Budaya menyusahkan rakyat tiada berpisah dengan Pas di Kelantan, amalan politik yang tidak bertamadun berterusan diamalkan tanpa mengira waktu siang dan malam, kebodohan dan politik bertaraf longkang dengan menyalak dan membunyikan hon ditengah jalanraya sehingga jam 3 pagi bukan dari ajaran Islam, kerana ia cukup menganggu, dan kerja seperti ini hanyalah dilakukan oleh jahiliyyah yang jahil tanpa ada taranya.
Menyedari akan ajaran Islam yang melarang perbuatan itu, Pengerusi BN Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad dan pimpinannya awal-awal lagi bersepakat mengHARAMkan semua penyokong dan jenteranya dari melakukan sebarang aktiviti konvoi melebihi jam 12 tengah malam kerana ia boleh menggangu orang lain yang sedang tidur.
Justeru, suka kita ingatkan kepada seluruh rakyat di Kelantan khasnya di kawasan Kota Bharu, dimana kesemua gangguan melebihi jam 12 malam dari aktiviti tidak berfaedah itu adalah datangnya daripada penyokong-penyokong Pas yang mungkin berkonvoi setelah difatwakan mendapat pahala oleh Mursyidul Am Pas.
Kerana kita difahamkan sekarang ini penduduk di sekitar Kota Bharu setiap hari menyumpah seranah dengan gangguan itu, anak-anak kecil terjaga dan menangis setiap malam, mereka tertanya-tanya kumpulan dari parti 'bengong' mana yang tak reti bahasa itu, jadi mulai saat ini jangan tertanya-tanya lagi, sumpah direct kepada parti bulan itu. Kerana merekalah yang menggangu kehidupan anda diakhir-akhir ini.
Entahlah apa nak jadi dengan penyokong Pas ni, setiap malam duk berarak, agak-agak kalau tak berlarak kalah ke Pas di Kelantan ni ? Kalau ya pun tahu nak kalah, ikhtiarlah dengan cara yang diajar oleh Islam, banyakkan berzikir serta bermunajat kepada yang Esa, janganlah duk ganggu orang lain, orang lain ada tanggungjawab, ada masa untuk tidur, ada masa untuk kerja, bukan 24 jam nak berpolitik taraf longkang macam tu. Anda Mampu Mengubahnya.
Sesekali nak berkonvoi tak salah, tapi perlu ada masanya.
Budaya taksub menggila aliran syiah yang menjadi amalan kepada orang-orang Pas sewajarnya ia ditakuti oleh masyarakat bukan Islam dalam negara kita, namun apa yang dikesalkan sebahagian besar mereka menyangka ianya perbuatan orang-orang Islam yang sebenar sekaligus cukup gerun dengan amalan Islam khasnya bila mendengar perlaksanaan undang-undang Islam.
Namun masyarakat bukan Islam harus tahu dimana Pas itu sebuah parti yang mempergunakan Islam untuk kepentingan politiknya, dan Pas tidak mengamalkan apa sebenar yang diajar oleh Islam, saya ingin mengajak anda untuk takut kepada Pas bukan untuk takut kepada Islam, jika kami dan kerajaan BN yang memerintah hari ini pun ditentangnya kerana didakwa tidak mengikut ajaran Islam, agaknya bagaimana dengan anda orang bukan Islam sekiranya Pas diberi kuasa untuk memerintah negara ini.
Bagi kami, kami lebih takut kepada ketaksuban orang Pas daripada kami takut kepada orang yang mabuk 'todi', asasnya dapat dilihat pada rakaman video dibawah, kerana orang-orang Pas berpegang kepada sebuah amanat, dan orang yang membuat amanat itu masih ada lagi yaitu Presiden Pas sendiri Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang dimana amanatnya seperti berikut:
Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian, Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
Maka disebabkan amanat itulah yang membuatkan pengikut Pas dalam satu ketika akan berada pada tahap kemabukkan yang lebih mabuk daripada pemabuk arak, mereka akan mengancam nyawa sesiapa sahaja yang dianggapnya sebagai kafir atau tidak mengikut fahaman mereka, ini bukan cerita dongeng, anda dapat lihat sendiri rakaman video yang didedahkan khas oleh pejuang ikhlas dalam mempertahankan keamanan negara yaitu blogger 1peluru dimana analisa yang dibuat beliau menemui bukti-bukti dimana masih wujud dan utuh fahaman syiah dan sesat didalam Pas.
Bukti lebih ketara yang semua dapat lihat adalah dengan perlantikkan Mohamad Sabu yang juga pengamal syiah tegar sebagai Timbalan Presiden Pas bergandingan mantap dengan Presidennya yang telah membuat amanat sonsang sepertimana diatas.
Maknanya, orang bukan Islam perlu jelas perkara ini dan tidak melakukan kesilapan dengan membuat pilihan yang salah yang boleh membawa keburukkkan kepada diri sendiri. Golongan pelampau atau extreme mesti dipulau, sebaliknya golongan yang mengamalkan konsep kesederhanaan itulah yang semestinya dipilih. Pilihan ditangan anda. Anda Mampu Mengubahnya.
Kenali syiah, dan musnahkan ia sebelum ia memusnahkan
Apa sebenarnya yang ada dalam fikiran orang-orang Pas sehingga mentaksubkan diri sedemikian rupa, anak kecil seawal 3 tahun turut diheret ke kancah pentaksub, alahai betapa menyesalnya mereka jika mereka dibukakan pintu hati dengan benar-benar mengenali Pas dan pimpinannya. Kita tidak nafikan mereka ini ikhlas dalam perjuangan, tapi sayang perjuangan yang mereka dokong tidak sebagaimana tulus yang mereka fikirkan.
Sesungguhnya sedarlah wahai pentaksub-pentaksub Pas bahawa anda sedang disesatkan supaya mengabdikan diri kepada Pas bukannya kepada Allah, anda telah meletakkan Pas begitu tinggi dan agung sekali, sedangkan pemimpin-pemimpin Pas tidak pernah memikirkan akan nasib dan masa depan anda dan anak anda, pemimpin Pas juga tidak pernah menyuruh anak mereka memikul bendera-bendera Pas, cukup masa pemimpin Pas akan menamakan berhektar tanah kepada anak mereka untuk diwariskan, sebaliknya anda hanya mampu mewariskan bendera bersimbol KOSONG yang sedikitpun tindak punyai nilai baik didunia mahupun diakhirat.
Begitulah bezanya perjuangan anda dan perjuangan pemimpin Pas, lihat saja apa yang berlaku kepada arwah Ibrahim Libya dan rakan-rakannya, setelah pemimpin Pas yang licik berjaya memperdaya insan yang jujur dalam berjuang sehingga terkorban, mereka yang licik ini masih hidup sebelum menyonglap pula tabung balu-balu dan anak yatim pejuang yang gugur itu. Terbelakah nasib waris-waris mangsa Memali ? Berbaloikah mereka mengorbankan nyawa dalam perjuangan mereka dengan apa yang telah Pas lakukan terhadap keluarga mereka ?
Seterusnya, melihatkan gambar Mursyidul Am Pas,
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang bersolat sambil diperhatikan oleh
sebahagian pengikutnya ini agak kepelikkan dan berada diluar kotak fikir
umat Islam seluruh dunia, sesat ke apa mereka ini ? Apa yang hebatnya
nak dipandang Nik Aziz tu bersolat kita pun tak tahu, hairan sungguh,
macam tak pernah tengok orang bersolat.
Kalau
ya pun nak tengok, agak-agaklah, sampai nak ambil gambar ni pasal apa ?
atau apakah situasi ini sebenarnya sudah dirancang bagi memperlihatkan
suasana lain dari yang lain serta mempublisitikan solat itu bagi
menunjukkan yang kononnya Nik Aziz ni alim, hanya Nik Aziz jer yang solat.
Bagi umat Islam yang waras mereka tidak akan melakukan hal itu, sebaliknya akan turut serta bersama Nik Aziz bersolat, namun apakah Nik Aziz pernah tegur pengikutnya yang berkelakuan jahil itu, kita pasti tidak, malah Nik Aziz merasa bangga punyai pengikut sobodoh mereka. Anda Mampu Mengubahnya.
Penyokong Pas seperti pemilik rumah dibawah ini antara pentaksub kepada Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, gambar tersebut dirakamkan di Kampung Kuchelong, Bachok Kelantan, disamping rumahnya dicat dengan warna hijau, gambar Nik Aziz turut dijadikan sembahan apabila pemilik rumah ini mengagungkan gambar tersebut dengan meletaknya dipintu masuk rumah berkenaan.
Kalaulah macam ni akhlak penyokong Pas, bagaimanalah dengan akidah generasi yang akan datang, mengagungkan Nik Aziz bagaikan Tuhan, sikap jahiliah yang diterapkan ini wajib dikikis agar umat Islam berpegang kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah bukannya ajaran Pas yang dibawa oleh Nik Aziz.
Kebiasaannya kita sering melihat gambar-gambar Nik Aziz hanya digantung didalam rumah, namun hari ini cukup berbeza, gambar Nik Aziz digantung dihadapan pintu rumah yang hampir menyerupai amalan agama-agama tertentu, dan amalan ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam.
Sepatutnya penyokong kepada perjuangan Islam harus lebih faham hukum hakam mengenai perkara ini, sekalipun gambar yang dipuja itu orang yang mulia, Islam tetap tidak membenarkannya, bahkan bertambah jijiknya umat Islam bilamana mengagungkan sekaligus mendewakan makhluk yang kata-katanya tidak pernah konsisten, dan hidupnya pula lebih utama mengajak manusia kepada Parti Pas bukannya kepada Allah. Anda Mampu Mengubahnya.
Bersediakah UmnoBN Kelantan untuk berhadapan dengan senjata terakhir airmata Nik Aziz ini ? Fenomena seperti ini sering dilihat bilamana jangkaan PRU itu semakin hampir, doa politik, solat politik merata-rata, bergambar zuhud dan akhir sekali airmata politik adalah dilihat menjadi senjata utama Pas dalam mempertahankan kerajaan Kelantan.
Rakyat Kelantan seharusnya sudah kalis berhadapan dengan situasi ini, dan perlu tahu bahawa itu semua adalah lakonan semata-mata, kalau sebelum munculnya media baru, satu ketika dahulu dikampung-kampung terlalu kecoh dengan perkhabaran keramat Nik Aziz menerusi mulut ke mulut, antara dongeng yang paling ketara adalah didongengkan bahawa pernah berlaku kepada seorang pemuda yang menjolok gambar pada bahagian mata Nik Aziz menyebabkan pemuda itu menjadi buta.
Bermacam lagilah cerita-cerita dongeng yang digambarkan oleh perosak akhlak umat Islam sehingga menganggap Nik Aziz manusia suci dan dewa, namun kelicikan Nik Aziz berselindung dibalik serban dan jubah sukar untuk rakyat mengenali siapa Nik Aziz yang sebenarnya, sedangkan Nik Aziz yang digambarkan keramat itu itu hanyalah ahli politk seperti kebanyakkan yang lain juga, tidak terlepas dari dosa dan almenantunya.
Lihat saja komen-komen pencacai upahan seperti lampiran dibawah, dimana pencacai berkenaan menggambarkan kebaikkan Nik Aziz untuk menarik manusia-manusia yang masih baru supaya mentaksubkan diri kepada Nik Aziz, didongengkan Nik Aziz pada suatu hari pernah membantu seorang cina dengan meminjamkan kereta untuk cina itu mencari bengkel, sungguh mulia bangat hati Nik Aziz, aduh letih sungguh!!! Cukup-cukuplah, cerita dongeng macam tu dah tak sesuai dengan zaman sekarang, bertaubatlah..
Seperti juga video dibawah, ramai yang marah apabila kita menuduh Nik Aziz bersolat politik, alasannya itu urusan Tuhan, manusia tidak berhak menentukannya, yang menjadi masalah adalah cara yang sengaja solat untuk menunjuk-nunjuk tu, tahulah urusan Tuhan, tu sebab solat orang lain kita tak pernah pun nak kritik, walaupun dia seorang pemimpin Pas.
Orang lain pun solat jugak, apsal Nik Aziz solat yang pakat duk likung apa ke jadahnya, macam jahiliyyah mabuk, ada ke patut Nik Aziz solat pengikutnya keliling, ini ajaran apa ? lepas tu Nik Aziz pun tak sound, jangankan nak sound lagi suka ada-lah, hakikatnya memang Nik Aziz terlalu suka untuk dipuja. Akan tetapi perbuatan seperti itu tidak boleh dibiarkan, sedarlah wahai umat, Nabi buat ke tidak macam tu..
Sama juga dengan video dibawah, pentaksub-pentaksub Pas ni dia ingat orang yang buat video tu baru 4/5 tahun kenal dengan Nik Aziz agaknya, bukan soal nak hina Nik Aziz tak pandai bahasa Inggeris, saya sendiri pun tak reti, namun Alhamdulillah kita tak mengaku yang kita reti sehingga memaparkan didalam biodata bahawa mampu menguasai 5 bahasa.
Memanglah dalam kubur malaikat tak soalpun dengan menggunakan bahasa Inggeris, tapi malaikat akan soal kenapa berdusta dengan mengatakan tahu menguasai bahasa Inggeris ? Soalnya disini bukan pentingnya bahasa Inggeris, tetapi nak membuktikan bahawa Nik Aziz tidak terlepas dari berdusta untuk memartabatkan diri beliau sendiri sebagai seorang yang hebat dan layak untuk dipuja.
Namun menjadi hak masing-masing untuk memilih Nik Aziz sebagai pemimpin, tiada orang yang boleh halang, tetapi mungkin menjadi tanggungjawab kepada seluruh umat Islam bagi menghalang seseorang itu dari terus mentaksubkan diri kepada manusia yang telah banyak mengkafirkan musuh politiknya sedangkan Islam mengajar umatnya kearah penyatuan bukannya kearah fatwa yang sering berubah-ubah mengikut nafsu serakah...
Jangan hanya pandai nak kritik pengkritik Nik Aziz, sebaliknya persoalkan kepada Nik Aziz akan segala dosa-dosa besar yang dilakukan oleh Nik Aziz dan Pas apabila mengkafirkan orang Umno sehingga berlakunya penceraian, perbalahan, permusuhan dan juga pembunuhan, sedangkan apa yang Pas lakukan hari ini sama sebagaimana apa yang dilakukan oleh Umno dahulunya, tetapi kenapa Pas tidak menjadi kafir ????? Besar tak besar dosa itu Allah yang maha mengetahuinya. Anda Mampu Mengubahnya.
SHAH ALAM - Golongan muda perlu menolak pemimpin-pemimpin yang suka mencetuskan huru-hara, menimbulkan propaganda dan persepsi tanpa disokong bukti serta fakta kukuh sehingga menyebabkan fitnah terhadap pihak lain.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sikap ahli politik yang suka menimbulkan persepsi salah terhadap pihak lain diibaratkan seperti politik 'ala syaitan' yang hanya akan
KOTA BHARU - Kenyataan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini mengenai DAP akan bertanding 90 kerusi pada PRU 13 nanti disifatkan sebagai 'karut' oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan enggan mengulas laporan tersebut.
Nik Aziz ketika ditemui media untuk mengulas berhubung perkara itu selepas majlis perjanjian pusat kitar semula dan kompas Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam di sebuah hotel, di sini petang tadi.
Katanya , beliau tidak mahu mengulas berhubung perkara itu apa lagi ianya tidak ada kena mengena langsung dengan Pas.
“Karut semua tu, saya hanya nak jawab apa yang berkaitan dengan Pas sahaja,” ujarnya.
Namun bila ditanya adakah ianya hanya spekulasi murahan Umno, Nik Aziz tetap tidak mahu mengulasnya.
Mengenai kerusi yang bakal ditandingi Pas, Nik Aziz berkata ianya akan diketahui selepas sahaja parlimen dibubarkan, ketika itu ianya akan ditentukan jumlah kerusi yang bertanding dan bukannya sekarang.
Kebiasaannya Nik Aziz akan menjawab 'itu dia punya pasal', namun kali ini istilah 'karut' pula yang digunakannya, andaikata DAP bertanding 90 kerusi, apa tindakan Nik Aziz ataupun Pas ketika itu ? Anda Mampu Mengubahnya.