Kemustajaban Doa Aziz Desa Yang Dizalimi Husam Terus Dirundung Malang

Pemimpin Islam Pas Kelantan sudah lama tidak relevan dengan ajaran Islam, namun rakyat Kelantan tidak mendapat gambaran yang jelas mengenai kedudukan yang sebenar didalam kepimpinan Pas menyebabkan mereka terus memilih Pas untuk mentadbir negeri tersebut.

Isu terbaru yang melanda Kerajaan Pas hari ini adalah mengenai perlantikan Menteri Besar dan barisan Exco apabila nama sepopular Datuk Husam Musa tidak disenaraikan.

Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan menjadi Exco selama 3 penggal dilaporkan sangat terkilan setelah Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Berdasarkan hirearki, jawatan TMB Kelantan itu sepatutnya diisi oleh Husam, namun jangankan jawatan TMB, jawatan Exco pun tidak kesampaian, Husam terus diselubungi nasib malang, apapun Husam perlu bermuhasabah diatas kelakuan buruk beliau antaranya terhadap COO Kelantan Trade Centre, Aziz Desa, dimana Husam telah menafikan jawatan Aziz itu serta mencercanya dengan begitu biadap sekali.

Ingatlah doa orang yang dizalimi itu tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah.

Sebelum ini niat suci Aziz Desa untuk membawa transformasi dalam pengurusan Kelantan Trade Centre diperlekehkan oleh Husam,  kata Aziz "Dulu semalam exco kelantan Husam Musa hantar sms kata" patut lah so many complaints about ur arrogant attitude. patut lah sanusi junid dulu hancur. " kata Husam lagi "dis is nt sanusi junid d one u fooled". mcm-mcm lagi exco ni kata kat saya. saya pun terfikir inikah pemimpin yg dikatakan berjiwa hebat dan yg saya hormat sebelum ini?" selanjutnya klik disini

Memetik kata-kata Aziz kepada Husam "cermin-cerminlah diri kita", bagaimanapun kebelakangan ini Husam jarang sekali timbul, agaknya terlalu malu dan kecewa dengan nasib malang yang menimpa beliau, sebab tulah lain kali jangan kita cuba menyekat rezeki orang lain sedang orang itu ikhlas dalam melaksanakan tugasnya.

Berhubung ketidakhadiran Husam di majlis 'Jasamu dikenang" yang dianjurkankan oleh Kerajaan Pas Kelantan, ketidakhadiran beliau itu adalah wajar kerana tidak ada apa-apa jasa yang hendak dikenangkan oleh barisan kepimpinan baru Pas Kelantan. Nak harapkan jasa bina lebuhraya pun lebuhraya dah entah kemana, stadium dah jadi kandang kambing jamnapari, jadi tidak nampak apa jasa Husam untuk dikenangkan. Anda Mampu Mengubahnya.

10 comments:

  1. Betul ke dengan cercaan sahaja sudah dicap sebagai zalim?

    ReplyDelete
  2. Apa hal ... rakyat Kelantan yang dinafikan haknya untuk mendapatkan royalti minyak sejak 40 tahun dahulu?

    Seumur dengan dengan orang yang konon dizalimi setakat kena cerca sekali dua sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 10;08.... percayalah bhw doa org yg dizalimi tidak dihijab. Dah brp kali cai2 n.ajis buat solat hajat, brp kali puak2 n.ajis berdoa bagi pecah perut, hancur dan KO pihak lain? Alhamdulillah, sampai hari ni, tiada malapetaka yg berlaku pada pihak lain tu. Allah Maha mengetahui dan Allah itu Maha adil.

      Delete
    2. memang bukan hak rakyat kelantan nk wat camner...kalu betul dizalimi kerana mnuntut hak lama da dpt....kn Allah S.W.T tu MAHA ADIL mmakbulkn doa org yg diainaya dan dizalimi...cermin2 kn diri anda

      Delete
  3. Hoi mangkok 10.08pm, lu nak komen pakai otak la beb. Kelantan mmg tak diberi royalti minyak secara direct kepada PAS. Tun M dah tau kalu bagi puok mu, duit tu confirm digunakan utk parti sesat tu, bukan utk pembangunan. Sebab tu diwujudkan wang ehsan yg dibayar kpd kelantan n trengganu. In fact royati yg pas mintak sebanyak 20% lebih sikit berbanding pemberian kerajaan pusat utk pembangunan kelantan. Nik Ajis jugA mengaku menerima peruntukan dari Tun malah lebih tinggi dr negeri lain, lu yg bodoh x nak baca, tgok laporan upen negeri serta perbelanjaan negeri kelantan 2000-2010... Bodoh punya org kelantan pas..

    ReplyDelete
  4. Betul kata kata bekas timbalan presiden pas ustaz Nasa dlm umno bukan semua iblis dan dlm pas bkn semua malaikat.Betullah kata kata tuan Aziz desa cermin cerminkan diri anda.Pada anon 10.08 ko jgn guna rakyat kelantan tentang royaliti.PM telah bagi lebih peruntukan kepada negeri kelantan berbanding negeri lain.bodoh punya orang tak guna otak nak bercakap.Pakai baju hitam menjerit keliling pasar siti khatijah tanya apa yg Pas dah buat 23 tahun.

    ReplyDelete
  5. Royalti mendanya.... Dah bukan hak kelantan. Kena kelentomg dgn husam jer.. Tuntut royalti jer yang lebih... Stiker R merata2... Hudud masa pilihanraya jer berdegar? Stiker H utk Hudud takdakpun... Takda sapa nk taruk kat kereta... Hipokrit.. Org bagi duit bukannya nk buat projek utk rakyat.... Seleweng bayar kakitangan kerajaan negeri... Derma bina masjid 15 tahun duk kutip.. Sampai skrg tiang berkulat masjid jer yg nampak... Mana pergi duit derma selama 15 tahun tu.. Nak bina lebuhraya pun kutip derma.. Gilo 2 bilion nk kutip derma.. Nampak sgt bohong... Nak hapus tol? parking 30sen setengah jam pun masih kena byr...

    ReplyDelete
  6. anon 10.08pm. royalti korok mu. 40 tahun jadah apa. mana fakta kelantan wajar dapat royalti? pelantar minyak ada dekat pantai belah mana? atau ada dalam bandar kota bharu? (baca dalam pasar siti khadijah). nafi tak nafi pasal royalti mesti diputuskan oleh mahkamah. belum apa2 dah mengaku macam sendiri punya. kalau bodoh, tetap ada masa utk cari belajar...bukan hanya bergantung dgn stiker 'R' cam haram tu. kau tau, stiker tu untungkan tukang jual je ko tau? ada dorang peduli royalti tu dapat atau tidak?

    ReplyDelete
  7. RoyatakReti,RoyatakReti,RoyatakReti.

    ReplyDelete
  8. Duit peruntukan 65 Juta untuk membaiki bekalan air bersih di Kelantan oleh Kerajaan Pusat hilang ke mana? Air bersih entah kemana? Sampai sekarang tidak selesai. Lagu mana tu, lain kali lah pulok.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...