Video - Husam Dimarahi Nik Aziz Masa Sidang Media Kerana Tindakan Biadap

Gara-gara tidak layak menjadi seorang Menteri Besar tetapi masih lagi bernafsu besar, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimalukan sekali lagi oleh bakal penggantinya pada sidang media ketika menjelaskan berkaitan isu royalti minyak Kelantan.

Dalam masyarakat Melayu, budaya dan adat resam serta kesopanan adalah punyai nilai yang sangat tinggi, lebih-lebih lagi terhadap orang yang sudah tua, namun jika seseorang itu melangkauinya ia sudah pasti ada maksud tersirat disebalik kelakuan tersebut.

Apa yang dapat dilihat pada rakaman video dibawah secara sinis dan halus bakal pengganti Nik Aziz menunjukkan rasa tidak hormatnya terhadap Nik Aziz dengan mendindingkan peta gambar langsung mendepani atau disebut diatas muka Nik Aziz. Tindakan yang boleh disifatkan sebagai biadab itu membuatkan Nik Aziz serba salah dan hanya mampu menahan malu.

Selepas frame peta itu dialihkan semula oleh bakal penggantinya, Nik Aziz terpaksa 'cover' malunya dengan melihat keatas seolah-olah melihat lampu samada kesemuanya berfungsi ataupun tidak, dan kelakuan itu tidak selayaknya untuk seorang Menteri Besar sebaliknya tugas itu hanyalah tugas seorang juruteknik sahaja.

Pada masa itu juga Nik Aziz tidak mampu untuk berbuat apa-apa, namun rasa sakit hatinya dilepaskan juga dengan menegur bakal pengganti beliau yang meminta sedekah berhubung isu tuntutan royalti, dan tindakan menegur itu jarang sekali dibuat oleh Nik Aziz pada sidang media seperti itu, namun bila hati sudah sakit dan tidak suka, pasti ada saja yang tidak kena, begitulah juga sebaliknya.

Kelicikan bakal pengganti Nik Aziz memang tidak dapat dinafikan, namun tindakannya dilihat lebih ketara adalah selepas Nik Aziz mengarahkan barang-barang dagangan syiah dikeluarkan serta merta dari ekspo yang dianjurkan beberapa bulan yang lalu.

Menurut sumber terdekat, tindakan bakal penggantinya yang lebih menampakkan itu juga disebabkan krisis dalaman yang melibatkan keluarga serta kegagalan beberapa projek yang dirancang yang membuatkan bakal penggantinya pecah tembelang dan tidak mampu untuk berselindung lagi dengan sikap sebenarnya.

Sikap tidak sabar yang diwarisi dari Ketua Pembangkang Malaysia itu difahamkan akan memakan dirinya sendiri, beberapa strategi terancang yang dilaksanakan bagi menjatuhkan Nik Aziz oleh pencacai bakal pengganti Nik Aziz dilaporkan kesemuanya dapat dihidu oleh Nik Aziz menerusi bantuan dan penerangan orang-orang yang terdekat dengan Nik Aziz termasuk anggota keluarganya sendiri.

Bagaimanapun apa yang dinyatakan diatas itu adalah ringkasan sebahagian cerita daripada sumber dalaman yang sangat-sangat boleh dipercayai dan dekat dengan Nik Aziz dan bukannya ilham Gk sendiri, sejauhmana kebenaran sebenar itu untuk diterima terserah kepada masing-masing, dan untuk pengetahuan juga, cerita mengenai perancangan bakal pengganti Nik Aziz untuk menjatuhkan Nik Aziz terlalu panjang serta punyai beberapa siri yang akan diterbitkan secara lengkap dari semasa ke semasa. Memang licik..ish,ish,ish. Anda Mampu Mengubahnya.

5 comments:

  1. kehkehkehkeh,husham oh husham,kau ni nak jd mcm pak Anu jgk ke,nmpk sngt kau ni xsabar2 yer,hahahahaha,aku ingt org yg dikata lebai2 ni,xde sikap mcm tu,rupanya lebih teruk...

    ReplyDelete
  2. Cuba perhatikan pd saat ke 29,Nik Aziz terintai2 nk tgk,giler btul husam pekena,kesian plak aku tgk kt org tua tu

    ReplyDelete
  3. alhamdullilah berkat doa nik aziz agar Allah menurunkan tentera Ahzab untuk memusnahkan kebatilan ... maka kini tentera Ahzab menyerang puak yang batil itu ... semoga Allah mempercepatkan kemusnahan puak yang batil itu ... er aku juga berharap doa orang yang teraniaya (Saiful) dipercepatkan dikabulkan Allah dan orang yang menzaliminya dengan meliwatnya dihukum dengan hukuman yang maha berat ... dan orang yang menyokong peliwat tersebut dengan mengeluarkan fatwa bahawa orang yang kononnya menfitnah peliwat itu perlu menjilat kaki peliwat tersebut serta puak yang menggunakan masjid sebagai tempat mempertahankan peliwat tersebut dengan kutbah dan ceramah mempertahankan peliwat tersebut juga dimasukan ke dalam golongan orang yang menganiayai mangsa liwat (saiful) dan menerima hukuman yang sama dengan peliwat tersebut dan pada hari berabngkit nanti dimasukan ke dalam kumpulan yang sama dengan peliwat agung itu ... Amin Ya Allah ... harap admin siarkan ...

    ReplyDelete
  4. Teruk la Husam kena marah biadap sungguh....ishk ishk

    ReplyDelete
  5. kure ajar huse,tok guru duk pendam doh tu,sabit dio sound,bodo apo duk main kot atas muko ore lagu tu,xdok adab sungguh,kalu yo pun nok perjelas hormatlah sikit ko tok guru,demo pun bleh jd exco sbab tok guru,jange lupo diri deh!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...