RM3 BILLION - ANWAR TAK RELEVAN

Sungguh mengecewakan penyokong pembangkang dan mengejutkan pengundi atas pagar bilamana seorang Pemimpin yang diagung-agungkan sebagai suci akhirnya terperangkap disebalik kesuciannya, Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan memiliki sejumlah RM 3 BILLION didalam 20 akaun induk yang didedahkan oleh Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalidbeberapa hari yang lalu.

Apabila didesak oleh pelbagai pihak supaya beliau menjelaskan bagi akaun-akaun tersebut, sekali lagi Anwar yang memang terkenal dengan seorang pemidato dan pelakon yang cukup hebat bagaimanapun telah memusing tuduhan tersebut dengan mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  supaya berbuat perkara yang sama diatas akaun yang dimiliki oleh TPM.

Aneh bukan ? TPM tidak pernah diangkat sebagai pemimpin suci dan umumnya rakyat sudah mengetahui bahawa pemimpin BN mengamalkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, tuduhan-tuduhan itupun datang daripada Anwar dan gerombolannya juga, tak payah tunjuk bukti dan buat pendedahan pun rakyat dah percaya, kerana apa saja yang datang dari pemimpin pembangkang semuanya benar-benar belaka.

Berbeza dengan pemimpin BN, mereka cakap macammana sekalipun rakyat tak percaya, buat baik macammana pun rakyat tetap tak percaya dan tentunya memilih pembangkang kerana rakyat lebih percayakan pembangkang dan menganggap pemimpin pembangkanglah yang paling bersih. Apa salahnya jika Anwar buktikan yang beliau sememangnya bersih.

Majoriti rakyat yang tujuannya memilih pembangkang adalah ingin membentuk kerajaan yang telus dan pemimpinnya juga bersih tidak terlibat dengan amalan yang tidak bersih seperti yang didakwa terhadap kepimpinan BN, takkanlah Anwar tak boleh nak jujur dalam hal ini jika beliau benar-benar pemimpin yang bersih.

Ringkasnya bagi pengundi atas pagar, soal pemimpin BN itu dia punya pasal, masalah sekarang ni pemimpin yang nak ganti pemimpin BN tu macammana ? Masa nilah sangat sesuai kalau Anwar nak jadi hero, jelaskan mengenai isu tersebut dan bersihkan dirinya dari persepsi buruk dengan menampilkan  BUKTI.

Jika Anwar bersih dan berbuat demikian apakah kesannya kepada beliau, kesan buruk atau kesan baik, mestilah kesan baik bila beliau berjaya buktikan beliau itu bersih, tapi kenapa beliau cuba berdolak dalih untuk tidak melakukan perkara yang boleh memberi kesan baik kepadanya.

Maknanya jika beliau enggan boleh kita faham yang Anwar ni pun lebih dasyat lagi daripada pemimpin BN kalau beliau mempunyai kuasa, temberang saja lebih, tak meluat ke sikap Anwar yang macam ni. Gk rasa kalau bukan pentaksub sepertinya atas pagar lebih memahami hakikat ini untuk mereka membuat sesuatu keputusan.

Bersikap terbuka tanpa menyebelahi mana-mana pihak pastinya kebenaran itu semakin hampir, dan perkara yang paling ditakuti semua adalah keluar dari mulut buaya masuk pula ke mulut naga, dari aman macam sekarang nanti timbul pula pelampau kaum yang nakkan HAK yang tidak sepatutnya diatas hak kebebasan asasi manusia.  Anda Mampu Mengubahnya...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...