KELATE - ENGSEL PINTU PUN CURI TAK SEMPAT CURI DUIT TABUNG MASJID DIBELASAH

Kebelakangan ini kejadian  mencuri kambing, duit tabung masjid, kedai runcit, hardware semakin menjadi-jadi disekitar daerah Kota Bharu dan Bachok, bagi daerah-daerah lain tidak dapat diberikan gambaran yang jelas mengenai jenayah ini.

Terbaru di jalan Tawang lebih kurang 2 kilometer dari rumah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, seorang lelaki berusia 50an ditangkap oleh penduduk kampung dan SRS kerana  mencuri engsel pintu di kedai hardware berdekatan sebelum sempat mencuri duit didalam tabung masjid.

Ketika ditangkap suspek yang dipercayai penagih dadah turut ditemui sebilah pisau dan beberapa keping engsel didalam bag yang dibawa bersamanya.

Suspek yang berasal dari Pantai Senak itu kemudiannya diikat sebelum dibelasah oleh beberapa penduduk yang berang apabila suspek cuba menipu ketika ditanya tujuannya kemasjid tersebut dijawab suspek untuk bersolat.
Penduduk yang mempersoalkan niatnya itu terus memukul suspek dengan beratus pukulan yang berbagai, tatu harimau dilengan suspek juga turut ditanya samada suspek beragama Islam atau sebaliknya lalu suspek menjawab beragama Islam dan 'tatu' tersebut dibuat pada zaman mudanya.

Hayunan tumbukan, sepakan, tendangan dan lantunan helmet yang tepat di kepala, muka dan tubuhnya oleh orang ramai membuatkan suspek merayu supaya diserahkannya kepada pihak polis kerana tidak dapat menahan kesakitan hukum dunia yang dirasainya.

Suasana gamat seketika apabila suspek yang cuba berpura-pura nak mati dengan menyuruh penduduk kampung mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sebelum salah seorang dari penduduk bertanya kembali  kepada suspek, apakah suspek tidak reti mengucap sendiri.

Air, air, air, suspek turut meminta diberikan air semasa menahan pukulan yang bertalu-talu, setengah jam kemudian  pihak polis tiba dan membuka ikatan tali ditangan suspek dan menggantikan dengan gelang besi,

Penduduk yang masih berang walaupun keadaan suspek sudah longlai menyuruh pihak Polis humban sahaja suspek ketika hendak diangkat dan dimasukkan kedalam Land Rover, bagaimanapun pihak polis mengangkat dan meletakkan suspek  dengan baik tanpa ada kekasaran yang dilakukan.

Moralnya keadaan yang berlaku ini pasti ada sebab musababnya, tidak ada pihak yang bersalah dalam situasi ini, untuk salahkan penduduk kampung kerana membalun tanpa perikemanusiaan pun tidak boleh, ini kerana penduduk kampung sudah lama bersabar dengan kecurian yang sudah beberapa kali berlaku tanpa dapat menangkapnya.

Walaupun pencuri itu bukan orang yang sama, tapi dia tetap pencuri yang sudah lama dinanti-nanti, biarpun hanya mencuri engsel namun bagi kerajaan Pas Kelantan jalan penyelesaiannya adalah perlaksanaan hukum Hudud, tapi sejauhmana kesungguhan Pas didalam perlaksanaan hukum Hudud ini?

Sama-sama kita mendengar rakaman di Sidang Dun Kelantan pada  klipvideo dibawah yang turut dijawab oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Tawang. Anda Mampu Mengubahnya...

1 comment:

  1. Semua salah Nik Ajis dan PAS 22 tahun gagal membangunkan ummahnya sehingga banyak kes curi...tu tak masuk lagi kes tandas masjid, surau dan tandas awam kotor dan busuk bau budu. Kotor, Zalim, Sesat dan Menyesatkan.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...