Manifesto Pas - 7 Jalan Pintas Ke Syurga Bagi Rakyat Yang Buta

Manifesto PAS 1990 merupakan garis kasar program yang akan dilaksanakan apabila parti itu berjaya memerintah Negeri Kelantan. Pas telah diberikan kepercayaan oleh rakyat Kelantan memerintah sehingga sekarang. Tapi apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan dan tidak memberi keuntungan kepada rakyat Kelantan bahkan terus ditipu oleh Parti Pas sendiri.

Beberapa usaha Pas untuk melaksanakan program politik di negeri Kelantan selaras dengan kehendak Islam tetapi tidak berjaya hanya tipu helah semata-mata. Antaranya ialah..

1- Melaksanakan dasar peraturan Islam dalam semua urusan pemerintahan termasuk perundangan, pentadbiran dan masyarakat.

Hakikatnya...
Pas gagal melaksanakan dasar peraturan Islam sepanjang 21 tahun pemerintahan. Yang sudah dibuat cuma beberapa perkara kecil seperti cuti pada hari sabtu. Pas tidak menguatkuasakan Kanun Jenayah Syariah 11(Hudud). Kononnya Kerajaan pusat yang halang. Sebenarnya Pas tak mampu nak laksanakannya kerana tidak ada persediaan. Sebaliknya Kerajaan Negeri membayar RM 240,000 kepada Firma Tetuan Wan Mutalib & Co untuk menyediakan deraf perlaksanaan kanun tersebut. Tetapi deraf tersebut tidak disiapkan. Membazirkan wang rakyat.

2- Menanamkan kesedaran bahawa politik Islam adalah yang terbaik dibandingkan dengan politik sekular kepada semua lapisan masyarakat.

Hakikatnya..
Kesedaran apakah yang ingin ditanamkan oleh Pas? Pas sahaja yang betul, orang lain semuanya salah sehinggakan anak-anak kecil di tadika diajar untuk membenci pemimpin negara. Pas juga tidak kisah bekerjasama dengan syaitan dan DAP, mahu melelong Putrajaya, membenarkan mencarut dan masih mengkafirkan orang lain. Inikah kesedaran politik Islam yang Pas mahu?

3- Meyakinkan rakyat bahawa perjuangan dalam politik adalah suatu tuntutan ke atas umat Islam demi mengembalikan kekuasaan berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Hakikatnya..
Pas sengaja menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Islam. Yang pastinya Malaysia adalah sebuah negara Islam. Ketua Negara adalah orang Islam. Negara kita juga melaksanakan undang-undang terhadap orang Islam. Kerajaan mengambil kira kaedah "maslahah-mursalah" , "fiqh-al-siasah as-syar'iyyah" dan "fiqh al-aulawiyyaah". Tidak timbul persoalan mengembalikan semula kekuasaan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah kerana Mahkamah Syariah telah diberi kuasa melaksanakan syari'at Islam berdasarkan hukum syarak.

4- Meyakinkan rakyat bahawa kegiatan beribadat dan politik hendaklah bersekali dan tidak boleh dipisahkan. Memang menjadi amalan Kerajaan Umno/BN.

Hakikatnya..
Beribadat dan berpolitik tidak boleh dipisahkan. Sebab itu kita lihat orang politik Umno bersolat, bersedekah, mengerjakan haji, berpuasa dan membayar zakat mengikut tuntutan agama. Tidak ada masalah. Yang bermasalah ialah orang Pas yang memperalatkan agama untuk tujuan politik.

5- Meyakinkan seluruh umat Islam bahawa pegangan dan perjuangan diatas fahaman bukan Islam seperti fahaman Assabiyah, sosialis dan berbagai-bagai fahaman ciptaan manusia Barat atau mengutamakan fahaman itu dan dasar-dasar Islam adalah bertentangan dengan Islam.

Hakikatnya..
Sebenarnya pas adalah parti Assabiyah yang fanatik. Ahli-ahlinya taksub kepada pemimpin mereka sahaja, suka berpuak, mengutamakan kepentingan sendiri dan mempunyai pandangan yang sempit terhadap Islam. Sebaliknya Umno telah memperjuangkan Islam secara bijaksana, menekankan konsep 'hubbul-watan' (cintakan negara dituntut oleh Islam) dan berdakwah atas konsep "dakwah bilhal" (dakwah yang lebih menekankan perbuatan dan bukan sekadar "dakwah billisan" -dakwah dengan percakapan).

6- Mengamalkan kekuasaan politik untuk kepentingan seluruh rakyat dan bukannya bertujuan menindas dan mencari kepentingan peribadi atau puak-puak.

Hakikatnya..
Satu lagi pembohongan Pas. Terlalu banyak contoh berlakunya kezaliman dan penindasan dibawah pemerintahan Pas di Kelantan. Tanya saja pada Imam, Penggawa, atau Penghulu yang dipecat atas sebab politik, serta pegawai-pegawai tadbir yang ditukar semata-mata kerana tidak menyokong dasar Pas. Beranikah Pas mengesahkan bahawa tidak ada langsung perlantikan dalam kerajaan negeri atas dasar parti?

7- Mewujudkan sebuah pemerintahan yang berasaskan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan menghapuskan amalan pecah-belah memulihkan keyakinan rakyat yang telah musnah disepanjang pemerintahan BN di Kelantan.

Hakikatnya..
Sejak menjadi MB, Dato' Nik Aziz bin Nik Mat telah menunjukkan banyak sifat tidak baik sehingga meruncingkan pentadbirannya sendiri. Walaupun digelar Tok Guru tapi ada sifat angkuh, sombong, hipokrit, suka mengugut, suka mengata dan menjatuhkan maruah orang lain serta sering mungkir janji. Akibatnya banyak pihak berkecil hati. Pihak istana, pegawai tadbir negeri, wanita, ulamak kerajaan dan guru-guru sekolah agama rakyat pernah dihina oleh Nik Aziz. Pengguna air pula mengadakan protes terhadap Nik Aziz pada 22 Mac 1999 di Kota Bharu.

1 comment:

  1. Aku ada kawan penyokong PAS, kini mereka diam membisu bila persoalan Hudud tiada dalam Manifesto PR. sama seperti para ulama PAS yg mereka sanjungi... Kini menembunikan diri bagai Ular dalam semak dan merdiam kelu laksana Ulama-ulama bisu adanya.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...