Showing posts with label kj. Show all posts
Showing posts with label kj. Show all posts

@Khairykj 'Budak Hingus' Elitis Cakap Saja Berdegar - Lepas MyTeam, MIMMA, PBM Ditangguh, PPBN Dilancarkan @NajibRazak

Parlimen Belia Malaysia diumumkan oleh PM pada 28 Mei 2011, biarpun begitu ia belum menjadi realiti malah ditangguhkan beberapa kali, dan sehingga hari ini belum ada tarikh baru yang diumumkan oleh Menteri yang dipertanggungjawabkan.

Pada Julai 2013, Menteri berkenaan, Khairy Jamaluddin mendakwa pendaftaran pemilih bagi parlimen belia kurang mendapat sambutan apabila hanya 15,516 orang saja yang mendaftar dari kesemua 222 parlimen.

Masalah itu menyebabkan ianya ditangguhkan, beberapa bulan kemudian penyertaan belia meningkat sebanyak 310 peratus dan KJ mengjangkakan ia dapat dilaksanakan pada Februari dan April 2014.

Namun setelah sampai waktunya dan pendaftaran belia menepati sasaran sekali lagi berlakunya penanggguhan yang kali ini didakwa berpunca daripada masalah teknikal kepada sistem pengundian sehingga laman web parlimen belia ditutup.

Masalah teknikal serta penutupan laman web itu sudah hampir dua bulan  berlaku, pengurusan sebegini sangat MEMALUKAN kerana tidak padan dengan cakapnya yang berdegar-degar dan ia tak patut berlaku dibawah pengurusan 'budak' lepasan 'oxford'.

Cacar-marbanya pengurusan KJ itu seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena, sepatutnya masalah sistem seperti itu tidak perlu mengambil masa berbulan-bulan tanpa kesudahan, sedangkan sistem "Instagram' dengan aplikasi 'Lifestyle' yang diperkenalkan oleh adik Samy Vellu pun boleh digunakan!

Apakah permainan KJ yang sebenarnya ? Apakah faktor-faktor permainan seumpama ini yang menyebabkan mantan PM Tun Dr Mahathir amat begitu marah sekali dengan beliau sebelum ini. 'Dah lama dah', sebab Tun M berpandangan jauh, kita ni hari ni baru nampak.....

Sebaliknya dalam bab bolasepak, KJ dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk membangunkan akademi bolasepak, akhirnya Akademi Bolasepak sudahpun dilancarkan minggu lalu tanpa sebarang masalah dan penangguhan.
Masihkah kita ingat satu pasukan bolasepak yang dikenali dengan nama 'MyTeam' hasil dari program realiti yang diusahakan KJ dan DJ Jason Lo ? Dimana pasukan 'MyTeam' sekarang ? Bagaimana nasib pemain-pemain 'MyTeam' ? Adakah nasib mereka semua dibela oleh KJ sepertimana berdegar-degarnya ucapan KJ yang kononnya membela agama, bangsa dan tanahair ?
Lompat si hingus lompat, lompat budak hingus - Antara aktiviti elitis yang bakal diperkenalkan oleh 'Kementerian' dua sahabat baik ini!!!
Antara Parlimen Belia Malaysia dan Akademi bolasepak Negara, KJ lebih berminat untuk fokus kepada akedemi bolasepak, kenapa ? Adakah kerana akademi bolasepak punyai ruang untuk menjana keuntungan menerusi penajaan syarikat korporat manakala Parlimen Belia Malaysia pula tidak membawa apa-apa keuntungan ???

Pada tahun 2006 KJ pernah berkata, pihak pengurusan MyTeam tetap melihat siri realiti sukan pertama itu mampu dieksport ke luar negara jika cadangan meneruskan musim keduanya gagal mendapat kerjasama FAM.

"Kami masih boleh memikirkan alternatif dan tidak akan hanya bergantung kepada satu pihak dengan mengadakan MyTeam di negara jiran,''.

Faktor KJ prihatin dengan masa depan bolasepak negara sama sekali tidak terpakai dan ianya jauh tersasar, berdasarkan kenyataan berstatus ugutan mirip ugutan syarikat penerbangan AirAsia itu, ia tidak menampakkan akan keprihatinan KJ kepada masa depan bolasepak negara selain masa depan beliau dan Jason Lo, membuat keuntungan....Lepas kenyang hasil 'MyTeam'....... MIMMA ......
DJ Jasan Lo tubuh persatuan supaya senang KJ nak salurkan fund dari kementerian milik bapak KJ
Terlalu banyak KJ mencipta isu, pokoknya adalah cakap saja berdegar-degar, kalau dengar KJ bercakap, peghhhhhhh, memang dasyat, terpukau habis!!! Lebih-lebih lagi  dalam ucapan berskrip setiap tahun dalam Perhimpunan Agung Umno seolah-olah berada dalam syurga bodohwi.

Jika faktor KJ Pak Lah bersara awal, jika faktor KJ BN tewas teruk dan tumbangnya beberapa negeri ketangan pembangkang, apakah faktor KJ juga BN akan menjadi pembangkang dan lupus selepas PRU 14 nanti.

Tidak dinafikan hari ini golongan muda khasnya mahasiswa dilihat berpihak kepada BN, antara penyumbang kepada faktor itu adalah terpengaruh dengan berdegar-degarnya ucapan KJ disamping idea-idea moden mirip pembangkang, namun golongan muda ini pasti akan beralih arah apabila menyedari segala yang pernah diungkapkan KJ semuanya retorik yang tidak lebih sekadar meraih populariti bagi mencapai matlamat peribadi.

KJ dalam persediaan bagi merealisasikan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri sebenarnya adalah dari spesis sama dengan peliwat tegar yang turut berkongsi cita-cita yang sama.... Anda Mampu Mengubahnya - Bersambung

KJ ? Kepala Jahat !!!

KJ Hargai Pendedahan Australia Mengenai Sikap 'Main Belakang' Yang Dilakukan Anwar

KUALA LUMPUR - "Pemuda mencabar Anwar untuk mendedahkan dan menyenaraikan semua negara yang beliau meminta campur tangan dalam proses demokrasi negara ini, saya percaya banyak lagi negara diminta campur tangan," kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin
 
Khairy turut menyifatkan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memohon campur tangan negara luar dalam pilihan raya negara ini dilihat sebagai tindakan terdesak.

Menurutnya, tindakan yang dilakukan oleh Anwar amat memalukan dan tidak bermaruah.

"Saya lihat beliau berada dalam keadaan terdesak dan cuba mencari sokongan dari kuasa asing, ini perbuatan yang amat memalukan.

"Kenapa perlu campur tangan dari pihak luar, negara kita mengamalkan demokrasi. Anwar perlu menghentikan usaha sebegini, kita mempunyai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) satu badan yang memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara adil dan saksama," katanya.

Semalam, Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr mendedahkan tindakan Anwar menulis surat kepada beliau untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang bebas daripada penipuan dan rasuah.

Carr menjelaskan Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Ketua Pembangkang.

Carr memberitahu bahawa pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.

Khairy berkata, Pemuda Umno menyambut baik keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Australia yang menolak permohonan itu dan mendedahkan tindakan yang dibuat oleh Anwar.

"Kami (Pemuda) amat berterima kasih dengan Kerajaan Australia yang mendedahkan taktik yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang itu, dan menolak permohonan yang dibuat oleh beliau.

Jantan pun liwat, negara pun nak diliwat juga, hancusss !!!

Milea Dambakan Khairy Jamaluddin, Kalau Jodoh Sanggup Bermadu

PETALING JAYA - Pelakon Milea Aimilia mengakui tertarik dengan lelaki tua dan tidak menjadi halangan baginya jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan individu berusia 10 atau 20 tahun lebih tua daripadanya.

Milea atau nama sebenarnya Noor Melia Aimiellia Zaidi, 19, berkata, dia juga tidak mempunyai masalah untuk menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki yang sudah berumah tangga dan bersedia untuk hidup berpoligami.

"Entah kenapa saya memang cukup tertarik dengan lelaki yang lebih berusia. Bagi saya mereka sangat maskulin, seksi dan matang. Antara contoh terdekat ialah tokoh politik Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

"Malah saya sedia hidup bermadu seandainya takdir ditulis begitu. Mungkin ramai yang berasa pelik dengan kenyataan ini tetapi bagi saya, daripada lelaki itu curang di belakang, lebih baik saya hidup berpoligami.

"Lagipun seronok rasanya hidup bermadu dan tinggal sebumbung. Saya percaya bahawa lelaki mempunyai perasaan cinta terhadap lebih daripada seorang wanita dan asalkan mereka adil dan masing-masing mempunyai persefahaman, tidak ada masalah," katanya.

Milea ditemui pada sesi fotografi bagi rancangan 'game show' terbaru saluran ntv7 Panik, di Sri Pentas Bandar Utama, dekat sini, Rabu.

Melia akan menentang kumpulan saingan yang dibarisi pelakon Danny (X-Factor), Marlon (V.I.P), Anis Al-Idrus dan Shakila Khoriri dalam 'Panik'.

Bagaimanapun tambah pelakon itu, walaupun tidak kisah dengan cara hidup berpoligami, namun dia sering menasihati dirinya supaya tidak mengganggu lelaki yang sudah berumah tangga.

"Ibu saya selalu berpesan, walaupun dia tidak kisah dengan siapa jodoh saya nanti tidak kiralah lelaki bujang, duda atau isteri orang, tetapi dia memberi amaran supaya tidak menggatal dengan orang.

"Malah, saya sendiri cuba elak daripada menggoda lelaki yang dah berkahwin, walaupun terdapat empat hingga lima lelaki yang berstatus Datuk cuba memikat saya," tuturnya.

Sementara itu, pelakon filem Karipap Karipap Cinta ini mengakui sejak namanya menjadi perhatian gara-gara kontroversi video bogel, dia agak sukar untuk menerima tawaran berlakon daripada pihak produksi namun bersyukur apabila diterima oleh Primeworks Sdn Bhd.
"Sebenarnya, saya bersyukur kerana Primeworks tidak pernah memandang rendah saya kerana kontroversi yang tercetus. Mereka mengambil saya berlakon untuk beberapa episod sitkom dan drama Senario serta yang terbaru, Panik," katanya.

Dalam rancangan Panik, Melia bergabung tenaga dengan Ika Nabila, Juffri Rayyan William dan Ezany Nizariff dalam satu kumpulan untuk menentang kumpulan saingan yang dibarisi pelakon Danny (X-Factor), Marlon (V.I.P), Anis Al-Idrus dan Shakila Khoriri.

Rancangan yang diterbitkan sebanyak enam episod ini akan ditayangkan setiap Rabu bermula 5 Disember depan ini, 8.30 malam di ntv7. - Mstar

Pemuda Umno Bangkit Bersama Rakyat, Semua Dijemput Hadir

Kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa dijemput untuk bersama-sama dalam menyatakan bantahan terhadap penghinaan kepada mana-mana agama, dengan mendokong sikap saling hormat-menghormati diantara satu sama lain, maka keamanan yang dikecapi pada hari ini akan kekal untuk selamanya.

Sumber Video - Minaq Jinggo

Ngeh ! Lu Potong Pun Belum Lagi Mau Cakap Banyak Ka ? Tapi Oklah Dah Minta Maaf

Syabas buat Ketua Pemuda Umno serta barisan pejuang yang bersama beliau kerana telah berjuang habis-habisan memelihara kesucian Islam daripada dihina, biarpun ada sesetengah pihak yang klaim sebagai pejuang Islam tapi bacul untuk berhadapan dengan situasi seperti ini. Komitmen yang ditunjukkan oleh Khairy seharusnya dipuji dan dicontohi oleh pemimpin pemuda Pas.

Dapat dilihat pada rakaman video dibawah juga bukti jelas prinsip Khairy berjuang atas isu agama bukan politik, beliau fokus dan tidak melayan sebarang soalan dari wartawan jika soalan diluar isu ini. Keberanian dan ketegasan itu akhirnya membawa rahmat bagi permulaan perjuangan..

Dilaporkan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham hari ini memohon maaf dan bersedia menarik balik mesej yang dipaparkan melalui laman mikro Twitter berhubung tindakan umat Islam mahu mengadakan demonstrasi membantah filem Innocence of Muslims.

Memetik dalam satu kenyataannya kepada Sinar Harian, Koo Ham berkata, apa yang dinyatakan dalam mesej berkenaan hanyalah satu pandangan dalam konteks protes ganas seluruh dunia.

“Saya menarik balik dan meminta maaf kepada Islam yang tersinggung dengan 'tweet' saya kerana ia tidak pernah bertujuan untuk menjadi begitu,” katanya.
 
Biarpun permohonan maaf yang tidak begitu sempurna, tetapi tidak mengapa kerana dalam Islam ada toleransi dan tempat inilah yang harus digunakan bukannya bertoleransi dengan membiarkan apa saja yang orang lain lakukan terhadap kita.
 
Untuk Ngeh dan semua Non Muslim khasnya dari DAP yang sentiasa buat hal, lu dengan agama lu, gua dengan agama gua, lu tak perlu nak ajar gua macam mana gua nak handle dengan gua punya agama, kalau lu minat dengan agama gua lu boleh join, jika tak, lu lebih baik diam dari lu cari penyakit..Jangan nak sibuk hal orang lain, 'unai' pun tarak potong lagi mau cakap banyak ka ? Anda mampu Mengubahnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...