Penemuan Terbaru Hasil Laut Kelantan Ganti Telaga Minyak - Video

Tuntutan royalti Kelantan agak reda kedengarannya, seakan-akan memberi ruang kepada isu Lembah Sireh untuk diketengahkan..., namun isu royalti seharusnya tidak dipolitikkan sehingga membuat tuntutan melampau yang pengemis sendiri pun tidak sanggup untuk lakukan.

Kiranya sungguhlah royalti itu hak Kelantan, siapa yang mengusahakannya hingga membuahkan hasil ? dan setelah dapat hasil adakah langsung ia tidak sumbangkan kepada rakyat Kelantan ?

Dalam pada itu adakah hanya minyak semata-mata hasil bumi negeri Kelantan, tanpa minyak Kelantan akan terus mundur sampai kiamatkah ? Selangor dan Pulau Pinang pun tiada minyak, PR juga perintah, tapi kenapa mereka jauh lebih maju dari Kelantan ? Kalau nak kaitkan dengan hasil judi dsbnya, maka kerjasama PAS dalam PR juga tidak boleh disebut sebagai kerjasama untuk kebaikkan.

Jangan kata ada Tesco kira Kelantan dah maju, garis kemunduran tidak dinilai berdasarkan Tesco itu semata-mata, apapun kemajuan yang nak diperkatakan adalah kemajuan yang boleh memberi manfaat kepada rakyat, tiada guna kemajuan se-gah KLCC kalau hanya empat orang saja Melayu dibangunan setinggi-tinggi bangunan itu diberi peluang untuk bersaing.

Banyak hasil bumi di negeri Kelantan yang tidak diberi perhatian khusus dalam memajukannya, sebagai contoh yang diberikan oleh Bekas Pengarah Perikanan Negeri Kelantan ialah bidang perikanan atau hasil laut itu sendiri, Exco berkaitan sila ambil perhatian, jangan nanti kalau kerajaan Pusat bangunkan tunggu minta royalti saja pandai,  nak usaha sendiri malas, makan gaji buta ! Banyak alasan, stupid YB !.

Tidak inginkah Husam gantikan minyak ikan kod dengan minyak ikan gelama ataupun ikan selar kuning, bagi jenama 'Husem Emulsion' ke, boleh juga rakyat kerja kat kilang tu nanti, ini buat projek kambing jamnapari, depu, pisang, rusa dan terkini lebah madu, bukan projek-projek itu tak bagus, tapi pelaksana tu tak bagus. Anda Mampu Mengubahnya.

Dimaklumkan ada Exco kerajaan Kelantan penganut syiah ? Siasatan terperinci sedang dilakukan !!! sesiapa yang ada maklumat boleh dikongsikan di email gelombangkick@gmail.com bagi tujuan melengkapkan lagi bukti untuk didedahkan, ini isu yang sangat serius perlukan bukti kukuh.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...