swasta yang lain ? Pastilah tidak, kerana kos sebenarnya ditanggung oleh kerajaan yang dikatakan zalim yaitu kerajaan Barisan Nasional.

Tapi itu hanyalah salahsatu daripada beribu kebajikan yang diberikan kepada rakyat, bagaimanapun apa jua kebajikan yang diberikan samada ia dalam bentuk perkhidmatan mahupun bayaran tunai seperi BR1M, kebajikan itu akan tetap dibangkang sehinggalah ke hari kiamat.

Sebagai seorang rakyat yang cintakan tanahair serta nikmat dan keamanan yang dikecapi hari ini, hendaklah kita sedar dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung, tidak semua negara yang rakyatnya dapat menikmati kebajikan sebagaimana yang berlaku didalam negara kita, 

Oleh itu bersyukurlah selagimana masih ada kerajaan yang mengambil berat akan kebajikan  rakyatnya, cuma dalam kita bersyukur tidak pula kita mengampu, ada yang tidak kena pasti lantang kita mengkritik, kerana kritik itu adalah hak yang bergelar rakyat bagi menjamin kerajaan memandu negara kita pada landasan yang betul dan selamat. Anda Mampu Mengubahnya.

Tak apalah tak 'free' pun, kerana itu sudah cukup memadai sebagai komitmen kepada pelayaran bahtera yang seterusnya, cinta sama cinta pun nak kena bayar beb !!!....

4 comments:

  1. Tahniah Bro GK dapat anak Putera... Panjang umur murah rezeki. Insyaallah

    ReplyDelete
  2. Artikel GK semalam buat aku naik darah .Komen aku smlm pun agak kurang baik buat orang gomen.Tapi tu lah hakikatnya sebab nila setitik rosak susu sebelanga.Artikel GK hari ni buat aku sejuk kembali.Syukur mslh dh selesai.Harap mana2 staff yang perangai tak elok tu ubah2lah..

    ReplyDelete
  3. aku respect btul dgn cara penulis ni berfikir,oklah kena dgn jiwa muda,isunya lebih kpd realistik,gentleman cam ni bru matang,kalau yg tak btul,bebas utk mengkritik,yg baik bebas utk puji
    Aku lom kawin lagi,xthulah plak kos bersalin kt hosp krajaan ni cuma rm 27,aku ingatkan mahal sbb sume org desak nak percuma,kalau charge stakat 27 hengget ni desak nk free buat malu jerlah,xberbaloi...
    kata penulis kt ats tu "cinta sama cinta pun nak kena bayar beb !!!"...huhu,aku stuju,tu buat aku kerja keras skrg ni,rm 8k tuuu cinta sama cinta.Yerlah takkan nak free,sume nk free mati ahh.

    ReplyDelete
  4. Hanya pembangkang terutamanya hamPas x tau bersyukur atas apa yang kerajaan berikan malah doa keburukan kepada orang buat kebaikan. Tunggulah azab Allah kpd org x bersyukur.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...