Video - Nik Aziz Tak Tahu! Jam 2.30 Pagi, Ingatkan Puak Pas Duk Bermunajat, Rupanya Duk Melalak

Budaya menyusahkan rakyat tiada berpisah dengan Pas di Kelantan, amalan politik yang tidak bertamadun berterusan diamalkan tanpa mengira waktu siang dan malam, kebodohan dan politik bertaraf longkang dengan menyalak dan membunyikan hon ditengah jalanraya sehingga jam 3 pagi bukan dari ajaran Islam, kerana ia cukup menganggu, dan kerja seperti ini hanyalah dilakukan oleh jahiliyyah yang jahil tanpa ada taranya.

Menyedari akan ajaran Islam yang melarang perbuatan itu, Pengerusi BN Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad dan pimpinannya awal-awal lagi bersepakat  mengHARAMkan semua penyokong dan jenteranya dari melakukan sebarang aktiviti konvoi melebihi jam 12 tengah malam kerana ia boleh menggangu orang lain yang sedang tidur.

Justeru, suka kita ingatkan kepada seluruh rakyat di Kelantan khasnya di kawasan Kota Bharu, dimana kesemua gangguan melebihi jam 12 malam dari aktiviti tidak berfaedah itu adalah datangnya daripada penyokong-penyokong Pas yang mungkin berkonvoi setelah difatwakan mendapat pahala oleh Mursyidul Am Pas.

Kerana kita difahamkan sekarang ini penduduk di sekitar Kota Bharu setiap hari menyumpah seranah dengan gangguan itu, anak-anak kecil terjaga dan menangis setiap malam, mereka tertanya-tanya kumpulan dari parti 'bengong' mana yang tak reti bahasa itu, jadi mulai saat ini jangan tertanya-tanya lagi, sumpah direct kepada parti bulan itu. Kerana merekalah yang menggangu kehidupan anda diakhir-akhir ini.

Entahlah apa nak jadi dengan penyokong Pas ni, setiap malam duk berarak, agak-agak kalau tak berlarak kalah ke Pas di Kelantan ni ? Kalau ya pun tahu nak kalah, ikhtiarlah dengan cara yang diajar oleh Islam, banyakkan berzikir serta bermunajat kepada yang Esa, janganlah duk ganggu orang lain, orang lain ada tanggungjawab, ada masa untuk tidur, ada masa untuk kerja, bukan 24 jam nak berpolitik taraf longkang macam tu. Anda Mampu Mengubahnya.

Sesekali nak berkonvoi tak salah, tapi perlu ada masanya.

3 comments:

  1. Kesan berkawan dgn syaitan !

    ReplyDelete
  2. Setan yang suruh berkonvoi pukul tiga pagi... Islam suruh tahajjud dan baca quran.

    ReplyDelete
  3. Aku dok gantung bendera, puak tu lalu dan laung, takbir !! kapirrrr! kapirrr! (yg depan laung takbir, yg belakang laung kapir'. Bila kita tegur bos mereka, bos dia kata 'kitaa tak suruh laung camtu'.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...