Video - Dimana Polis ? Penjenayah Demokrasi Berkampung Didepan Balai Bantah Penahanan Ketuanya

Aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim ditahan reman selama lima hari di bawah Kanun Keseksaan 124 B dan Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan bermula hari ini.

Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (Kami), Khalid Mohd Ismath berkata, sehubungan dengan penahanan Adam Adli, kumpulan aktivis akan terus 'berkampung' di hadapan lokap tersebut bagi membantah penahanan rakan mereka itu.

"Kita juga akan bermalam di sini dan menyalakan lilin sepanjang lima hari penahanan Adam Adli.

“Malahan, Adam Adli juga sempat berpesan kepada rakan aktivis di luar supaya terus berjuang melalui bapanya, Abdul Halim yang hadir di lokap Balai Polis Jinjang pada jam 11.30 pagi tadi," katanya kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya lagi, Adam Adli diwakili peguam Latheefa Koya dan Eric Paulsen untuk kes ini.

Apabila pihak polis telah melakukan tangkapan keatas seseorang suspek bagi membantu siasatan dalam sesuatu kes, kemudian datang satu gerombolan berhimpun dihadapan balai polis bagi mendesak tahanan tersebut dibebaskan, apa maknanya undang-undang dan dimana ketegasan pihak berkuasa dalam memperjalankan undang-undang.

Kenapa pihak polis membiarkan pihak lain menggangu siasatan polis terhadap Adam Adli ? Perhimpunan didepan balai polis sebegitu jika dibiarkan sedikit sebanyak akan mewujudkan satu momentum yang boleh menjadi punca kepada perhimpunan besar-besaran sekaligus akan menggugat keselamatan sejagat.

Diatas nama hak kebebasan bersuara, adakah berhak Adam Adli bersuara sehingga mencabar pihak berkuasa dan menghasut rakyat turun ke jalanraya dengan tujuan untuk menggulingkan kerajaan yang sah dipilih oleh majoriti rakyat? , "Kalau ada polis, kalau ada SB, kalau ada agen-agen daripada Umno sekalipun, nama saya Adam Adli bin Abdul Halim, no kad pengenalan 890703075357, ambil butiran saya, buat laporan polis, kerana hari ini saya nak ajak semua yang ada disini kita harus susun dan kita akan turun ke jalanraya untuk rampaskan kuasa, boleh atau tidak ?, boleh atau tidak ?, boleh atau tidak ?"

Cuba bayangkan, dalam negara demokrasi kerajaan mana yang memerintah sekalipun mesti ada pembangkang yang bercita-cita nak jadi kerajaan, namun jika semua pembangkang itu bersifat seperti pembangkang hari ini, adakah kita ingin melihat pembangkangan itu berlaku dalam bentuk demontrasi berpanjangan yang boleh mencetuskan huru-hara serta impak negatif negara dipandangan dunia luar.

Pihak keselamatan perlu menyuraikan perhimpunan membela penjenayah demokrasi ini dengan langkah yang cermat dan berhemah, lakukan tangkapan keatas mereka yang ingkar, gerakkan seluruh media membuat liputan ketika pihak polis bertindak menyuraikan mereka, pastikan tidak ada keganasan yang dilakukan oleh pihak polis walaupun di-provok, pihak polis harus bersabar, kalau geram sekalipun, lepaskanlah geram anda itu apabila penjenayah demokrasi ini berada dalam tahanan.

Pihak berkuasa khasnya PDRM harus peka dan tegas, Menteri berkaitan perlu memainkan peranan secara bijaksana dengan memastikan undang-undang yang ada diperjalankan tanpa ragu, seterusnya rakyat ingin melihat tidak berlaku lagi demontrasi yang menuntut dakwaan tanpa bukti dan sedikitpun tidak melibatkan kepentingan rakyat melainkan kepentingan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri serta agenda DAP mengkomuniskan Malaysia. Anda Mampu Mengubahnya.

7 comments:

  1. kalau nak bebas lawan la kat mahkamah dulu....kalau tak bersalah apa takut.....nampak sangat dah kecut telur .....padahal masa bg ucapan cabar orang suh tangkap. Bila kene tangkap nak minta bebas tanpa di dakwa...woi pejuang apa ko ni???!!! Hina dan keji sungguh la pejuang cam bangsat ni....

    ReplyDelete
  2. Kebebasan bersuara katanya? Bila orang Melayu bercerita tentang keMalayuannya dituduh rasis.Bila hak melayu cuba dinafikan dan dirampas dituduh rasis. Mereka nak buat kakacauan dikatakan hak kebebasan untuk besuara tak kata langgar undang undang katanya. Tal logok langsung

    ReplyDelete
  3. Kepala bapak kau kebebasan bersuara.Apakata kau cuba maki hamun bapak kau dulu,tengok kalau orang tua tu senyum ok tak kata apa,barulah kau boleh turun menghasut orang merusuh.

    ReplyDelete
  4. 5 hari tu reman..makan roti kosong sama teh o suam la kat dalam..tu tak masuk soal siasat psycology dan mental drill special branch lagi...keluar balai aku rasa bingai budak ni..caj dah tentu kena..5 hariiiii bukan 5 jam..good job KDN sama PDRM..

    ReplyDelete
  5. haritu eksyen suh polis tangkap.....lol

    ReplyDelete
  6. Shuld be 5 years. Fuck u adam adli

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...