DAP Mulai Bimbang Pas Mungkir Janji, Lim Guan Eng Ulangi Pendirian Anwar Sebagai PM

KUALA LUMPUR - DAP kekal dengan persetujuan yang dibuat Pakatan Rakyat (PR) bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri jika gabungan itu menang dalam pilihan raya umum.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata PR sentiasa tetap dengan pendirian bahawa ketua pembangkang seharusnya menjadi calon perdana menteri.

"Setakat yang DAP tahu dan berdasarkan apa yang telah dipersetujui Pakatan, kita mengikut persetujuan dan pilihan untuk perdana menteri adalah Anwar.

"Kami berpegang dengan apa yang telah dipersetujui bersama-sama," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Mengenai kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa beliau mengalu-alukan saranan untuk beliau menjadi perdana menteri, Lim berkata:

"Beliau mempunyai kebebasan bersuara dan hak untuk mengatakannya."

Sebelum ini Hadi memberitahu pemberita selepas kongres parti itu pada hujung minggu yang beliau teruja untuk menjadi perdana menteri.

Sayap parti, Dewan Ulama dan Muslimat juga mengulangi permintaan mereka supaya Hadi memimpin negara.

Hadi seterusnya menjelaskan bahawa bagaimana hendak menetapkan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jika kalah menang seseorang pemimpin itu dalam pilihan raya belum diketahui.

"Ataupun orang yang dicalon (Anwar)  itu, dia tak menang pilihan raya. Nak lantik dia macam mana? Lantik jadi senator boleh?" katanya lagi.

Selain cadangan wakil Hairun Nizam supaya beliau dilantik sebagai Perdana Menteri, nama yang disebut-sebut bakal menjawat jawatan itu ialah Anwar.

Ditanya media berhubung pengisytiharan oleh Lim Kit Siang bahawa Anwar adalah individu yang paling layak menjadi orang nombor satu negara, Hadi berkata, "ia dalam ceramah, kita bebas untuk bercakap."

Apakah orang bukan Islam percaya dengan apa yang telah dijanjikan oleh Pas ? Awas!!! Pas sentiasa mungkir janji !!!.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...