Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menziarahi
bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediamannya
di Pulau Melaka di sini.
Nik Abdul Aziz bersama isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak menyambut ketibaan Muhyiddin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selepas solat Asar.
Muhyiddin yang dalam rangka lawatan sehari ke negeri ini, meluangkan masa berbual dan bertanya khabar dengan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS.
Nik Abdul Aziz semasa ditemui pemberita, berkata beliau tidak menyangka Muhyiddin dan isteri sudi datang menziarahi beliau dan keluarganya dan menyifatkan kehadiran Timbalan Perdana Menteri itu hari bertuahnya.
Apapun, syabas kepada YAB TPM diatas usaha murni itu, rakyat benar-benar mengkagumi sikap keterbukaan dan rendah diri seperti ini, TPM tidak hanya bercakap kosong yang berdegar-degar, TPM membuktikan dengan berusaha kearah apa yang pernah dituturkan.Nik Abdul Aziz bersama isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak menyambut ketibaan Muhyiddin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selepas solat Asar.
Muhyiddin yang dalam rangka lawatan sehari ke negeri ini, meluangkan masa berbual dan bertanya khabar dengan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS.
Nik Abdul Aziz semasa ditemui pemberita, berkata beliau tidak menyangka Muhyiddin dan isteri sudi datang menziarahi beliau dan keluarganya dan menyifatkan kehadiran Timbalan Perdana Menteri itu hari bertuahnya.
Kita yakin dan percaya mantan MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut merasa bangga kerana tidak menyangka seorang TPM sudi bertandang datang melawat beliau serta membincangkan mengenai perlaksanaan hukum hudud.
Sikap matang dan tenang TPM selaku tokoh politik berpengalaman luas tak dapat dinafikan, TPM tak perlu nak menonjol sampai nak kena 'penampar buaya' atau dengan memburukkan orang lain.
Ketahuilah, anak muda hari ini yang rata-rata mampu mendapatkan perkembangan politik dihujung jari sentiasa melihat tindak tanduk setiap pemimpin, samada pemimpin yang sekadar mabuk publisiti atau pemimpin yang benar-benar serius dalam menyelesaikan sesuatu isu.
Cara TPM ini mampu dilihat sebagai seorang pemimpin yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat dan parti berbanding meraih populariti untuk diri sendiri demi mengejar puncak tertinggi.
Seharusnya ia diteladani oleh semua pemimpin khasnya pimpinan muda yang dilihat hari ini lebih cenderung kearah meraih publisiti murahan bagi diri sendiri, sedangkan pemimpin yang diinginkan oleh rakyat adalah pemimpin yang mampu menyelesaikan sesuatu perkara bukan sekadar mengambil kesempatan untuk mengeluarkan kenyataan syok sendiri keatas sesuatu isu yang timbul.
Apabila seseorang pemimpin seringkali membuat kenyataan yang bersifat 'menangguk', sekali dua mungkin rakyat akan pandang ia popular, namun lama-kelamaan rakyat akan sedar dan akan mula merasa 'cuak'.
Berhubung perlaksanaan hukum hudud, Muhyiddin berkata, Umno ingin bekerjasama dengan Pas bagaimana untuk memberikan pemahaman kepada semua pihak tentang hudud.
Tetapi yang penting, kata beliau, adalah duduk semeja untuk berbincang sebelum Pas bertindak membawa usul hudud ke Parlimen.
Timbalan Presiden Umno itu berkata beliau telah mengutarakan cadangan itu kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini. Mohd Amar memberi reaksi positif, kata Muhyiddin.
Ditanya sama ada Umno akan menyokong Pas dalam perkara hudud itu, Muhyiddin berkata ketika ini tiada siapa pun berhak membuat andaian sama ada menyokong atau tidak kerana apa yang bakal berlaku itu adalah perkara baharu dalam sejarah negara.
"Tidak boleh buat andaian. Kita mahu tahu ceritanya dahulu. Kalau tak sokong nanti kata tak sokong hudud...ia membawa banyak makna. Kita mungkin tidak bersetuju mengenai usul itu. Ini satu perkara baru dalam negara.
"Ia perlu diperhalusi dan diteliti dan persoalan kerana khuatir akan berbangkit kemudian. Ada perkara lain yang perlu diselesaikan dahulu sebelum dibawa ke Parlimen," katanya.
"Saya fikir ada orang Islam yang masih tidak faham dan ini memerlukan penerangan yang meluas dan mendalam.
"Orang bukan Islam pun mahu tahu keadaan itu kerana ini sebuah negara yang merdeka dan rakyat lain berhak tahu walaupun dia bukan Islam.
"Pasal dia takut kesan kepada pelaksanaan itu akan membawa kesan kepada mereka," katanya.
Beliau berkata parti sekutu Pas iaitu DAP tidak perlu mempertikaikan keikhlasan Umno untuk berbincang mengenai hudud itu kerana Umno mempunyai pendirian yang perlu diterima.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Umno bercadang mewujudkan sebuah jawatankuasa teknikal mengenai hudud di peringkat kebangsaan.
Jawatankuasa itu akan disertai pihak yang arif mengenai hukum hudud termasuk pakar-pakar hukum agama dari luar negara, katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.