Nik Aziz: Kesilapan Besar Umno Sepanjang 20 Tahun Adalah Sibuk Masalah Projek

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Umno menggembar-gemburkan isu projek di negeri ini hanya untuk menggoyahkan pentadbiran kerajaan Pas Kelantan.

Menurutnya, kerajaan Pas tidak diberi permit untuk mendapatkan saluran media sendiri untuk menyampaikan maklumat secara terus kepada rakyat menyebabkan masyarakat terhalang untuk mengetahui perkara sebenar.

“Dia (Umno) tak bagi kita radio, televisyen, akhbar, dia takut kita (Pas) jawab, dia sudah tahu, kalau keluarkan kenyataan begini, kita akan jawab begini, kita jawab dengan akhbar kita, dan orang percaya apa yang kita katakan.

“Apabila permit disekat, Pas tak ada saluran untuk menyalurkan maklumat dan rakyat tidak tahu apa- apa supaya senang untuk ikut apa yang dikatakan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui, di JKR 10, di sini.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas turut mempersoalkan maksud negara demokrasi sedangkan permit untuk mendapatkan akhbar dan media sendiri dihalang.

“Mana ada negeri demokrasi tak bagi permit surat khabar, nak ceramah kena minta permit, tidak lama lagi baca khutbah Jumaat pun kena dapatkan permit,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang terlibat dalam politik lebih 20 tahun lalu, kesilapan besar yang dilakukan Umno ialah sering membangkitkan soal projek.

“Mahu atau tidak, kesilapan besar Umno adalah sibuk masalah projek, dan isu projek ini, negeri komunis boleh buat projek, saya berkali-kali ke negara Komunis seperti China dan Uzbek, jalan raya mereka lebih hebat dari kita, masjid mereka lebih comel dari masjid kita,” katanya.

Nik Abdul Aziz berkata, apa yang diharapkan, rakyat Kelantan akan memahami bahawa tiada kerajaan gagal untuk melaksanakan sesuatu projek.

“Kita di Kelantan, walaupun disifatkan miskin, tetapi kita tetap punya projek sendiri, tak ada kerajaan tidak mampu untuk mewujudkan projek- projek pembangunan mereka,” katanya.

Kerajaan jangan cari pasal, kalau bagi permit media seperti TV , Malaysia mungkin akan berhadapan risiko yang tinggi, rakyat mungkin boleh jadi angau, dibuatnya Mat Sabu berceramah seperti rakaman video dibawah, haru-biru negara, sukar untuk dibayangkan, Anda Mampu Mengubahnya.
  Kegoyahan yang ketara

3 comments:

  1. masalh org tua bodo nie x tau apa pun pasal nak mentdbir negeri,
    bodo x boleh diajar...
    ada projek, tp lesap jer..tau2 tanah dah hilng...
    bela kambing, tau2 tuan kambing jer yg tggl..
    dh bagi duit ngn advice psl air terawat, tp sebok dok soh minum air kotor, air perigi...
    dh bagi dana utk buat masjid, tapi yg tggl kantung derma duit jer, duit ngn masjid ntah ke mana...

    nie contoh cara pentadbiran bodo neek najiees..of coz dia x ngaku sbb dia kan asik dok ngaji 'Putrajaya...Putrajaya'...
    yg penagnut dia plak asik dok selak kain dia utk masok sorga neek najiees...
    minum air selut pun x per...
    mundur pun xper...
    jadi bodo pun xper...
    janji masok sorga neek najieees...

    ReplyDelete
  2. Antara projek2 yang di janji oleh PAS, di kltn tetapi hanya tinggal pada nama sahaja.
    Pelbagai projek dirasmikan dan dibuat pecah tanah, tetapi siapnya tidak pernah. Antaranya yang mampu disenaraikan termasuklah projek AFTA City, Projek Bandar Perikanan, Projek Jambatan Palekbang, Projek Petrokimia di Pantai Senok, Projek Stadium Tertutup dan terkini ialah projek stadium Bukit Merbau. Bahkan projek Bandar Baru Tunjong pun jika tidak kerana pembangunan pesat projek-projek Persekutuan di situ, tidak akan ada apa melainkan pokok kelapa dan sawah gersang.

    ReplyDelete
  3. memang bodo betul poknik ni....apa kaitan dengan beri atau tak beri permit radio & TV dengan hasil kerja ko di kelantan tu??? kalau ko buat kerja betul betul, hasilnya rakyat boleh nampak secara naked eyes...tak perlu surat kabar & tv bagai laa..ko boleh jer pakai permit surat kabar haramjadahkah ko tu sebar info yg ko buat kerja...
    tu la...siang malam ceramah memanjang.habis ceramah edar tong milo....kerja x buat....hasilnya???
    1. air karat
    2. tanah beratus ekar lesap depan mata kena kelentong ngan private company
    3. balak habis kena tebang...

    lu pikir la sendiri poknik!!! apa ko nak jawab pasal amanah dari rakyat kelantan ni di padang mahsyar nanti....

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...