KELATE - BLOGGER BEBAS DIANCAM PEMIMPIN SAMSENG

Didalam menempuh arus kematangan politik pada abad ini serta seruan Transformasi yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ianya sedikit malang dari apa yang berlaku disini setelah tercemar dengan satu ugutan yang diterima oleh blogger bebas dari salah seorang pemimpin cabang Umno yang dikirim pesan kepada seorang rakan mengenai isu yang pernah dibangkitkan terhadap kepimpinan UmnoBN Bahagian dan negeri.

Kritik didalam politik adalah satu hal normal yang sudah menjadi asam garam didalam menceburi bidang yang dipenuhi dengan projek-projek  didalam penyertaan oleh sebahagian daripada mereka yang begitu rakus memunggahnya.

Menjadi seorang blogger bebas sepenuh masa yang tidak berbayar adalah satu bidang yang agak memeritkan, lebih-lebih lagi bilamana menerima panggilan dari seorang rakan mengirim pesan yang memaklumkan supaya berjaga-jaga diatas tindakan 'cari'  seolah-olah boleh difahami bersifat  samseng yang bakal diambil oleh salah seorang pemimpin cabang UMNO Bahagian yang bengang dengan artikel dan gambar yang dipaparkan berkaitan bahagian yang diwakilinya.

Namun hal tersebut difokuskan kepada blogger Amboorangkampung cuma tempiasnya turut terkena kepada Gk, samada pemimpin tersebut terkeliru dengan pengirim gambar ataupun tulisan belum dapat dipastikan dan itu dia punya pasal, mungkin kerana Gk agak rapat dengan AOK serta turut menyiarkan artikel tersebut maka secara langsung Gk dilibatkannya sebagai orang kedua yang dicari selepas AOK atau akan menerima secara borong jika ditemui berada bersama-sama.

Diatas perkara yang benar, ugutan tersebut tidak pernah getarkan batu dan sentiasa Gk menunggunya dengan penuh sabar serta akan bertanggungjawab setiap artikel yang pernah Gk terbitkan tanpa berlepas tangan ataupun meninggalkan teman. Kerana perjuangan yang ingin ditegakkan adalah perjuangan yang benar lagi bebas demi seluruh rakyat Kelantan supaya tidak membuat kesilapan didalam memilih seseorang pemimpin.

Prinsip Gk jelas,  mesra kepada BN PUSAT bukan negeri. Jika di negeri tidak kira Pas mahupun UMNOBN perjuangan adalah bebas, menyokong kerajaan pusat kerana ia lebih baik dan seluruh rakyat dapat merasai kebaikkan tersebut. Ketelusan PM tetap akan sentiasa didokong kerana sudah banyak berjasa kepada rakyat walaupun tampuk pemerintahannya baru setahun jagung.

Nampaknya pemimpin cabang Umno ni lebih power dari Presiden Umno sendiri, nak main politik kalau tak boleh dikritik baik tak payah berpolitik, apabila dikritik atau dituduh  jika ia tidak benar sila ambil tindakan undang-undang dan jika benar sila ubah perkara tersebut supaya BN tidak tercela hanya kerana sikap sekerat dua anggota parti yang merosakkannya.

Menteri Besar Kelantan yang diangkat oleh sebahagian penyokong taksubnya sebagai keramat dan bertaraf wali pun kena kritik dan dimaki hamun apalah besar sangatnya pengaruh kita bila tidak boleh dikritik. Pengikut taksub Nik Aziz sanggup MATI kerana Nik Aziz namun asas itu tidak pernah dijadikan sebagai penghalang untuk mendedahkan kesongsangan Nik Aziz.

Bolehkah rakyat terutamanya orang muda nak terima jika pemimpin itu tidak boleh dikritik, perlukah pemimpin mengirim ugutan kepada seorang bloggers yang memperjuangkan kebenaran untuk rakyat, mujurlah pemimpin Pas tidak mengambil tindakan yang sama pada Gk kerana sudah banyak membelasahi mereka dan kematangan itu jugalah salah satu sebab mereka mampu bertahan lebih 23 tahun memerintah.

Sedarlah wahai pemimpin yang tidak sedar diuntung, merisik khabarlah dahulu sebelum bertunjang pesan dan berkais kata, anda tidak ada HAK untuk menyekat mana-mana bloggers dalam perjuangan mereka selagimana ia bukan FITNAH. Tidak ada blogger yang mencacai sampai ke tahap babun untuk mempertahankan pemimpin yang membuatkan parti berada DALAM BAHAYA dan perkara ini perlu ditegaskan.  

Andainya anda pemimpin yang tidak suka dengan pembongkaran yang dibuat sedangkan ianya benar anggap saja blogger Gk sebagai pembangkang, kerana pendirian dan maruah seorang bloggers bebas jauh bercanggah dengan cara bertindak pemimpin yang sedemikian. 

Harus diingat Gk bukan ahli Umno dan tidak dibayar upah untuk menjaga atau mengkritik, juga tidak pernah menadah tempurung meraih simpati pemimpin itu dan bertindak mengkritik sebagai tindak balas diatas kekecewaan tersebut, tidak, bukan maruah seorang blogger terletak disitu, tapi ianya kerana keadilan dan kebenaran untuk seluruh rakyat lebih-lebih lagi kepada mereka yang diabaikan walaupun sedikit sebanyak pernah berjasa kepada parti.

Gk tidak fikir kritikan sebegitu adalah salah ? melainkan menyentuh isu-isu berkaitan peribadi pemimpin yang tidak ada hubungkait langsung dengan kepentingan rakyat. Seperti juga dari apa yang dilaporkan kepada Gk sebentar tadi mengenai salah seorang peniaga kereta terpakai yang juga  AJK UMNO Bahagian dan isterinya turut punyai jawatan didalam Puteri Umno yang tidak dipedulikan apabila ditimpa bencana termasuk 3 buah kereta hangus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran pada minggu lepas.

Setelah hampir seminggu tidak dipedulikan, Gk difahamkan kesempatan itu terus dimanfaatkan oleh Nik Aziz sendiri yang dimaklumkan akan meninjau ke lokasi tersebut pada jam 2 petang esok. Sekiranya Gk ke lokasi dan melaporkannya serta mengkritik pengabaian oleh sesama sendiri apakah itu satu tindakan dan kritikan yang tidak sihat atau bersifat menyerang parti yang tidak dianggotai.

Cukuplah dengan kejumudan dan keangkuhan itu wahai sebahagian Pemimpin UMNOBN NEGERI KELANTAN, ikutlah salah satu cara yang ditampilkan oleh Pemuda Umno MALAYSIA dalam menyambut seruan  transformasi yang tidak hanya reti MENGAMPU tanpa mengkritik DISINI. ..Anda Mampu Mengubahnya..

8 comments:

  1. http://www.youtube.com/watch?v=o2cPV8RMkNg&feature=youtu.be

    mari bersama tonton and share

    janji tipu pembangkang

    Apa guna berjanji

    ReplyDelete
  2. Teruskan kritik mu wahai GK, jika niat mu ikhlas dan dapat membantu perjuangan BN. Wahai semua pemimpin ambil lah semua kritikan secara positif bagi memperbaiki kelemahan. Orang yang tidak boleh terima kritikan adalah orang yang bebal, tidak mesra dan tidak matang.

    ReplyDelete
  3. BN kelante mmg pukimak,sume pemimpin mereka reti mengtekedarah,wife aku org kelante so aku tahu gak sdikit sbnyk pasal diaorang ni,lantak dialah Gk,kami support mu,kalau dia cuba lagi ugut nko,jgn tungu, trus je buat repot polis.

    ReplyDelete
  4. aku dah bilang dari awal lagi. Lupakan kelantan, ribut topan sekali pun ,PAS tetap menang sebab semangat kenegerian mereka terlalu tebal. membazir wang dan masa sekiranya berfikir nak tawan kelantan. lebih baik guna dana tersebut fokus untuk tawan selangor dan kedah dan penang. kalah pun berbaloi.
    lagi satu, kurangkan rakyat kelantan kat jabatan kerajaan diPutrajaya

    ReplyDelete
  5. artikel yang sangat menarik dengan susunan kata yang sangat indah. syabas bro' kamu adalah pejuang agama, bangsa dan negara tercinta, berani kerana benar. aku rasa fenomena sedemikian bukan sahaja berlaku di kelantan malah di mana sahaja dan bermula dari peringkat cawangan lagi. teruskan perjuangan dan jangan berpatah langkah. sepatutnya blogger saperti kamulah yang pehak kerajaan wajib lihat kerana disebalik kritikan itu tersembunya suatu kebenaran.

    ReplyDelete
  6. Terkadang kita lupa kritikan dari dalam adalah kerana ingin melihat parti yang menjadi harapan kepada perubahan berada dalam keadaan yang cukup sedia dan berstrategi.Adakah kerana krtikan seseorang dilabelkan dengan pelbagai tanggapan yang bukan2 dan tuduhan yang lari dari tajuk.Kita mahukan umno berjaya untuk kali ini.umno memang perlu menggantikan pas,tempoh lebih 22 tahun pas telah berada dalam arena politik Kelantan, tapi masih gagal untuk mengecapi kemenangan?dimanakah silapnya?

    ReplyDelete
  7. Rasanya sudah sampai masa untuk UMNO bertindak tegas. Mereka mereka ini sepatutnya dicantas, sebelum mereka menjadi ganas. Sebatang pokok yang besar akan tumbang disebabkan akarnya. Keadaan telah berubah dan tidak saperti dulu lagi. Perbuatan ampu mengampu sepatutnya sudah lama pergi. Kualiti yang seharusnya dicari, barulah bangsa Melayu dihormati.

    ReplyDelete
  8. wahai semua penganut agama Buddha,

    YIP KUM FOOK (MCA Gombak) adalah kesilapan yang paling besar kerana dia menghalau sami dari Kuil Buddha (SAMNAK SAMBODHI) Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur ... dia tidak tahu bahawa kuil itu diasaskan oleh Sami Buddha ini, dia hanya menjadi presiden kuil, dan sekarang ramai orang bercakap tentang apa yang dia lakukan dengan Sami Buddha.

    Buddha adalah 2500 tahun yang lalu tetapi tidak pernah mendengar yang baru seperti itu, dia boleh berbuat seperti itu, semoga anda menghina dan memberontak kepada Buddhisme dan anda adalah relatif dan memusnahkan Buddha dalam kehidupan terdahulu... anda adalah jawatankuasa kuil tetapi tidak pernah tahu tentang ajaran Buddha sama sekali, jika anda tahu apa yang Buddha ajar, anda tidak akan melakukan perkara sedemikian atau perkara tersebut

    YIP KUM FOOK (MCA Gombak) dan pasukan dia sangat gembira kerana mereka berjaya mengeluarkan Sami Buddha dari kuil Buddha tetapi anda tidak tahu apa yang akan berlaku di belakang, semua yang anda(mereka) lakukan akan tercatat dalam fikiran orang dan semuanya tidak dapat dipadamkan dari fikiran orang

    kini kuil menjadi tempat pembuangan malang olih jawatankuasa, dan juga ramai penganut yang mengetahuinya, jadi penganut cina tempatan tidak berjalan di kuil, hanya penganut Myanmar sahaja yang masuk, mereka masuk kerana Sami Buddha Myanmar bermastautin di kuil.. jawatankuasa kuil mengupah mereka untuk menjaga kuil

    Rakyat Desa Jaya, Kepong

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...