Jika ditanya apa lagi yang Anwar mahu, tentu Anwar akan jawab, "Saya mahu jadi Perdana Menteri", atas sebab itulah beliau telah melakukan kemeroyanan diseluruh negara bagi memastikan kemahuannya itu tercapai. 'Arab spring' bakal berlaku di Malaysia, Realiti Atau Ilusi ?
Kita semakin hanyut dan terikut-ikut dengan acuan politik individu yang memperjuangkan diri sendiri dan kita terlupa hakikat itu lalu menyangka ianya memperjuangkan hak kita dan hak seluruh rakyat Malaysia dan kita fikir ia lebih baik dari yang sediaada.
Kita lupa dengan nikmat yang Allah telah berikan kepada kita, tiada yang lebih nikmat daripada menikmati kehidupan yang aman damai seperti negara kita hari ini. Kita menjadi lara dan mengharapkan keajaiban berlaku dalam pentadbiran negara kita, tanpa menyedari orang asing telah merebut peluang-peluang yang kita tinggalkan, antaranya dapat kita lihat secara ketara yang sedang berlaku di Kelantan hari ini ialah penglibatan warga asing seperti Pakistan dalam aktiviti perniagaan kedai runcit dsbnya....
Orang kita semakin tidak berminat setelah terpedaya dengan pelbagai fitnah berhubung dengan penyelewengan berbillion wang rakyat, kita melihat fitnah berbillion itu nilainya jauh lebih besar daripada hasil yang sedang kita usahakan, kita hilang fokus dan kita semakin malas kerana merasakan ianya tidak berbaloi sebelum mengambil keputusan mempercayai dan menyokong apa saja fitnah yang dicampakkan oleh individu yang berkepentingan dalam usaha mendapatkan kuasa politik itu.
Jangkaan kita sekiranya pembangkang mengambil-alih Putrajaya hidup kita akan berubah, segala HAK yang diperkatakan oleh pembangkang selama ini akan menjadi kepunyaan kita, kerana hari ini semua orang dan semua kaum sudah lupa dengan apa yang ada dan menuntut apa yang dikatakan HAK yang dijaja oleh pembangkang.
Ramai dikalangan orang muda serta kaum lain mulai bangkit menuntut HAK, sikap kurang ajar dan biadap menjadi alas kepada tuntutan, hal ini berlaku disebabkan terpedaya dengan tohmahan penggila kuasa manusia yang bernama Anwar Ibrahim, mempertaruhkan orang muda dan HAK kaum lain diatas kebatilan fakta demi kepentingan sendiri adalah satu barah yang sedang melanda masyarakat kita pada hari ini.
Sejauhmana kesedaran kita mengenai barah tersebut, apa kita fikir nasib kita akan dibela secara mulia oleh segolongan orang politik ? Percayalah, secara jujurnya orang politik tidak lebih memikirkan nasib rakyat selain mencari kekayaan kepada diri mereka dan kaum kerabat mereka sendiri. Sukar untuk orang politik berlaku jujur, apa yang dilakukan itu hanyalah demi menjaga kepentingan mereka bukannya mutlak untuk menjaga kepentingan rakyat.
Yang menampakkan menjaga kepentingan rakyat itu sebenarnya hanyalah bersifat politik, orang politik tidak akan menjadi lebih baik daripada orang politik yang lain, kerana asas politik itu sendiri adalah untuk mendapatkan KUASA, dengan kuasa ia menjadi harta dan kaya-raya, dan itulah matlamat semua.
Jika masyarakat tidak sedar akan realiti pertarungan orang politik dan terpedaya dengan berbaik sangka keatas orang politik yang mendakwa dia lebih baik daripada orang politik yang lain, maka bersedialah kita untuk kehancuran, kerana wujudnya perumpamaan seperti 'indah khabar dari rupa' dan 'lari dari mulut buaya masuk ke mulut naga', itu semua disebabkan telah berlaku sebagaimana situasi yang berlaku hari ini.
Sejenaklah kita bebaskan minda dan timbangkan kepercayaan kita bahawa pembangkang mampu memandu negara kita kearah yang lebih baik dengan apa yang telah berlaku didalam pentadbiran serta parti pembangkang itu sendiri.
Apakah pentadbiran pembangkang bebas dari rasuah ? Apakah tidak berlaku politik wang dalam parti pembangkang ? Apakah semuanya baik didalam pembangkang ? Apakah pemimpin pembangkang tidak gila kuasa dan tidak pentingkan jawatan ? Apa yang telah berlaku dalam pentadbiran kerajaan pembangkang Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang ?.
Kesimpulannya, sejak kebelakangan ini ucapan-ucapan pemimpin pembangkang lebih terarah kepada mengajak rakyat khasnya orang muda untuk turun kejalanraya dalam usaha mereka menggulingkan kerajaan. Jika kesedaran tidak ada dikalangan rakyat, maka tidak mustahil apa yang dikatakan sebagai 'arab spring' itu aka turut berlaku dinegara kita Malaysia. Anda Mampu Mengubahnya.
Pada tahun 1974, Anwar mampu mengadakan tunjuk perasaan
besar-besaran kerana isu kononya ada seorang budak mati kebuluran di
Baling, Kedah. Pada 2013....?
Apa kita mampu lakukan.? Kita sedar semua itu.kita tau tentang itu.apa blh kita buat sedangkan pihak berkuasa pun tak mampu atau tak mau bertindak atau takut nak bertindak. APA Kita boleh buat.?
ReplyDeleteSekarang ramai rakyat Malaysia Mati kerana terlebih makan bukan kebuluran...Anwar Ibrahim kelentong berjuta orang..hebat tak hebat dia...yang percaya pada dia bukan orang bawahan sahaja..malah professor, doctor dan lawyers...
ReplyDeleteMati hidup balik pun aku takkan percaya pada DAP. Semua yg dia ckp hanya lakonan semata-mata.
ReplyDeleteAku ulang balik kata akudahkata... APA KITA MAMPU LAKUKAN? Itu y aku pikirkan dari dulu... Cuma harapan aku berdoa semoga mereka2 y terpedaya dgn mainan syaitan ini dibukakan hati mereka oleh Allah Y Maha Kuasa akan kebenaran sebenar... Andai itu y terbaik bagi kita, berlakulah ia dgn aman.. andai isebaliknya, smoga Allah hancurkan ikatan mereka
ReplyDeleteSalah satu perkara yg anda boleh lakukan.. sebarkan informasi di alam siber. support page2 pro BN.. Like, share & comment. Patahkan pembohongan pembangkang dgn hujah. Sedar atau tak, itu lah yg dilakukan PR sejak bertahun-tahun yg lalu. Dr website forum2, blog2, email2 berantai, page2 facebook, twitter dsb. Mereka menyebarkan pembohongan, kebencian, dan cerita2 yg diputarbelit. Sbb itulah mereka cuma menang besar di bandar2 kerana disitu, kadar penembusan internet lebih tinggi.
DeleteTak mampu buat apa apa, doa aje la !
ReplyDeletenak bertindak macam mana lagi? saya sangat kecewa kerana lama dah si anwar tu meroyan diikuti pengikutnya yang ramai. malah sangat kecewa kerana hakim, peguam, polis, askar ramai yang tergila gilakan anwar sebagai bakal PM terbai mereka. apatah lagi guru guru yang sebahagian besar berkelulusan Universiti sehingga hampir 90 peratus di setiap sekolah yang sayangkan pembangkang. setiap hari mereka mencari keburukan kerajaan. lupakan mereka bahawa mereka masuk ke universiti pun bukan kerana mereka bijak tapi kerana dasar kerajaan yang ada. ramai yang beranggapan kita zalim terhadap China, jadi hak istimewa melayu tu hapuskan saja. saya hairan dan sangat kecewa dengan orang melayu ini.
ReplyDeleteMalaysia Spring insyaalah tak akan berlaku. DAP dah bagi tahu dia tak suka cara tu. Kalau berlaku tentu kucar kacir kedai kedai dibakar. Tak ke 99% kedai ni orang cina yang punya? Kalau dibakar oleh perusuh tentu mereka juga yang akan rugi. Yang nak Malaysia spring sorang tu aje.....yang keluar dijalan raya tu nanti hanya penghianat bangsa aje....
ReplyDelete