Khalid Sifatkan Penggalakkan Murtad Nurul Izzah Sebagai Usaha Dakwah

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad mempertahankan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersabit kenyataannya dalam isu kebebasan beragama sebagai bertujuan untuk berdakwah kepada bukan Islam di negara ini.

Bagaimanapun menurut Khalid, kenyataan Nurul Izzah itu dijadikan bahan fitnah dan sengaja diputarbelitkan oleh pihak tertentu atas dasar kepentingan politik.

"Dia mengasaskan hujahnya kepada ayat 'La Iqra Haffidin' - tidak ada paksaan dalam agama.

"Forum dianjurkan di sebuah gereja. Maknanya dia pergi, latar belakangnya, hendak berdakwah, berinteraksi dengan masyarakat bukan Islam, nak berdakwah menyatakan kepada orang bukan Islam, jangan takut pada Islam kalau ada pemerintahan yang berasaskan Islam sekali pun, soal kebebasan beragama dijamin dalam Islam. Itu konteksnya.

"..... hilangkan ketakutan orang bukan Islam terhadap Islam tapi akhirnya dia ditempelak dengan tuduhan hendak memurtadkan orang," jelas Khalid.
 
Bila pula Nurul Izzah tu jadi pendakwah ya ? Lantak kaulah Khalid, dah nama pun Khalid gereja, hari tu kau bela versi lain, hari ni pulak lain, dan semuanya lain-lain sebagaimana Mujahid bela versi lain,... Azmin bela versi lain,... Nik Aziz bela versi lain,... Hj Hadi bela versi lain,...Nik Abduh jer yang tak bela... dan kalau 10 orang pemimpin PR semuanya dalam berlainan versi apabila tampil membela Nurul Izzah.

Politik mengatasi segala-galanya, kerana politik agama pun sanggup diperjudikan, apakah pemimpin seperti ini layak untuk diberikan amanah bagi memimpin negara kita...Anda Mampu Mengubahnya.
 

2 comments:

  1. Dalam erti kata lain Khalid gereja ini menyifatkan orangramai termasuk aku ni bodoh, bengap dan otak IQ 00 dan boleh telan hujah dia. Dia seolah-olah boleh berkata dan kita boleh terima perkara-perkara berikut:
    1. Kebebasan seks dibenarkan untuk mengelakkan stress dan kegersangan janda dan duda.
    2. Arak seharusnya dibenarkan dijual dikedai-kedai Melayu/Islam untuk menarik pelanggan bukan Islam.
    3. Restoran Melayu digalakkan menjual bah ku teh dan itik cucuk salai atas urusan dakwah.
    4. Usaha dakwah adalah termasuk mabuk, berbogel, mengikuti upacara agama lain spt cucuk dan pikul kavadi,nyanyi gereja dan apa2 yang korang suka.
    5. Selain daripada mengistiharkan murtad, Melayu Malaysia tak perlu mengaku Melayu.

    Khalid gereja..Islam akan bertambah kuat bila umatnya semakin dekat kepada Allah dan Rasulnya dan semakin takut kepada api neraka.
    Apa yang kamu cuba lakukan adalah membawa umat Melayu yang sedia jahil ini lebih jauh dari ketakwaan dan lebih dekat kepada api neraka.

    ReplyDelete
  2. Dunia akhir zaman.....macam2 ada...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...