Peghhh! Nik Aziz Dah Mula Dah...Bingkisan Wasiat Katanya Dah Makin Dekat... - Video

Bersediakah UmnoBN Kelantan untuk berhadapan dengan senjata terakhir airmata Nik Aziz ini ? Fenomena seperti ini sering dilihat bilamana jangkaan PRU itu semakin hampir, doa politik, solat politik merata-rata, bergambar zuhud dan akhir sekali airmata politik adalah dilihat menjadi senjata utama Pas dalam mempertahankan kerajaan Kelantan.

Rakyat Kelantan seharusnya sudah kalis berhadapan dengan situasi ini, dan perlu tahu bahawa itu semua adalah lakonan semata-mata, kalau sebelum munculnya media baru, satu ketika dahulu dikampung-kampung terlalu kecoh dengan perkhabaran keramat Nik Aziz menerusi mulut ke mulut, antara dongeng yang paling ketara adalah didongengkan bahawa pernah berlaku kepada seorang pemuda yang menjolok gambar pada bahagian mata Nik Aziz menyebabkan pemuda itu menjadi buta.

Bermacam lagilah cerita-cerita dongeng yang digambarkan oleh perosak akhlak umat Islam sehingga menganggap Nik Aziz manusia suci dan dewa, namun kelicikan Nik Aziz berselindung dibalik serban dan jubah sukar untuk rakyat mengenali siapa Nik Aziz yang sebenarnya, sedangkan Nik Aziz yang digambarkan keramat itu itu hanyalah ahli politk seperti kebanyakkan yang lain juga, tidak terlepas dari dosa dan almenantunya.

Lihat saja komen-komen pencacai upahan seperti lampiran dibawah, dimana pencacai berkenaan menggambarkan kebaikkan Nik Aziz untuk menarik manusia-manusia yang masih baru supaya mentaksubkan diri kepada Nik Aziz, didongengkan Nik Aziz pada suatu hari pernah membantu seorang cina dengan meminjamkan kereta untuk cina itu mencari bengkel, sungguh mulia bangat hati Nik Aziz, aduh letih sungguh!!! Cukup-cukuplah, cerita dongeng macam tu dah tak sesuai dengan zaman sekarang, bertaubatlah..
Seperti juga video dibawah, ramai yang marah apabila kita menuduh Nik Aziz bersolat politik, alasannya itu urusan Tuhan, manusia tidak berhak menentukannya, yang menjadi masalah adalah cara yang sengaja solat untuk menunjuk-nunjuk tu, tahulah urusan Tuhan, tu sebab solat orang lain kita tak pernah pun nak kritik, walaupun dia seorang pemimpin Pas.

Orang lain pun solat jugak, apsal Nik Aziz solat yang pakat duk likung apa ke jadahnya, macam jahiliyyah mabuk, ada ke patut Nik Aziz solat pengikutnya keliling, ini ajaran apa ? lepas tu Nik Aziz pun tak sound, jangankan nak sound lagi suka ada-lah, hakikatnya memang Nik Aziz terlalu suka untuk dipuja. Akan tetapi perbuatan seperti itu tidak boleh dibiarkan, sedarlah wahai umat, Nabi buat ke tidak macam tu..
Sama juga dengan video dibawah, pentaksub-pentaksub Pas ni dia ingat orang yang buat video tu baru 4/5 tahun kenal dengan Nik Aziz agaknya, bukan soal nak hina Nik Aziz tak pandai bahasa Inggeris, saya sendiri pun tak reti, namun Alhamdulillah kita tak mengaku yang kita reti sehingga memaparkan didalam biodata bahawa mampu menguasai 5 bahasa.

Memanglah dalam kubur malaikat tak soalpun dengan menggunakan bahasa Inggeris, tapi malaikat akan soal kenapa berdusta dengan mengatakan tahu menguasai bahasa Inggeris ? Soalnya disini bukan pentingnya bahasa Inggeris, tetapi nak membuktikan bahawa Nik Aziz tidak terlepas dari berdusta untuk memartabatkan diri beliau sendiri sebagai seorang  yang hebat dan layak untuk dipuja.

Namun menjadi hak masing-masing untuk memilih Nik Aziz sebagai pemimpin, tiada orang yang boleh halang, tetapi mungkin menjadi tanggungjawab kepada seluruh umat Islam bagi menghalang seseorang itu dari terus mentaksubkan diri kepada manusia yang telah banyak mengkafirkan musuh politiknya sedangkan Islam mengajar umatnya kearah penyatuan bukannya kearah fatwa yang sering berubah-ubah mengikut nafsu serakah...

Jangan hanya pandai nak kritik pengkritik Nik Aziz, sebaliknya persoalkan kepada Nik Aziz akan segala dosa-dosa besar yang dilakukan oleh Nik Aziz dan Pas apabila mengkafirkan orang Umno sehingga berlakunya penceraian, perbalahan, permusuhan dan juga pembunuhan, sedangkan apa yang Pas lakukan hari ini sama sebagaimana apa yang dilakukan oleh Umno dahulunya, tetapi kenapa Pas tidak menjadi kafir ????? Besar tak besar dosa itu Allah yang maha mengetahuinya. Anda Mampu Mengubahnya.

6 comments:

  1. ekekekek..... aku dah lama kenal org tua bingai ni...

    ReplyDelete
  2. Nak mene kan Isle caro PAS ke? Isle yg kafirkan saudara seagama, agungkn kafir harbi...Isle yg pentingkan Putrajaya dan kuasa dari manjaga akidah umat ...atau Isle bila Khalifah yg TARAK POTONG tu memerintah org Islam..

    Abis ...selama ini kat Malaysia neh negara kapir ke?

    ?????????????????????????

    ReplyDelete
  3. sanggup mati demi NA?.....kihkihkih....ingatkan sanggup mati demi Islam...terbalik sudah....ni angkara TAKSUB & TAKJUB melampau la ni.

    Sanggup mati demi Islam PASTI diberkati & dihormati tapi kalau sanggup mati demi politikus bertopengkan agamawan BELUM PASTI berada dlm jalan yg diredhai.

    ke nak kata Islam & NA sama je?....sekadar pencerahan minda...sama2 la kita fikirkan.

    ReplyDelete
  4. Adoi, teruk benar komen zikri ashraf hakim tuh!! lbh syg tuk guru lg drpada mak bapak die sndiri.. malang sape jd mak n ayah dia, dpt anak bingai cenggitu! hahaahaha. org lain snggup mati utk pertahankan islam weiii...

    ReplyDelete
  5. penDewaan ke atas nik aziz berlaku lama dulu ..masa aku kat kelantan thn '90an..nik aziz di gambarkan sebagai 'keramat' @ 'tok wali..malangnya tok wali bagi orang kelantan sendiri..

    ReplyDelete
  6. Haa...itulah tahap ketaksuban pencacai-pencacai PAS-pis-pus terhadap Father Nik Ajis. Aku tak tahulah macammana nak cakap dah. Sampaikan FAther Nik Ais sanggup menyokong kenyataan Ulamak 'Ular Dalam Semak' Hadi yang gelaran Allah SWT beleh digunapakai bersama oleh orang kafir, pun masih lagi geng PAS-pis-pus totok ni tak sedar-sedar diri lagi.NAsib kamu lah Labu....

    Tolak PR dlm PRU13 ni. Satu undi untuk PR adalah satu undi untuk PAS-pis-pus, DAPpigs, P'Gay'R dan
    satu undi untuk tuhan 'Allah Trinity' DAPpigs mereka tu. Jangan kita gadaikan masa depan anak-anak
    dan cucu kita dengan memangkah parti-parti yang bersekongkol bawah PR dlm PRU13 nanti.....

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...