@Khairykj 'Budak Hingus' Elitis Cakap Saja Berdegar - Lepas MyTeam, MIMMA, PBM Ditangguh, PPBN Dilancarkan @NajibRazak

Parlimen Belia Malaysia diumumkan oleh PM pada 28 Mei 2011, biarpun begitu ia belum menjadi realiti malah ditangguhkan beberapa kali, dan sehingga hari ini belum ada tarikh baru yang diumumkan oleh Menteri yang dipertanggungjawabkan.

Pada Julai 2013, Menteri berkenaan, Khairy Jamaluddin mendakwa pendaftaran pemilih bagi parlimen belia kurang mendapat sambutan apabila hanya 15,516 orang saja yang mendaftar dari kesemua 222 parlimen.

Masalah itu menyebabkan ianya ditangguhkan, beberapa bulan kemudian penyertaan belia meningkat sebanyak 310 peratus dan KJ mengjangkakan ia dapat dilaksanakan pada Februari dan April 2014.

Namun setelah sampai waktunya dan pendaftaran belia menepati sasaran sekali lagi berlakunya penanggguhan yang kali ini didakwa berpunca daripada masalah teknikal kepada sistem pengundian sehingga laman web parlimen belia ditutup.

Masalah teknikal serta penutupan laman web itu sudah hampir dua bulan  berlaku, pengurusan sebegini sangat MEMALUKAN kerana tidak padan dengan cakapnya yang berdegar-degar dan ia tak patut berlaku dibawah pengurusan 'budak' lepasan 'oxford'.

Cacar-marbanya pengurusan KJ itu seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena, sepatutnya masalah sistem seperti itu tidak perlu mengambil masa berbulan-bulan tanpa kesudahan, sedangkan sistem "Instagram' dengan aplikasi 'Lifestyle' yang diperkenalkan oleh adik Samy Vellu pun boleh digunakan!

Apakah permainan KJ yang sebenarnya ? Apakah faktor-faktor permainan seumpama ini yang menyebabkan mantan PM Tun Dr Mahathir amat begitu marah sekali dengan beliau sebelum ini. 'Dah lama dah', sebab Tun M berpandangan jauh, kita ni hari ni baru nampak.....

Sebaliknya dalam bab bolasepak, KJ dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk membangunkan akademi bolasepak, akhirnya Akademi Bolasepak sudahpun dilancarkan minggu lalu tanpa sebarang masalah dan penangguhan.
Masihkah kita ingat satu pasukan bolasepak yang dikenali dengan nama 'MyTeam' hasil dari program realiti yang diusahakan KJ dan DJ Jason Lo ? Dimana pasukan 'MyTeam' sekarang ? Bagaimana nasib pemain-pemain 'MyTeam' ? Adakah nasib mereka semua dibela oleh KJ sepertimana berdegar-degarnya ucapan KJ yang kononnya membela agama, bangsa dan tanahair ?
Lompat si hingus lompat, lompat budak hingus - Antara aktiviti elitis yang bakal diperkenalkan oleh 'Kementerian' dua sahabat baik ini!!!
Antara Parlimen Belia Malaysia dan Akademi bolasepak Negara, KJ lebih berminat untuk fokus kepada akedemi bolasepak, kenapa ? Adakah kerana akademi bolasepak punyai ruang untuk menjana keuntungan menerusi penajaan syarikat korporat manakala Parlimen Belia Malaysia pula tidak membawa apa-apa keuntungan ???

Pada tahun 2006 KJ pernah berkata, pihak pengurusan MyTeam tetap melihat siri realiti sukan pertama itu mampu dieksport ke luar negara jika cadangan meneruskan musim keduanya gagal mendapat kerjasama FAM.

"Kami masih boleh memikirkan alternatif dan tidak akan hanya bergantung kepada satu pihak dengan mengadakan MyTeam di negara jiran,''.

Faktor KJ prihatin dengan masa depan bolasepak negara sama sekali tidak terpakai dan ianya jauh tersasar, berdasarkan kenyataan berstatus ugutan mirip ugutan syarikat penerbangan AirAsia itu, ia tidak menampakkan akan keprihatinan KJ kepada masa depan bolasepak negara selain masa depan beliau dan Jason Lo, membuat keuntungan....Lepas kenyang hasil 'MyTeam'....... MIMMA ......
DJ Jasan Lo tubuh persatuan supaya senang KJ nak salurkan fund dari kementerian milik bapak KJ
Terlalu banyak KJ mencipta isu, pokoknya adalah cakap saja berdegar-degar, kalau dengar KJ bercakap, peghhhhhhh, memang dasyat, terpukau habis!!! Lebih-lebih lagi  dalam ucapan berskrip setiap tahun dalam Perhimpunan Agung Umno seolah-olah berada dalam syurga bodohwi.

Jika faktor KJ Pak Lah bersara awal, jika faktor KJ BN tewas teruk dan tumbangnya beberapa negeri ketangan pembangkang, apakah faktor KJ juga BN akan menjadi pembangkang dan lupus selepas PRU 14 nanti.

Tidak dinafikan hari ini golongan muda khasnya mahasiswa dilihat berpihak kepada BN, antara penyumbang kepada faktor itu adalah terpengaruh dengan berdegar-degarnya ucapan KJ disamping idea-idea moden mirip pembangkang, namun golongan muda ini pasti akan beralih arah apabila menyedari segala yang pernah diungkapkan KJ semuanya retorik yang tidak lebih sekadar meraih populariti bagi mencapai matlamat peribadi.

KJ dalam persediaan bagi merealisasikan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri sebenarnya adalah dari spesis sama dengan peliwat tegar yang turut berkongsi cita-cita yang sama.... Anda Mampu Mengubahnya - Bersambung

KJ ? Kepala Jahat !!!

1 comment:

  1. sapa kata kj takde niat nak jadi pm memang bodoh...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...