Milea Dambakan Khairy Jamaluddin, Kalau Jodoh Sanggup Bermadu

PETALING JAYA - Pelakon Milea Aimilia mengakui tertarik dengan lelaki tua dan tidak menjadi halangan baginya jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan individu berusia 10 atau 20 tahun lebih tua daripadanya.

Milea atau nama sebenarnya Noor Melia Aimiellia Zaidi, 19, berkata, dia juga tidak mempunyai masalah untuk menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki yang sudah berumah tangga dan bersedia untuk hidup berpoligami.

"Entah kenapa saya memang cukup tertarik dengan lelaki yang lebih berusia. Bagi saya mereka sangat maskulin, seksi dan matang. Antara contoh terdekat ialah tokoh politik Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

"Malah saya sedia hidup bermadu seandainya takdir ditulis begitu. Mungkin ramai yang berasa pelik dengan kenyataan ini tetapi bagi saya, daripada lelaki itu curang di belakang, lebih baik saya hidup berpoligami.

"Lagipun seronok rasanya hidup bermadu dan tinggal sebumbung. Saya percaya bahawa lelaki mempunyai perasaan cinta terhadap lebih daripada seorang wanita dan asalkan mereka adil dan masing-masing mempunyai persefahaman, tidak ada masalah," katanya.

Milea ditemui pada sesi fotografi bagi rancangan 'game show' terbaru saluran ntv7 Panik, di Sri Pentas Bandar Utama, dekat sini, Rabu.

Melia akan menentang kumpulan saingan yang dibarisi pelakon Danny (X-Factor), Marlon (V.I.P), Anis Al-Idrus dan Shakila Khoriri dalam 'Panik'.

Bagaimanapun tambah pelakon itu, walaupun tidak kisah dengan cara hidup berpoligami, namun dia sering menasihati dirinya supaya tidak mengganggu lelaki yang sudah berumah tangga.

"Ibu saya selalu berpesan, walaupun dia tidak kisah dengan siapa jodoh saya nanti tidak kiralah lelaki bujang, duda atau isteri orang, tetapi dia memberi amaran supaya tidak menggatal dengan orang.

"Malah, saya sendiri cuba elak daripada menggoda lelaki yang dah berkahwin, walaupun terdapat empat hingga lima lelaki yang berstatus Datuk cuba memikat saya," tuturnya.

Sementara itu, pelakon filem Karipap Karipap Cinta ini mengakui sejak namanya menjadi perhatian gara-gara kontroversi video bogel, dia agak sukar untuk menerima tawaran berlakon daripada pihak produksi namun bersyukur apabila diterima oleh Primeworks Sdn Bhd.
"Sebenarnya, saya bersyukur kerana Primeworks tidak pernah memandang rendah saya kerana kontroversi yang tercetus. Mereka mengambil saya berlakon untuk beberapa episod sitkom dan drama Senario serta yang terbaru, Panik," katanya.

Dalam rancangan Panik, Melia bergabung tenaga dengan Ika Nabila, Juffri Rayyan William dan Ezany Nizariff dalam satu kumpulan untuk menentang kumpulan saingan yang dibarisi pelakon Danny (X-Factor), Marlon (V.I.P), Anis Al-Idrus dan Shakila Khoriri.

Rancangan yang diterbitkan sebanyak enam episod ini akan ditayangkan setiap Rabu bermula 5 Disember depan ini, 8.30 malam di ntv7. - Mstar

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...