Ganas! Rakyat Kelantan Bakar Wang Ehsan Dalam Demontrasi Tuntut Royalti

Kerajaan persekutuan tidak sewajarnya menganiayai mereka ini dengan membiarkan mereka lara sepertimana tindakan diatas, sepatutnya masa mereka yang dibuang untuk membakar kertas bertulis wang ehsan itu dimanfaatkan dengan membakar sampah sarap dirumah masing-masing.

Royalti yang ditimbulkan oleh kerajaan Pas Kelantan untuk menutup isu kelemahan pentadbiran dinegeri ini seharusnya menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk menyediakan kelas 'pendidikan khas' bagi menempatkan lebih kurang 20 orang ini supaya mereka benar-benar faham mengenai kedudukan yang sebenarnya berhubung isu tuntutan royalti tersebut.

Jika sebelum ini memang ramai rakyat Kelantan tertipu dan tidak mendapat gambaran yang jelas mengenai isu royalti itu, dan kalau dilihat himpunan menuntut royalti yang dianjurkan beberapa bulan yang lalu, hampir 5,000 rakyat Kelantan menyertainya, namun selepas penerangan serta penjelasan sebenar dari pengasas Petronas YBM Tengku Razaleigh Hamzah dibuat, jumlah 'ketidakfahaman' itu berkurangan secara mendadak dan kini hanya tinggal 20 orang saja lagi yang belum faham mengenainya.

Tetapi diatas nama kebebasan, kita tidak boleh menyalahkan 20 orang ini diatas kelembapan mereka untuk memahami isu berkenaan, sudah menjadi lumrah, bahkan disekolah-sekolah pun turut terdapat beberapa kelas yang memisahkan diantara pelajar pintar, kurang pintar dan tidak pintar, namun kerajaan tetap menyediakan kelas khas bagi golongan berkenaan.

Bagaimanapun pemimpin Pas Kelantan tidak patut membohongi rakyat diatas isu royalti itu, dan rakyat pula mestilah cerdik, kerana pepatah Kelate turut menyebut bahawa 'Ore bodo makane ore cerdik', buktinya tidak ada seorangpun pemuda-pemuda Pas yang turut bersama-sama dalam demontrasi berkenaan, jika tuntutan royalti ini tuntutan yang 'HAK', sudah pasti pemuda-pemuda Pas terutama ketua pemuda negeri akan turut menyertainya, tapi pemuda Pas lebih cerdik dan sedang syok duk makan angin bersama keluarga di Sunway Lagoon...hahaha.

Apapun sebelum kerajaan persekutuan memberikan pendidikan khas kepada hampir 20 orang rakyat Kelantan ini, kita bebaskan dahulu diri kita dari terlampau dipengaruhi politik yang bersifat menghina keseluruhan rakyat Kelantan dengan cara menuntut perkara yang tidak hak itu. Suka kita menjunjung titah Tuanku Sultan Muhammad v mengenai perkara-perkara yang disebut oleh baginda pada hari keputeraannya semalam.

Melalui penelitian yang berkait dengan minyak dan gas, Tuanku hanya bertitah "Beta mengalu-alukan para pelabur agar memilih Kelantan, khususnya Tok Bali sebagai destinasi pelaburan dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan berkaitan minyak dan gas,". Tidak pula disebut supaya rakyat menuntut royalti atau royalti itu hak Kelantan.

Kalau kita benar-benar bebas sebagai rakyat tanpa perkaitan dengan mana-mana parti politik, adalah lebih baik jika fokus atau perjuangkan terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Tuanku Sultan Muhammad v kerana itu yang lebih 'HAK' dan jelas daripada menjadi pengemis yang mamalukan anak Kelantan sendiri. Tidak kira kemungkiran atau kegagalan kerajaan negeri mahupun pusat, apa yang dititahkan oleh Tuanku adalah seperti berikut:

1.) Baginda menggesa pihak yang terlibat dengan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri ini melalui kaedah pengambilalihan aset air negeri oleh Pengurusan Air Berhad, menyelesaikannya secepat mungkin, bagi memastikan rakyat dapat menikmati sumber bekalan air yang berkualiti dan terjamin bersih. 

2.) "Selain itu, harapan beta agar satu rangkaian jalan raya yang bertaraf lebuh raya dapat dibina di negeri ini sebagaimana di negeri pantai barat atau pantai timur yang lain, bagi merangsang lagi pertumbuhan ekonomi di negeri ini khasnya dan Malaysia amnya,".

3.) Baginda juga berharap Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa di sini, dinaik taraf sebagai hab penerbangan serantau ke Malaysia dan negara Asean di samping penerbangan terus untuk jemaah haji ke Arab Saudi.

Baginda gembira dengan bilangan pelancong yang melawat negeri ini sempena Tahun Melawat Kelantan 2012, iaitu berjumlah 3.4 juta orang bagi tempoh Januari hingga Ogos lepas.

"Pelaksanaan perkhidmatan penerbangan empat kali seminggu Kota Bharu-Singapura yang bermula pada Ogos lalu merupakan satu usaha dalam memacu perkembangan sektor pelancongan di negeri Kelantan dan meningkatkan aktiviti perdagangan," titahnya.

4.) Baginda juga berharap kerajaan negeri dan persekutuan memberi tumpuan kepada usaha memulihara alam sekitar dan menjadikannya sebagai satu elemen penting pembangunan, di samping menggalakkan lebih banyak penyertaan masyarakat dalam usaha tersebut.

5.) Bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang bermutu dan terbaik, baginda menyarankan jentera pentadbiran kerajaan negeri sentiasa proaktif dan progresif dalam usaha memperbaiki dan tingkatkan sistem pentadbiran sedia ada.

6.) Baginda juga mahu kerajaan negeri memberi perhatian terhadap usaha mengurangkan kadar kemiskinan terutama golongan miskin tegar, dengan melaksanakan program yang lebih bermakna.

7.) Baginda turut mengingatkan dalam merealisasikan dasar pertanian negeri, sektor pertanian perlu dilihat bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan dan menjana ekonomi tetapi adalah sebahagian ibadah untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

8.) Mengenai pembangunan Tok Bali di Pasir Puteh sebagai kawasan industri dan bandar baru, baginda mahu pihak berkaitan meningkat usaha menaik taraf insfrasruktur asas terutama jalan raya dari Kota Bharu-Pasir Puteh-Tok Bali.

Biarpun kito ni sesok barat, tapi jangan kita menjadi pengemis, anak Kelate bukan pengemis, kito anok JATI kelate agah denge maruoh kito, bare tak jelas tobat kita tok sir, kito lebih relo berlapar daripado duk jaja tunjuk kito ni lapar pedal, dan kito lebih percayo kepado titah Sulte daripado kito cayo ko kata-kata Huse. Allahuakbar !!!

13 comments:

  1. 20 malaun gedebe ni ramai membesar zaman pemerintahan regim diktator n.ajis. Sebab tu mereka tidak dapat menikmati banyak nikmat seperti negeri-negeri lain yang walaupun tak de minyak dan royalti tetapi tetap merasai nikmat pembangunan.

    Puak gedebe di kelantan ni hanya dapat nik ajis nik mat je laa...takdo kojo merantau negeri orang je laa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Set2 jong ni buke pon tahu pasa minyok pon. Kawe hok terlibat dekat 20 tahun dengan sektor huluan industri minyok pahe benar isu puok bodo PAS nih. Aku pakat gi Jabatan Hidrografi pas tu mitok beli carta MAL (68 yal jah) pas tu tengok berapo banyok medan minyok dale Kelatea tuh. Nok kato bodo, napok cerdik tapi terimo lah hakikat meme bodo mace lembu keno tipu kot set Huse hok bodo jugop

      Delete
  2. jeming palo pengat11/12/2012 5:07 PM

    kahkahkah,keno atas palo otok jeming bodo molep,jeming tu bos palo pengat sep2 pange air nih,wak malu kokram,bodo,huse sedap duk kocak dumoh,puok mu duk jd kuba.bo2lah batox,kelik2 amik lembu nuh sunguh

    ReplyDelete
  3. nak kata bodoh....org kelantan kebanyakannya cerdik pandai
    aku rasa yang golongan ini mmg bodoh.......
    kalau nak minta sesuatu kena lah baca dan faham fakta dan perundangan dulu

    SEBAB TU JGN MENGAJI PONDOK KERAJAAN BUAT UNIVERSITI SURUH RAKYAT MALAYSIA NI JADI CERDIK PANDAI

    KALAU DLM PERUNDANGAN DAN FAKTA DAH MMG JADI HAK KELANTAN AKU RASA DAH LAMA KERAJAAN BAGI ROYALTY TU...

    APA PUNYA BODOH LA MANUSIA NI......

    ReplyDelete
  4. baso bodo tokleh nok ajar.....

    ReplyDelete
  5. isu royalti dibangkitkn oleh pas kelantan pd rkyat kelantan utuk tipu rakyat kelantan.....

    ReplyDelete
  6. isu royalti hanya retorik untuk menutup kelemahan pas kelantan dan krn takut umno kelantan dapat kalahkan pas kelantan pd pru 13.

    ReplyDelete
  7. wak malu orghe kelate jah pok dio nih

    ReplyDelete
  8. sedara aku lagi kelakar..kato loni orang pakat berebut nok jadi anak kelate sebab kelate kayo ado minyak..padahal bendo dok tahu mano lagi..yg lawoknya dio sendiri kerjo kat luar kelate pahtu anak dio hok baru beranok pun daftar luar kelate.setahun sekali kelik tupun time rayo..alasan jarang kelik sebab bini selalu komplen air selalu takdok susoh nak basuh berok kecing anok..tapi nok wat guano kalu doh taksub kato gapopun betul dio semace

    ReplyDelete
  9. Entri nie pon bengong doh, caro idea digarap memey napok xbrapo cridik mano..Xyakin lasung aku ko statement fok mung nih.Hok ngomen atah nie pon bodor kelu blako.

    ReplyDelete
  10. Keseluruhan negeri-negeri Pantai Barat Malaysia tak merasa nikmat royalti minyak secara langsung. Namun hakikatnya masih dapat hidup dalam kenikmatan.

    Cuma Kelantan di bawah teraju wau bulan Nik Aziz menyebabkan negeri itu 20 puluh tahun dalam mimpi.

    Kesian rakyat kelantan diperbodoh hidup-hidup oleh seorang yang mengelar dirinya Mursyid.

    PRU13 Kelantan Tukar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mari baca kenyataan MB Kelantan dari BN pada tahun 1983, dan nilai sndri sape BODO dan sape yg diperBODO... http://royaltikelantan.com/archive/wp-content/uploads/2013/03/554963_544078472303589_1449522592_n.jpg

      Delete
  11. Rakyat kelantan yang tak mahu royalti tu lah BODOH..! Rakyat Kelantan ramai aku lihat memperjuangkan benda ini walaupun aku bukan rakyat Kelantan, tapi bila tengok ramai kawan-kawanku dari Kelantan hidup dan cari kerja di sini, aku tak berapa senang lagi2 tahu diorang ade minyak dan gas yg banyak gila! Dengki aku dengan orang Kelantan. Diorang tu istimewa dan bertuah betul! Balik Kelantan, majukan Kelantanlah woi!!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...