Bicara mengenai politik matang pasti ada yang punyai pandangan yang berbeza, suka untuk melihat politik dalam konteks negeri Kelantan apabila satu daripada perkara ajaib dunia ada terletak di sini yaitu di Kampung Berangan Mek Nab.
Hajat BN untuk merampas Kelantan hanyalah satu angan-angan kosong sahaja tidak lebih dari itu, ini kerana tidak ada sesuatu yang boleh dibanggakan dibuat oleh kepimpinan BN Kelantan, sedangkan penjelasan kepada sesuatu isu yang berbangkit itu adalah perlu supaya pemimpin Pas tidak mudah untuk membohongi rakyat disebalik haruman minyak attarnya.
Lebih-lebih lagi isu yang bersabit dengan YAB Perdana Menteri, hairan sungguh bilamana pemimpin BN sendiri pun tidak sensitif dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas an senyap tanpa menjawab kembali apa yang dituduh oleh pemimpin Pas.
Melihat rakaman video ini, Datuk Husam Musa dengan jelas menuduh bahawa Najib telah menyekat atau menarik balik projek lebuhraya yang pernah diluluskan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sedangkan menurut Adun BN Nenggiri Mat Yusoff Abd Ghani bukan Najib yang membatalkan projek lebuhraya tersebut.
Mungkin lebih jelas lagi sekiranya Husam dan Mat Yusoff berdebat secara terbuka mengenai isu ini supaya hal sebenar dapat diperjelaskan, Rasanya gu sama padan doh dua tu. Nenggiri pun buleh kirro kakloh, rakyat nak tunggu tengok siapa yang bercakap benar dan siapa pula yang bercakap bohong.
Anda Mampu Mengubahnya...
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.