JANGAN MEMBELAKANGKAN ALLAH KERANA KEPENTINGAN POLITIK - DR ASRI

Dalam menghalal perkara yang haram, manusia kadang-kala menggunakan nama Allah dan RasulNYA..umpamanya Allah melarang kita memaki orang lain, namun ada yang menghalalkan perbuatan tersebut dengan 'mempergunakan' ayat al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Padahal ayat-ayat itu dipetik luar dari konteknya. Hendaklah dibaca terlebih ayat-ayat sebelum ayat yang dipetik tersebut. 

Sebahagian ayat itu jawapan balas kepada golongan 'musuh Islam' yang menggunakan perkataan yang sama..kedua, ayat-ayat itu dituju secara umum bukan kepada individu tertentu seperti Nabi s.a.w melaknat lelaki yang menyerupai perempuan. Ia merujuk kepada jenis perbuatan bukan individu..di sana banyak ayat Allah dan sunnah Nabi yang melarang kita memaki hamun dan mencerca..jangan membelakangkan Allah dan RasulNYA hanya kerna kepentingan kita..Islam itu indah..yang hodoh bukan ajaran Allah dan RasulNYA..

Dalam riwayat al-Tabarani dari al-Mu’jam al-Kabir: bahawa Nabi s.a.w pernah hadir dalam suatu majlis orang Ansar. Padanya ada seorang lelaki yang terkenal dengan suka memaki hamun. Nabi s.a.w pun bersabda: “Memaki orang muslim itu perbuatan fasik dan memeranginya perbuatan kufur”.

Firman Allah: (maksudnya) "Dan katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKU (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia”. (al-Isra: 53).

Kata Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini:“Allah memerintah Rasulullah s.a.w memberitahu kepada hamba-hamba Allah agar berkata dalam ucapan dan perbincangan mereka ungkapan yang terbaik dan kalimat yang baik. Jika itu tidak dilakukan, syaitan akan menghasut mereka. Maka ucapan itu akan membawa tindak balas, berlaku keburukan, permusuhan dan peperangan”. (Ibn Kathir, 5/87. Mekah: Dar al-Taybah).

Sabda Nabi s.a.w dalam hadis al-Imam Muslim: “Ruh-ruh itu adalah tentera yang dihimpunkan; apa yang mereka kenal, maka mereka berpadu. Apa yang mereka tidak kenal, maka mereka bertentangan”.
..demikianlah ruh manusia dan tabiatnya..jika ruh kita baik lalu sukakan perkataan yang baik dan bencikan maki-hamun kita tidak akan cenderung kepada mereka yang mempunyai sikap demikian..jika ruh kita buruk lalu sukakan perkataan yang buruk dan jelek maka kita akan cenderung ke arah orang yang memiliki akhlak yang demikian juga..ukurlah di mana tahap kita..alangkah banyaknya manusia yang menyukakan yang buruk sekalipun kadang-kala syaitan menghiasinya dengan nama agama.. - FB Dr Asri Zainal Abidin

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...