Keangkuhan atau lebih tepatnya kejahatan jelas dizahirkan oleh Dewan Pemuda Pemuda (DPP) PAS Kelantan apabila menolak mentah-mentah cadangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk menubuhkan jawatankuasa teknikal peringkat pusat bagi membincangkan tentang hudud sebelum dibawa ke Parlimen.
DPP menerusi Ketua Pemuda Ahmad Fadhli Shaari berkata jawatankuasa itu telahpun wujud di peringkat negeri dan dianggotai wakil agensi kerajaan persekutuan yang terlibat dalam pelaksanaan hukum itu.
"Justeru, untuk mendapatkan gambaran jelas tentang undang-undang ini, cukuplah sekiranya wakil kerajaan Kelantan dipanggil untuk memberikan taklimat kepada mana-mana pihak di peringkat kerajaan Persekutuan dalam konteks hubungan kerajaan dengan kerajaan," katanya.
DPP menerusi Ketua Pemuda Ahmad Fadhli Shaari berkata jawatankuasa itu telahpun wujud di peringkat negeri dan dianggotai wakil agensi kerajaan persekutuan yang terlibat dalam pelaksanaan hukum itu.
"Justeru, untuk mendapatkan gambaran jelas tentang undang-undang ini, cukuplah sekiranya wakil kerajaan Kelantan dipanggil untuk memberikan taklimat kepada mana-mana pihak di peringkat kerajaan Persekutuan dalam konteks hubungan kerajaan dengan kerajaan," katanya.
Inilah antara punca yang menyebabkan hudud masih gagal dilaksanakan, sikap segelintir pemimpin Pas yang angkuh seperti iblis walaupun tidak punyai kuasa yang mutlak menyebabkan kerjasama dengan kerajaan pusat tidak dapat dicapai.
Sedangkan umum mengetahui jawatankuasa yang diwujudkan Pas diperingkat negeri adalah tidak sempurna dan masih banyak yang perlu diperbetulkan, hal itu turut pernah diakui oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Amar Abdullah sebelum ini.
Malah hudud itu juga sering disebut sebagai hudud Pas, banyak perkara yang bercanggah dan berbeza pendapat, antaranya dalam isu meliwat isteri, orang bukan Islam dikecualikan daripada hukuman dsbnya.
Jadi apalah salahnya Pas bersikap terbuka dan menerima cadangan TPM itu, terima saja apa cadangan asalkan ia tak bercanggah dengan Islam, bahkan kesungguhan pimpinan Umno dalam perlaksanaan Hudud itu sendiri perlu dihormati, sekurang-kurang Pas boleh 'claim' dimana doa Pas selama ini supaya pimpinan Umno menerima Hudud telah termakbul.
Disini jelaslah kepada semua terutamanya generasi baru mengapa Hudud gagal dilaksana dan siapa sebenarnya yang menggagalkan usaha itu. Dari dulu hingga kini orang-orang didalam Pas seperti Ahmad Fadhli itulah yang menjadi penyebabnya, dan tidak keterlaluan jika dikatakan orang-orang seperti beliau jugalah yang menyebabkan Mursyidul Am Pas dibenci dan dimaki.
Ini kerana apabila orang-orang busuk hati dan perut seperti Ahmad Fadhli yang mengelilingi tokoh seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mereka akan meracuni dan menghasut Nik Aziz dan menyebabkan Nik Aziz dilihat sering tidak konsisten kerana terpedaya dengan puak-puak ini.
Sebagai contoh, apabila TPM mengziarahi Nik Aziz semalam, Nik Aziz berkata beliau tidak menyangka
Muhyiddin dan isteri sudi datang menziarahi beliau dan keluarganya dan
menyifatkan kehadiran Timbalan Perdana Menteri itu hari bertuahnya.
Itu kenyataan semalam, namun esok atau lusa akan keluar lagi kenyataan dari Nik Aziz berhubung lawatan oleh TPM itu, dan kenyataan esok atau lusa itu sudah pastilah kenyataan yang negatif hasil dari hasutan-hasutan manusia busuk hati yang menggelilingi beliau, tunggu dan lihat....
Berbalik kepada isu Hudud dan cadangan TPM mewujudkan sebuah jawatankuasa
teknikal mengenai hudud di peringkat kebangsaan, Muhyiddin berkata,
"Jawatankuasa itu akan disertai pihak yang arif mengenai hukum hudud termasuk pakar-pakar hukum agama dari luar negara".
So apa masalah Ketua Pemuda Pas untuk menolaknya ? Nak buat ni hukum hudud, ia berkaitan undang-undang dan hukuman, bukan boleh sembrono, ia perlu adil dan mengambil kira setiap pendapat dan tafsiran pakar baik didalam negara mahupun diluar negara.
Supaya hukuman yang dijalankan nanti akan adil dan benar-benar mengikut syariat Islam serta tidak akan ada perkara yang berbangkit, jadi KP Pas tolong jangan jadi 'bengong'!!! Tak cukup lebai hanya pemimpin Pas untuk menentukan hukum hakam ini, ini soal hukum, ia bukan hanya boleh diperbincang dan dipersetujui sesama pimpinan Pas semata-mata untuk Hudud dilaksanakan.
Maka perkara ini hendaklah semua pihak saling bertolak ansur dan ikhlas didalam usaha memperjalankannya, jika permulaan untuk bekerjasama pun sudah ada pihak yang bersikap angkuh menolak cadangan, entah bagaimana pula akan kesudahan. Anda Mampu Mengubahnya.
Dr dlu lagi aku kata parti PAS ini parti org MUNAFIK.
ReplyDeleteMereka bukan nk pun atau ikhlas utk tegakkan hukum Allah SWT tp matlamat mereka nak kan kuasa krn dengki dan dendam pd UMNO sejak PERIKATAN dulu!!
Tiada satu pun kerja PAS yg bantu pd Islam secara betul melainkan kerosakan dan perpecahan umat!
PAS adalah golongan MUNAFIQ yg paling dahsyat pernah wujud di bumi Malaysia ini sejka kedatangan Islam pd kurun ke 15 dlu!!
PAS LAKNATULLAH
DPP PAS jwblah depan Allah Ta'ala.. bala musibah besar akan melanda kaum Munafiqun PAS!!
Ameen!!
Sekarang wujudkan Laman RASMI Pakar Syariah Hukum HUDUD. Biar semua persoalan yang terbuku dihati rakyat Malaysia. Biar ada persoalan dan pertanyaan dari rakyat. jawapan disampaikan oleh pakar hukum hudud dan pakar dari PAS sendiri. tak semua org dapat berjumpa pakar undang2 syariah. buat secara online... JGN pula tak jawab berbulan-bulan lamanya....
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteSaya sebenarnya telah membaca pandangan ayahanda Tun Mahathir mengenai hukum hudud yg cuba dikuatkuasakan oleh Pas Kelantan pd 1990an...
Sebenarnya pandangan ayahanda Tun amatlah tepat sekali... Ini kerana jika hukum hudud itu hanya dikuatkuasakan kepada orang Islam sahaja, ditakuti berlakunya ketidakadilan dan akan terjadinya satu malapetaka yang amat besar kepada negara... Lagipun hukum hudud yang ingin dikuatkuasakan oleh Pas Kelantan hanya menekankan aspek hukuman semata-mata tanpa mengambil kira aspek taubat, kesalahan kali pertama untuk perbuatan mencuri dan juga limit nilai curian yg boleh dijatuhi hukuman potong tangan... Adakah orang yang mencuri RM2 di tabung masjid akan dipotong tangan sama seperti orang yang mencuri RM20000 di kedai pengurup wang??? Adakah orang yang terlibat dalam pengutipan derma untuk buat Lebuhraya Rakyat yang sekarang ini diambilalih oleh Kerajaan Pusat akan dikenakan hukuman potong tangan kerana ke manakah duit derma itu disalurkan??? Sedangkan Nabi S.A.W sendiri sebut yang jika rakyat biasa kena potong tangan tetapi orang atasan tak kena potong tangan atas kesalahan yang sama maka bala Allah akan ditimpa ke atas umat...
Bagaimana pula dengan kesalahan rogol, zina dan juga pertuduhan zina yang memerlukan 4 orang saksi daripada orang yang beriman... Sedangkan kita sendiri sedia maklum yang pada zaman sekarang yang kemajuan sains dan teknologi telah memudahkan penyiasatan sesuatu kes jenayah... Jika kes pembunuhan, aspek penyiasatan menggunakan DNA bukan lagi satu perkara yang asing malah amat penting dalam menyelesaikan sesuatu kes, bagaimana pula dengan kes zina, rogol dan pertuduhan zina??? Negara bukan Islam sendiri menggunakan teknologi untuk menyelesaikan kes-kes seperti ini tetapi takkanlah di negara kita sendiri video itu sendiri tidak boleh diambil kira kerana video adalah besi??? Sepatutnya keadilan yang paling diutamakan, bukan pelaksanaan hukuman semata-mata...