Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

'Arab Spring' Bakal Berlaku Di Malaysia - Realiti Atau Ilusi ?

Jika ditanya apa lagi yang Anwar mahu, tentu Anwar akan jawab, "Saya mahu jadi Perdana Menteri", atas sebab itulah beliau telah melakukan kemeroyanan diseluruh negara bagi memastikan kemahuannya itu tercapai. 'Arab spring' bakal berlaku di Malaysia, Realiti Atau Ilusi ?

Kita semakin hanyut dan terikut-ikut dengan acuan politik individu yang memperjuangkan diri sendiri dan kita terlupa hakikat itu lalu menyangka ianya memperjuangkan hak kita dan hak seluruh rakyat Malaysia dan kita fikir ia lebih baik dari yang sediaada.

Kita lupa dengan nikmat yang Allah telah berikan kepada kita, tiada yang lebih nikmat daripada menikmati kehidupan yang aman damai seperti negara kita hari ini. Kita menjadi lara dan mengharapkan keajaiban berlaku dalam pentadbiran negara kita, tanpa menyedari orang asing telah merebut peluang-peluang yang kita tinggalkan, antaranya dapat kita lihat secara ketara yang sedang berlaku di Kelantan hari ini ialah penglibatan warga asing seperti Pakistan dalam aktiviti perniagaan kedai runcit dsbnya....

Orang kita semakin tidak berminat setelah terpedaya dengan pelbagai fitnah berhubung dengan penyelewengan berbillion wang rakyat, kita melihat fitnah berbillion itu nilainya jauh lebih besar daripada hasil yang sedang kita usahakan, kita hilang fokus dan kita semakin malas kerana merasakan ianya tidak berbaloi sebelum mengambil keputusan mempercayai dan menyokong apa saja fitnah yang dicampakkan oleh individu yang berkepentingan dalam usaha mendapatkan kuasa politik itu.

Jangkaan kita sekiranya pembangkang mengambil-alih Putrajaya hidup kita akan berubah, segala HAK yang diperkatakan oleh pembangkang selama ini akan menjadi kepunyaan kita, kerana hari ini semua orang dan semua kaum sudah lupa dengan apa yang ada dan menuntut apa yang dikatakan HAK yang dijaja oleh pembangkang.

Ramai dikalangan orang muda serta kaum lain mulai bangkit menuntut HAK, sikap kurang ajar dan biadap menjadi alas kepada tuntutan, hal ini berlaku disebabkan terpedaya dengan tohmahan penggila kuasa manusia yang bernama Anwar Ibrahim,  mempertaruhkan orang muda dan HAK kaum lain diatas kebatilan fakta demi kepentingan sendiri adalah satu barah yang sedang melanda masyarakat kita pada hari ini.

Sejauhmana kesedaran kita mengenai barah tersebut, apa kita fikir nasib kita akan dibela secara mulia oleh segolongan orang politik ? Percayalah, secara jujurnya orang politik tidak lebih memikirkan nasib rakyat selain mencari kekayaan kepada diri mereka dan kaum kerabat mereka sendiri. Sukar untuk orang politik berlaku jujur, apa yang dilakukan itu hanyalah demi menjaga kepentingan mereka bukannya mutlak untuk menjaga kepentingan rakyat.

Yang menampakkan menjaga kepentingan rakyat itu sebenarnya hanyalah bersifat politik, orang politik tidak akan menjadi lebih baik daripada orang politik yang lain, kerana asas politik itu sendiri adalah untuk mendapatkan KUASA, dengan kuasa ia menjadi harta dan kaya-raya, dan itulah matlamat semua.

Jika masyarakat tidak sedar akan realiti pertarungan orang politik dan terpedaya dengan berbaik sangka keatas orang politik yang mendakwa dia lebih baik daripada orang politik yang lain, maka bersedialah kita untuk kehancuran, kerana wujudnya perumpamaan seperti 'indah khabar dari rupa' dan 'lari dari mulut buaya masuk ke mulut naga', itu semua disebabkan telah berlaku sebagaimana situasi yang berlaku hari ini.

Sejenaklah kita bebaskan minda dan timbangkan kepercayaan kita bahawa pembangkang mampu memandu negara kita kearah yang lebih baik dengan apa yang telah berlaku didalam pentadbiran serta parti pembangkang itu sendiri.

Apakah pentadbiran pembangkang bebas dari rasuah ? Apakah tidak berlaku politik wang dalam parti pembangkang ? Apakah semuanya baik didalam pembangkang ? Apakah pemimpin pembangkang tidak gila kuasa dan tidak pentingkan jawatan ? Apa yang telah berlaku dalam pentadbiran kerajaan pembangkang Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang ?.

Kesimpulannya, sejak kebelakangan ini ucapan-ucapan pemimpin pembangkang lebih terarah kepada mengajak rakyat khasnya orang muda untuk turun kejalanraya dalam usaha mereka menggulingkan kerajaan. Jika kesedaran tidak ada dikalangan rakyat, maka tidak mustahil apa yang dikatakan sebagai 'arab spring' itu aka turut berlaku dinegara kita Malaysia. Anda Mampu Mengubahnya.

Pada tahun 1974, Anwar mampu mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran kerana isu kononya ada seorang budak mati kebuluran di Baling, Kedah. Pada 2013....?

Video - Pergaduhan Penyokong Pasukan Bolasepak Indonesia Dan Malaysia Di Bukit Jalil

Tiga jam sebelum pelawanan bolasepak Piala AFF Suzuki antara Indonesia dan Malaysia bermula, pergaduhan antara kedua penyokong dilaporkan terlebih dahulu tercetus di pintu masuk Stadium Bukit Jalil.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.30 petang itu dikatakan berpunca ekoran perlanggaran bahu sebelum di ikuti pertikaman lidah diantara kedua-dua penyokong pasukan.

Bagaimanapun, seorang daripada penyokong Indonesia cedera akibat di tumbuk pada bahagian muka, namun pergaduhan itu berjaya dileraikan setelah sepasukan anggota polis yang berpakaian preman  di kejarkan ketempat kejadian bagi mengawal keadaan.

KJ Hargai Pendedahan Australia Mengenai Sikap 'Main Belakang' Yang Dilakukan Anwar

KUALA LUMPUR - "Pemuda mencabar Anwar untuk mendedahkan dan menyenaraikan semua negara yang beliau meminta campur tangan dalam proses demokrasi negara ini, saya percaya banyak lagi negara diminta campur tangan," kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin
 
Khairy turut menyifatkan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memohon campur tangan negara luar dalam pilihan raya negara ini dilihat sebagai tindakan terdesak.

Menurutnya, tindakan yang dilakukan oleh Anwar amat memalukan dan tidak bermaruah.

"Saya lihat beliau berada dalam keadaan terdesak dan cuba mencari sokongan dari kuasa asing, ini perbuatan yang amat memalukan.

"Kenapa perlu campur tangan dari pihak luar, negara kita mengamalkan demokrasi. Anwar perlu menghentikan usaha sebegini, kita mempunyai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) satu badan yang memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara adil dan saksama," katanya.

Semalam, Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr mendedahkan tindakan Anwar menulis surat kepada beliau untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang bebas daripada penipuan dan rasuah.

Carr menjelaskan Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Ketua Pembangkang.

Carr memberitahu bahawa pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.

Khairy berkata, Pemuda Umno menyambut baik keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Australia yang menolak permohonan itu dan mendedahkan tindakan yang dibuat oleh Anwar.

"Kami (Pemuda) amat berterima kasih dengan Kerajaan Australia yang mendedahkan taktik yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang itu, dan menolak permohonan yang dibuat oleh beliau.

Jantan pun liwat, negara pun nak diliwat juga, hancusss !!!

15 Hujah Untuk Dinilai Samaada Malaysia Sebuah Negara Islam Atau Sekular ?

Adakah Malaysia sebuah negara Sekular ???
1.) Sebuah negara sekular adalah suatu konsep secularisme, di mana sebuah negara bertujuan menjadi secara rasmi neutral dengan hal agama, tidak menyokong sama ada agama atau menentang agama. Sebuah negara sekular juga mendakwa melayan semua warganya sama-rata tanpa mengira agama, dan tidak ada keistimewaan terhadap seorang warga dari suatu agama atau tanpa agama khusus ke atas agama lain atau tanpa agama.

2.) Negara-negara sekular tidak mempunyai sebuah agama rasmi atau yang sama, walaupun ketidakhadiran sebuah agama rasmi tidak meyakinkan bahawa sebuah negara adalah sekular.

3.) Bagaimanapun, Perlembagaan Persekutuan sebenarnya memperuntukkan banyak fasal mengenai agama Islam. Umpamanya Perkara 3 menegaskan tanpa keraguan bahawa Islam adalah agama Persekutuan.

4.) Negara sekular seperti Perancis, Turki dan India menyatakan dengan jelas dalam perlembagaan mereka bahawa negara itu adalah negara sekular tanpa merujuk kepada sebarang agama. Ia tidak berlaku di dalam Perlembagaan dengan wujudnya Perkara 3 tadi.

5.) Jika Perlembagaan adalah sekular tentu Perkara 3 itu ditiadakan, malah ada banyak fasal lain yang memberi keistimewaan dan kedudukan tinggi agama Islam. Ia mustahil berlaku dalam sebuah negara sekular.

6.) Sebuah negara sekular tidak boleh mengeluarkan dana awam bagi perkembangan sesuatu agama kerana ia bertentangan dengan prinsip sekularisme. Namun, di Malaysia, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri memperuntukkan ratusan juta ringgit bagi pengembangan dan kemajuan agama Islam, sama ada untuk pembinaan masjid, peruntukan jabatan berkaitan agama Islam dan banyak lagi.

7.) Tindakan kerajaan selaras dengan peruntukan Perlembagaan yang membenarkan dana awam digunakan bagi pembangunan agama Islam seperti diperuntukkan Perlembagaan dan sekali gus menjadi bukti Islam mendapat tempat istimewa dalam Perlembagaan.

8.) Perkara 11(4) Perlembagaan pula memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri dan Parlimen bagi Wilayah-wilayah Persekutuan membuat undang-undang mengawal dan menyekat penyebaran agama bukan Islam di kalangan umat Islam.

9.) Adalah mustahil dalam sebuah negara bersifat sekular keistimewaan itu diberikan kepada sesebuah agama. Hal ini dengan sendiri menafikan hujah Perlembagaan adalah perlembagaan sekular.

10.) Malah, dengan pindaan Perlembagaan pada 1988 menyatakan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa mengganggu keputusan Mahkamah Syariah, sekali gus menaikkan kedudukan agama Islam dan Mahkamah Syariah walaupun ada kalangan masyarakat tidak berpuas hati dengan kedudukan ini. Sekali lagi keistimewaan diberikan kepada agama Islam.

11.) Malah, dalam banyak keadaan lain, agama Islam dirujuk dan diiktiraf. Ia termasuk dalam sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong juga menggunakan format dengan menyebut nama Allah seperti lafaz wallahi wabillahi watallahi.

12.) Ia adalah sumpah syarie mengikut lunas undang-undang syariah. Dengan menggunakan nama Allah, kedua-dua baginda berazam akan mempertahankan agama Islam di negara ini.

13.) Contoh itu adalah sebahagian contoh membidas hujahan pihak yang mengatakan Malaysia sebuah negara sekular secara total. Pelbagai perkara berlaku selepas Perlembagaan dipinda selepas kemerdekaan negara menjurus kepada peninggalan sifat sekular negara.

14.) Adalah jelas Perlembagaan dan negara Malaysia bukan negara sekular dalam erti kata sekular itu sendiri. Negara sekular memisahkan agama daripada perundangan dan pentadbiran.

15.) Negara sekular meminggirkan agama dalam mengejar kemajuan. Negara sekular tidak memberi keistimewaan langsung kepada sebarang agama dalam menjalankan aktiviti agama mereka. Perkara itu tidak berlaku di Malaysia.
- Sumber : Pelbagai 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...