Raja Publisiti @Khairykj Pemalu Orangnya, RM237 Billion Wang Petronas Tu Patut Juga Rasa Malu !

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini membidas bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin susulan kenyataan tidak sensitifnya berhubung kematian pemimpin DAP Karpal Singh.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, "Sebarang kenyataan yang mempolitikkan kematiannya (Karpal Singh) dalam bentuk sedemikian rupa yang dilakukan oleh Zulkifli Noordin langsung tidak mencerminkan sikap rakyat Malaysia dan orang Islam.

"Saya malu dengan individu ini dan saya malu beliau bertanding bagi Barisan Nasional dalam pilihan raya lepas dan kita tidak harus meletakkan beliau sebagai calon lagi," katanya selepas melancarkan Forum 'Women@Work', di sini.

Bersungguhnya Ketua Pemuda Umno ni seolah-olah Zulkifli Nordin telah melakukan dosa besar yang tidak boleh diampunkan selain disumbat kedalam neraka.  Difahamkan perkara yang dianggap dosa besar tak boleh diampunkan itu adalah apabila ZN berkata:

"Dalam keadaan kemelut kerajaan Pas Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan UMNO, Allah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya"

Kata-kata itulah menyebabkan KJ malu untuk mengaku ZN sebagai umat, maklumlah KJ ni seorang yang sempurna lagi hadhari, kenyataan sebegitu pun dianggap sebagai 'sedemikian rupa' sehingga menyelar tanpa batas mengalahkan selaran pemimpin pembangkang.

Keghairahan KJ meraih publisiti hadhari seperti ini jelas menunjukkan sikapnya yang sebenar, sikap yang sanggup menghancurkan sesiapa saja asalkan ia tampak sebagai juara, ini sangat membahayakan...., naiknya dengan memburukkan orang lain, walhal yang dianggap buruk itu tidaklah sepadan dengan kenyataan balasnya yang tersangat biadap sekaligus mengaibkan seorang yang sedikit sebanyak berjuang untuk UmnoBN.

Selaran yang dibuat KJ itu sangat tidak wajar terhadap rakan sendiri, mungkin selaran itu sesuai dibuat kepada musuh, tapi bukan pada mereka yang bebas dan mesra UmnoBN seperti ZN.

Namun semua itu KJ tak peduli asalkan ia tampak juara dan hebat dimata mereka yang buta, orang lain nak mampus lantaklah janji dia boleh hidup, itulah 'lifestyle' KJ yang sebenarnya, dan 'lifestyle' seperti itu tidak akan bertahan lama, bukan 'hero' nak berlakon jadi 'hero' lambat laun pasti akan terima akibatnya.

Hal itu dapat dilihat sepertimana yang telah berlaku kepada kerajaan pimpinan mentuanya bersama gerombolan di tingkat 4, hadhari awalnya seolah-olah 'Mr Clean' menarik perhatian rakyat sehingga PRU 11 BN dibawah pimpinan hadhari menang besar dan berjaya menawan 198 kerusi parlimen dan 452 kerusi DUN, apapun setelah rakyat sedar lakonan 'Mr Clean' indah khabar dari rupa, pada PRU 12 BN tewas teruk dan hanya mampu mempertahankan 140 kerusi parlimen serta 307 kerusi DUN sehingga beberapa buah negeri jatuh ketangan pembangkang.

Berbalik kepada KJ yang gila meraih publisiti, KJ amat bijak memanfaatkan peluang dengan isu-isu popular yang menjadi tumpuan rakyat, KJ akan cuba sedaya upaya membuat kenyataan yang boleh menampakkannya sebagai 'hero' yang bersifat menawan hati rakyat khasnya penyokong pembangkang biarpun kenyataan itu boleh memberikan imej yang tidak baik kepada kerajaan BN ataupun bersifat biadap terhadap orang lain.

Pelbagai isu yang telah dimanfaatkan oleh KJ, antaranya isu keahlian baru didalam Umno, PTPTN, kenaikkan harga minyak dan tarif elektrik, FAM, budak sekolah makan rumput, raja bomoh penampar buaya,  dsbnya. Daripada isu-isu itu kesemuanya 0, tidak ada apa yang berubah, sekadar keluarkan kenyataan untuk populariti semata-mata.

Dalam kenaikkan harga minyak yang kononnya KJ membantah, sedangkan zaman bapak mentuanya jadi PM harga minyak sampai RM 2.70 seliter pun takder pula nak membantah.

Dalam ke'poyo'an KJ ini semoga ramai yang akan membuka mata, perhatikan apa saja isu yang timbul pasti KJ akan keluarkan kenyataan bersifat hero, tapi disebalik kenyataan beliau itu semuanya 'zero', Contohnya KJ sound supaya raja bomoh KLIA ditangkap, tapi raja bomoh masih kekal bermaharajalela.

Setakat nak sound raih publisiti baik tak payah, buang masa jer, buat malu status Menteri dan KP UMNO Malaysia jer, tiada apa yang boleh dibanggakan dengan KJ, hanya sembang jer lebih, cakap pandailah!!! sama macam sifunya Anwar Ibrahim.

Kesimpulan dari itu, dalam kita bersangka baik, semoga dengan penyelaran KJ terhadap ZN itu berbaloi dan mampu meningkatkan lagi majoriti dalam PRK Bukit Gulugor nanti.

Apapun kepada KJ, jika dengan kenyataan ZN itu beliau merasakan malu, ketahuilah bahawa rakyat Malaysia khasnya ahli dan penyokong UMNO lebih merasa malu apabila Umno mempunyai KP seperti anda dan PM seperti bapa mertua anda, kerana sebagaimana yang pernah ditanya oleh Rafizi secara live kepada anda dan turut didedahkan oleh Tun M,  semasa anda menjadi penasihat kepada PM yaitu bapak mertua anda (2003-2009), sehingga hari ini masih belum dijelaskan apa yang anda dan bapa mertua anda buat dengan wang sebanyak RM237 BILLION yang diambil dari Petronas.

RM237 BILLION ni bukan setakat malu saja, penampar buaya pun patut, kalau rasa hero sangat bolehkah KJ jelaskan apa yang telah dibuat oleh beliau dan mertuanya dengan RM237 BILLION wang Petronas yang diambil itu (2003-2009) ?

Namun jika angka RM237 BILLION itu tidak wujud atau dengan kata lain ianya FITNAH semata-mata, mohon KJ failkan SAMAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Kalau Pengerusi BMB pun ada terima habuannya, elok benarlah tolong KJ untuk perjelaskan!!!

9 comments:

  1. Menteru audio-vedio, menteri sound sama taraf menteri amaran...jenis kepit.

    ReplyDelete
  2. Aku pun malu jugak tengok manusia yang kena boo dengan perkataan 'rasuah' dalam perhimpunan UMNO boleh tebal muka nak jadi menteri.

    Tak silap dah orang gelar dia Anuwar II......

    ReplyDelete
  3. Terbaik.. Aku pun malu KJ jadi KP.. Sama standard mcm Rafizi je.. Tak lebih macam Mahfuz.. Dah macam BADUT dalam sarkis..

    ReplyDelete
  4. Dulu aku minat juga dengan menteri bangang ni, tapi bila over sangat wayang dia,rasa cuaklah plak, aku sangat2 bersetuju dengan pandangan admin mengenai sikap kj yang sanggup menghancurkan sesiapa saja asalkan ia tampak sebagai juara.....

    ReplyDelete
  5. elehh apa nk heran...dia ni kan budak lagi,kita yang tua ni kena byk sabar tunggu dia besar sikit.....

    ReplyDelete
  6. Berani biar kena pada tempatnya , Aku nak tengok mana anak melayu yang betul betul nak menyelamatkan orang melayu ,yang berani bersuara pada cina dan india yang kuat merapu ,jangan hanya berani bersuara pada bangsa sendiri je,

    ReplyDelete
  7. Tak hairanlah, mangkok hayon ni sangat popular dikalangan penyokong dan pemimpin PR....

    ReplyDelete
  8. Menantu kuat tiduri....peminat pantat cinabeng

    ReplyDelete
  9. KJ nampak sangat hipokrit, gilerkan publisiti,gila nak jadi ketua,kadang-kadang mengalahkan PM,mulut je lantang tapi akalnya kontang,kalau CT pun boleh bengang dengan sikap kurang ajar KJ,mahu org lain bengang,berlagak je lebih!!!hampeh

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...