Perbezaan pendapat antara Dewan Pemuda Pas Kelantan dan Mursyidul Am Pas mengenai penubuhan jawatankuasa teknikal hudud peringkat pusat sebagaimana yang dicadangkan oleh YAB TPM seakan-akan memperlihatkan kesediaan sebenar Pas dalam soal perlaksanaan hukum tersebut.
Jika Ketua Pemuda Pas Kelantan Ahmad Fadhli dengan angkuhnya menolak jawatankuasa teknikal peringkat pusat, berbeza pula dengan Mursyidul Amnya yang menyambut baik cadangan penubuhan jawatankuasa itu.
Jadi yang mana satu hendak dipakai ? Dalam Pas sendiri pun dah bercanggah pendapat, itu baru soal penubuhan jawatankuasa, belum lagi kepada perlaksanaan hukuman kepada pesalah, nanti bila nak jatuhkan hukuman kepada pencuri misalnya, bagaimana kalau seorang kata kena potong tangan dan seorang lagi pula sebaliknya.
Percanggahan seumpama itu tidak boleh berlaku dalam perlaksanaan hukum hudud, kerana keadaan ini akan menimbulkan perasaan kurang senang masyarakat sekaligus akan mempertikaikan keadilan didalam perlaksanaannya.
Sedangkan hukum hudud adalah hukuman yang sangat adil, namun jika perlaksanaannya dibuat secara sembrono diatas faktor politik sudah pasti keadilan tidak akan wujud.
Atas sebab itu makanya Ketua Pemuda Pas Kelantan jangan mengambil mudah dengan menolak cadangan penubuhan jawatankuasa tersebut sekaligus bercanggah dengan pandangan 'Tok Guru'nya sendiri. Anda Mampu Mengubahnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.