Kabinet Bayangan, calon Perdana Menteri, bendera atau logo pengikatan parti didalam Pakatan Rakyat, umumnya mengetahui sehingga hari ini pemimpin didalam Pakatan Rakyat gagal mencapai kata sepakat didalam membuat keputusan mengenai perkara itu.
Ramai yang fikir itu hal remeh, tapi tidak ramai pula yang berfikir jika hal remeh pun gagal nak selesai, bagaimana pula nak selesai hal-hal yang besar ? Berpakat membenci dan menentang BN itu memang ada didalam PR, namun berpakat didalam mentadbir dan menentukan hala tuju negara ?
Parti-parti didalam PR berpakatnya mereka ibarat bercampurnya minyak dan air.
Bolehkah untuk minyak dan air itu bercampur didalam satu takung ? Minyak dan air mungkin boleh berkerjasama untuk memastikan sebuah kenderaan itu berfungsi dengan baik sebagaimana berkerjasamanya antara parti didalam PR untuk melawan BN, tetapi minyak dan air tetap tidak boleh dicampurkan pada 'takung' yang sama kerana masing-masing punyai tujuan yang terlalu extreme dan sensitif untuk bercampur.
Parti-parti didalam PR berpakatnya mereka ibarat berkahwin hanya fikirkan 'main'
Hal-hal berkaitan mentadbir sebuah negara ini tidak hanya tertakluk kepada satu-satu perkara retorik yang kita fahami, sebenarnya banyak perkara yang perlu kita ketahui, seperti juga kita berkahwin, jangan hanya perkara 'main' saja yang kita fikir, tanggungjawab didalam 'main' dan mendapat sesuatu setelah 'main' itu sebenarnya yang wajib kita fikirkan bersama, samada paras kemampuan kita itu berada pada tahap yang membolehkan untuk kita berkahwin ataupun sebaliknya.
Antara perkara remeh yang perlu difikirkan juga didalam pentadbiran kerajaan yang pemimpinnya beretorik sebagai membawa keadilan yang bersifat sama rata dan sama rasa ialah mengenai hal agama didalam media seperti televesyen, apakah jika PR berjaya mentadbir negara kelak rancangan televesyen berbentuk agama akan disamaratakan ? Apa pendapat penyokong-penyokong parti didalam PR dan apa sebenarnya matlamat dan kehendak sebenar yang mereka fikirkan ??? ..
Umno 'tolak Islam, ambil kebangsaan' ?
Umno yang menjadi wakil orang Melayu dan umat Islam didalam BN dan sering dilabel sebagai 'tolak Islam, ambil kebangsaan' itu menjadi mangsa kebencian rakyat berideologi pelampau, antara kajian didalam aktiviti menjenguk komen-komen media sosial milik orang bukan Islam berideologi DAP, saya mendapati banyak perkara yang mereka tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan pada hari ini terutamanya melibatkan hal-hal agama.
Bagi mereka kerajaan BN tidak adil kerana hanya mementingkan agama Islam semata-mata, namun penyokong Pas yang berfahaman Nik Aziz pula mendakwa Umno 'tolak Islam, ambil kebangsaan', bagaimanapun pemimpin PR akhirnya menyimpulkan bahawa Umno tidak mementingkan mana-mana agama dan bangsa atau dengan kata lain Umno mengzalimi semua bangsa.
Dibawah adalah contoh kezaliman UmnoBN didalam pentadbirannya menerusi program televesyen yang disifatkan sebagai tidak adil oleh penyokong DAP dan Umno 'tolak Islam, ambil kebangsaan', oleh penyokong Pas berfahaman Nik Aziz.
Program TV bertajuk Forum Perdana Ehwal Islam, mungkin fahaman puak pelampau membayangkan sekiranya PR memerintah program TV yang serupa selain dari agama Islam turut disiarkan. Apakata penyokong Pas berfahaman Nik Aziz dengan program ini.
- Forum Perdana Ehwal Kristian
- Forum Perdana Ehwal Buddha
- Forum Perdana Ehwal Hindu
- Forum Perdana Ehwal Orang Asli
- Forum Perdana Ehwal Siam
- Forum Perdana Ehwal Lain-lain
Program TV Tanyalah Ustaz
- Tanyalah Paderi
- Tanyalah Sami Buddha
- Tanyalah Sami Hindu
- Tanyalah Tok Batin
- Tanyalah Tok Cha
- Tanyalah lain-lain
Program TV Imam Muda
- Program Paderi Muda
- Program Sami Buddha Muda
- Program Sami Hindu Muda
- Program Tok Batin Muda
- Program Tok Cha Muda
- Program lain-lain Muda
Selain itu antara program TV yang disiarkan dibawah pentadbiran Umno 'tolak Islam, ambil kebangsaan' antaranya seperti berikut:
- Al-Kuliyyah
- Mari Bertarranum
- Al-Hidayah
- Mari Mengaji
- Adik Dan Al-Quran
- Akademi Alquran
- Usrah
- 'Halaqah
- Jejak Rasul, dan lain-lain yang tidak disebut mungkin boleh dicatatkan oleh anda semua di ruangan komen dibawah.
Untuk kekal dalam sebuah negara yang aman elakkan berfikiran extreme atau pelampau, kerana apa yang anda inginkan bersifat lebih dari apa yang sepatutnya anda ada itu mungkin boleh berlaku yang dikejar tak dapat yang dikendong pula keciciran, kekalkan kesederhanaan yang ada. Anda mampu Mengubahnya.
Penganut PAS nak tunggu smp Malaysia diistiharkn sbg negara Kristian baru nak sedar agaknya....
ReplyDeleteKata2 kafir harbi di pegang ,salam ukhwah sesama Islam di sanggah....apa nak jadi dgn penganut agama PAS neh???
(^_____________^)
ReplyDelete