Pemimpin PAS Kelantan Dicabar Contohi Nasarudin Untuk Istihar Harta

Pengistiharan harta oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat....Wahai orang-orang Pas ! mari kita berfikir sejenak, jangan terlalu taksub sehingga menyebabkan kamu buta untuk melihat kebenaran, mari berfikir dengan iman, berfikir dengan akidah seorang muslim yang mukmin, jika benar kamu dikalangan orang-orang yang beriman.

Kenapa hanya penyokong Pas sahaja yang ingin diajak untuk berfikir ? Kerana penyokong Pas adalah penyokong yang taksub lagi extreme, penyokong yang sering terdedah kepada ajaran-ajaran sesat, syiah dsbnya, ketaksuban sering merosakkan pengikut-pengikut Pas tanpa dapat mereka berfikir dengan sewarasnya.

Pertamanya penyokong taksub Pas perlu sedar dan jangan cuba mencari alasan atau dalih untuk dibandingkan dengan Umno, kerana anggap sajalah Umno itu kotor sebagaimana yang digambarkan oleh pemimpin Pas dipentans-pentas ceramah, so Umno kita kira tak masuk dalam buku.

Pas dikatakan memperjuangkan Islam, sebahagiannya menganggap Pas itu Islam dan Islam itu Pas, Pas suci, Pas bersih dan segala apa yang baik itu adalah Pas, oleh yang demikian pernahkah kalian terfikir untuk mendesak semua pemimpin Pas supaya mengikut jejak Nasaruddin Hassan dengan mengistiharkan harta-harta mereka supaya ia telus bagi dinilai oleh rakyat, pokoknya, jika Nasaruddin berani kenapa tidak pada mereka yang lain.

Seperti juga Presiden Pas Hj Hadi Awang yang mengatakan beliaulah orang yang pertama menyokong pengistiharan harta oleh Nasaruddin, namun kenapa beliau tidak berbuat hal yang sama ? Jangan hanya bercakap sahaja, kalau pemimpin Pas benar bersih, sudah lama mereka mengistiharkan harta-harta mereka,

Sekiranya semua pemimpin Pas berlaku jujur dan telus mengistiharkan harta-harta mereka, maka tidak ada sebab untuk rakyat menolak Pas, tak perlulah nak berceramah lagi, tak perlu sampai nak doakan kemusnahan sesama muslim, kerana dari satu segi pemimpin Pas punyai kelebihan yang jauh lebih baik daripada Umno jika berani untuk istihar harta-hartanya..

Apa yang khuatir, pemimpin Pas lebih rakus daripada pemimpin Umno, banyak penyelewengan disorokkan didalam jubah, maka tak padanlah kalau nak bercakap soal berjuang Islam sehingga sanggup mengkafir sesama muslim.

Biar ada beza diantara Pas dengan Umno, baru boleh cakap yang Umno ni tolak Islam dan Pas berjuang Islam, ini kita tidak nampak bezanya, sekadar mulut kata berjuang Islam, orang gila isim pun boleh cakap,

Bagi permulaan pada PRU 13 ini dicadangkan pemimpin Pas Kelantan mengistiharkan harta-harta mereka, jikalau enggan jangan nak bercakap pasal Islam sehingga menafikan keislaman orang lain, dan ingat jangan juga bagi dalih dengan menunding kepada pemimpin Umno, kerana ini soal Pas dan bukti Pas itu lebih baik dari Umno. Anda Mampu Mengubahnya..

Lagi elok BN Kelantan mencetak jutaan keping flyers dan diedarkan disetiap pelusuk tentang apa yang perlu rakyat tahu dan persoalkan kepada pemimpin Pas sekiranya benar Pas itu perjuangkan Islam supaya rakyat sedar hakikat yang sebenarnya.

2 comments:

  1. Sebelum pelawak politik dari pas ni semua istihar harta, RAKYAT MALAYSIA NAK MEREKA ISTIHAR MANA PERGI DUIT ANAK YATIM DARI TABUNG MEMALI HILANG LESAP !!!

    gen2felda

    ReplyDelete
  2. PakDor Ronny11/21/2012 6:50 AM

    Tok sah mitak ramai-ramai istihar harta. Kita mitak Tok Guru dulu buat. Selepah 22 tahun jadi MB gapo hok TG ada? Takdok gapo satu. ada kain pelikat 2 lai jah? Tanah keliling kelala segenap jokey rumah kalen Chepo tu atah nama sapa? TG tak behajat harta dunia nih,tapi maknik anak beranak bekendak benar jugak. Bunyi kaba abis tanah oreng kapong nya pakat beli ko anak beranak nih. Ambo dengar jauh-jauh jah mugo kito ni dok cari maken tepat oghe, tepat sediri setakat jual nasi kerabu tak abis 2 cupak sepagi. Etok di Sungai Kelaten pun halus-halus doh lor ni tak den besar nyar kokoq ke demo tiap hari.

    Dulu behajat juga nak nego di Arked MPKB tu tapi loni nyar perutuh ko TG buat flat bunyi kaba..Oghe kota Baru cuba-cuba chek kat pejabat tanah tu, puak-puak tok wokey ni berapa banyak salin geran tukar nama tanah. Oghe Kelaten ni peranga dari dulu lagi gilor tanah. Takut tak tingga secopeng abok untuk anak-cucu.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...