BERSIH - BUKTI PAKATAN JAHAT

Politik yang dibawa Pakatan Rakyat didalam negara pada hari ini cukup bersifat memperalatkan rakyat dan penyokongnya sendiri demi kepentingan individu yang gilakan kuasa, lebih malang lagi bilamana diwujudkan satu perhimpunan untuk memberi tekanan kepada kerajaan sediaada dan melakukan provokasi terhadap pihak berkuasa seperti Polis bagi mencetuskan suasana yang zalim dilakukan oleh pihak berkuasa serta diperlihatkan kepada dunia.

Perlu diketahui himpunan Bersih yang diadakan baru-baru ini hanyalah alat politik untuk mereka berkuasa, mereka tidak memikirkan langsung soal keselamatan rakyat dan penjawat awam demi memenuhi cita-cita mereka, sedangkan apa yang mereka tuntut itu bukan satu perkara yang besar berlaku untuk menghalalkan mereka membuat huru-hara didalam negara.

Sebagai contoh yang boleh dibuktikan adalah mengenai tuntutan asas mereka yaitu menuntut pilihanraya yang bersih dan adil, jika benar pilihanraya kita ini tidak bersih dan seperti yang diperkatakan oleh mereka apakah rakyat tidak terfikir bagaimana lima negeri boleh tumbang ketangan pembangkang dan Kelantan sendiri sudah lebih 23 tahun diperintah oleh Pas.

Jawapan untuk persoalan itu kebiasaannya dijawab oleh pembangkang ialah " Kalau bersih dan adil bukan setakat lima negeri malah semua negeri". Logikkah jawapan demikian ? Kalau benar tidak bersih bukankah sukar untuk pembangkang memenangi walaupun satu negeri, dan tidak perlulah PM serta pemimpin BN yang lain bekerja kuat bertemu rakyat bagi mendapat sokongan sekiranya keputusan pilihanraya itu tidak bersih dan boleh ditentukan oleh kerajaan.

Jika dilihat semalam Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli membuat kenyataan bahawa sebanyak 105 kerusi parlimen diyakini akan dimenangi oleh mereka, menurutnya lagi "Itu adalah perkiraan dan bacaan kita buat beberapa bulan lepas dan dalam masa sebulan ini lebih banyak sebenarnya isu yang berpihak kepada Pakatan," katanya dalam temubual saluran atas talian Radio Bangsar Utama .

Sebelum itu ahli skandal ABA Azmin Ali mendesak Perdana Menteri supaya segera diadakan pilihanraya, soal pilihanraya bersih dan tidak adil sudah tak timbul lagi dan katanya, " kita menggunakan sistem data berkomputer yang membolehkan kita mengesan pergerakan pengundi-pengundi hantu dari satu kawasan ke kawasan lain.

Belum jelas lagikah permainan mereka ini ? sepatutnya jika benar pilihanraya tidak bersih  dan kaedah  sistem data berkomputer itu boleh menanganinya kenapa perlu diadakan perhimpunan Bersih yang telah mencederakan rakyat dan penjawat awam serta  mengjahanamkan harta benda dan menimbulkan suasana yang tidak aman didalam negara.

Gk sangat meluat bila memikirkan hal ini, terlalu membodohkan, bukankah kita lebih setuju supaya pilihanraya tidak diadakan selagimana ia tidak bersih dan bukannya mendesak supaya pilihanraya diadakan dengan segera, andainya pilihanraya tidak bersih dan kerajaan tetap mengadakan pilihanraya, lebih jujur pembangkang tidak bertanding kecuali mengadakan perhimpunan besar-besaran sepanjang proses pilihanraya dan sehingga kerajaan akur dalam tuntutan tersebut.

Dengan itu kita boleh faham yang sebenarnya isu pilihanraya tidak bersih itu hanyalah pembohongan belaka demi meraih sokongan rakyat kepada mereka, perlakuan jahat sebegini WAJIB ditolak untuk memberi mesej kepada semua pemimpin bahawa kita rakyat bukan bodoh dan tidak suka diperbodohkan begini. Anda Mampu Mengubahnya..

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...