Nik Aziz Nafi Bela Nurul Izzah Serta Menyalahkan Penasihat Agama PM Kerana 'Syaitan Bisu'

KOTA BHARU - Dikala seluruh umat Islam tanpa mengira fahaman politik bangkit menegur, mengkritik dan menyelar kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar bahawa Melayu Islam bebas untuk memilih mana-mana agama, namun Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tampil dengan pendapat yang berbeza apabila menafikan kenyataan itu dibuat oleh Nurul Izzah dan menuduh pihak media telah memutarbelitkannya. 

Menurut Nik Aziz, kenyataan itu bukan datangnya daripada Nurul Izzah sebaliknya pihak media telah memutarbelitkan kenyataan tersebut, "Izzah lain surat khabar lain, hak Izzah bercakap mestikah serupa dengan surat khabar siar" katanya. 

Namun kenyataan Nik Aziz itu mengundang rasa terkilan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin yang menyifatkan kenyataan Nik Aziz membela Nurul Izzah itu sebagai tidak bertanggungjawab kepada agama Islam dan lebih mementingkan politik semata-mata.

Abdullah berkata, pemimpin Islam di negara ini perlu sepakat dalam menjaga kepentingan agama Islam tanpa mengira perbezaan fahaman politik, tindakan sesetengah pemimpin politik yang mengetepikan kepentingan agama demi kedudukan politik dan menyebabkan kecelaruan berpanjangan dalam masyarakat amat dikesalkan.

"Amat dikesalkan kerana pemimpin Pas seperti Nik Aziz dan Haji Hadi tidak mahu memperbetulkan kenyataan yang dibuat Nurul Izzah dalam soalan kebebasan beragama selain turut menyokong dan mengatakan perkara tersebut tidak penting," katanya pada satu perjumpaan dengan media, di sini hari ini.

Katanya Nik Aziz  jelas mengetepikan kepentingan Islam apabila menyokong Nurul Izzah sekalipun menyedari Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu melakukan kesalahan besar.

"Nik Aziz jika tahu perkara itu salah sepatutnya jangan keluar apa-apa pandangan dan lebih baik menjadi syaitan yang bisu daripada syaitan yang berkata-kata," katanya.

Beliau turut meminta Nurul Izzah memperbetulkan kenyataannya dan meminta maaf dengan mengakui tidak arif tentang bidang agama.

Bagaimanapun berhubung kenyataan yang dibuat Abdullah itu, sekali lagi Nik Aziz membuat kenyataan balas menerusi Facebook beliau dengan mendakwa syaitan bisu atau syaitan berkata-kata keduanya adalah hina, Nik Aziz turut menafikan membela Nurul Izzah melainkan hanya ingin mendapatkan kenyataan penuh sebelum beliau mengulasnya.

"Menjadi syaitan samada bisu atau bercakap kedua-duanya adalah hina. Alangkah pelik jika seorang yang berilmu agama berkata lebih baik menjadi syaitan bisu dari syaitan berkata-kata,

"Dalam hal kenyataan YB Nurul Izzah, saya hanya ingin mendapat kenyataan penuhnya yg sebenar sebelum memberi komen, dan beliau sudah berhasrat menyaman media yang memutarbelitkan kenyataannya. Saya kesal dgn perbandingan melampau penasihat agama PM ini".

5 comments:

  1. Doh...kata berkawan dengan syaitan pun tak apa????

    ReplyDelete
  2. nik ajis la leh berkawan ngan syaitan

    ReplyDelete
  3. Kenyataan yang membodohkan diri sendiri, video tak tengok ker...oppsss video tu kan besi...Salah satu ciri ularmak hanyut dan ularmak syaitan bisu adalah menjatuhkan hukum secara berpilih-pilih, wal halal ku wal haram mu...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. ah,dah mmg media yg salah! umno la punya keje kan!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...