Elaun YB Dan MB Kelantan Naik Lagi, Tapi Lihat Derita Gaji Rakyat

Pada 27 Okt 2009, — Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan telah meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan bagi membolehkan elaun wakil rakyat, termasuk Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), dinaikkan selepas kali terakhir ia dinaikkan pada 2004.

Rang Undang-undang itu meminda Enakmen Saraan anggota pentadbiran kerajaan negeri dan anggota Dewan Undangan Negeri 1980, dicadangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa dan disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuar Tan Abdullah.

Dengan kelulusan enakmen itu, elaun bulanan Menteri Besar dinaikkan daripada RM10,200 kepada RM12,800, Timbalan Menteri Besar (RM6,600 kepada M8,800), Speaker (RM5,400 kepada RM5,600) dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) (RM3,600 kepada RM4,600).

Ketika membentangkan rang undang-undang itu, Husam berkata, kadar elaun wakil rakyat itu sememangnya wajar dinaikkan kerana ia sudah lama tidak dipinda.

Namun pernahkah gaji rakyat di Kelantan dikaji juga (pelarasan gaji minimum) sebagaimana gaji wakil rakyat ? Pernahkah wakil rakyat menyelami kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat ?
Sumber iklan Mudah.my/job/kelantan
Perbelanjaan sebulan rakyat di Kelantan dengan pendapatan isi rumah sebanyak RM 1350, yaitu pendapatan suami RM 750 campur pendapatan isteri RM 600, mempunyai 3 orang anak berusia 7, 3 dan setahun, menggunakan motosikal sebagai transport, tinggal di pinggir bandar Kota Bharu.

Petrol - RM 60
Nurseri - RM 300
Belanja sekolah anak - RM 60
Susu - RM 100
Pampers - RM 80
Sewa rumah - RM 250
Air - RM 20
Elektrik - RM 40
Belanja dapur - RM 500
Lain-lain - RM 200 (topup, maintenance rumah, motorsikal, sakit demam)

Total RM 1610, tu pun kira tak hisap rokok, tiada kereta dan makan tengahari di tempat kerja bawa bekal dari rumah, pendapatan suami dan isteri hanya RM 1350 sedangkan perbelanjaan RM 1610, lagi RM 260 mana nak cekau?

Nik Aziz jangan duk fikir Hudud jer, perkara-perkara macam ni perlu diambil kira juga, kalau wakil rakyat merasakan perlu kenaikkan elaun mereka, kenapa tidk rakyat ? Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

Punca utama penyumbang kepada jenayah

1 comment:

  1. Gaji MB dan Adun tak banyak mana pun..mereka pun kadang2 kena keluar duit poket bila jumpa rakyat.kalau setakat RM15, 000 ke bawah apalah sangat kerana mereka tak rasuah dan itu sahajalah pendapatan mereka.lainlah kerajaan pusat bawah BN rasuah dah jadi makanan harian dan dapat projek2 puluhan, ratusan malah ribuan juta..inilah namanya mentedarah duit rakyat.INilah yg perlu diberi perhatian.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...