Jenayah Makin Parah Di Kelantan - Curi Deodoran, Samun Mesin ATM

KOTA BHARU – Angkara tindakannya mencuri lapan deodoran di sebuah pasar raya di sini, minggu lalu, seorang juruwang stesen minyak dijatuhi hukuman 12 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Dia sebelum itu mengaku bersalah mencuri deodoran milik pasar raya Ceria di Wakaf Che Yeh di sini, 22 November lalu.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, Wan Jaswadi Ashraf Wan Mohd Zain, 32, turut mencuri dua jel rambut dan dua pencuci muka bernilai RM156.10.

Tertuduh berjaya ditahan selepas pengadu ternampak tertuduh memasukkan barangan terbabit ke dalam poket seluarnya sebelum keluar tanpa membuat bayaran.

Dia kemudiannya dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Pada prosiding semalam, Majistret Muhamad Hafiz Mohd Noor juga menjatuhkan hukuman empat bulan penjara terhadap tertuduh kerana gagal mengemukakan kad pengenalan ketika pemeriksaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nabilah Nizam memohon hukuman setimpal dikenakan kepada tertuduh yang turut mempunyai rekod jenayah dadah pada tahun 2001.

Sementara itu di Pasir Mas pula, sekumpulan penyamun gagal melarikan wang dari mesin juruwang automatik (ATM) milik Agrobank di Jalan Tendong di sini pagi tadi apabila disedari orang awam.

Seorang penduduk yang terdengar bunyi bising dan melihat kejadian itu telah bertindak menghubungi polis hingga menyebabkan para penyamun melarikan diri dalam kejadian kira-kira 6.50 pagi itu.

"Penyamun dipercayai cuba memecahkan satu daripada tiga mesin ATM di situ pada pukul 5.30 pagi tadi. Pada pukul 6.50 pagi, seorang penduduk yang menyedari kejadian tersebut selepas terdengar bunyi bising bertindak menghubungi pihak polis," kata Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim di tempat kejadian.

Sebuah kereta peronda polis dihantar ke tempat kejadian.

Beliau berkata penyamun berjaya mengumpil sebahagian daripada mesin ATM, namun gagal membuka bahagian simpanan wang.

Polis turut menemui beberapa peralatan di tempat kejadian termasuk gunting, kapak dan kuku kambing, bagaimanapun pemotong besi gas oksigen sempat dibawa lari mereka.

"Penyamun juga merosakkan kamera litar tertutup yang dipasang di dalam premis tersebut. Kita masih menyiasat jumlah sebenar penjenayah yang terlibat," katanya.

Mazlan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut supaya menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di talian 09-7450999. 
Jenayah semakin teruk di Kelantan, ini bukan main-main lagi ataupun cubaan, jenayah-jenayah baru yang sebelum ini tidak pernah berlaku di Kelantan kini sudah berlaku.

Cakap banyak tak guna, cuma hendak disimpulkan tentang dua perkara mengenai pemikiran pemimpin Pas Kelantan dan juga pemimpin BN, pemikiran pemimpin Pas adalah untuk membina lebuhraya supaya anak Kelantan yang mencari rezeki disebelah luar dapat menikmati lebuhraya dan pulang kehalaman dengan selamat.

Namun pemikiran pemimpin BN Kelantan pula dilihat jauh lebih cerdik apabila Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan mengumumkan untuk mengurangkan seramai 200,000 anak Kelantan dirantauan dengan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak jika diberi peluang mentadbir Kelantan.

Kerana untuk menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat adalah sangat mudah yaitu jangan terlalu banyak ceramah, tumpukan juga kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat. - Bersambung.

Nik Aziz perlu dahulukan doa untuk selamatkan rakyat Kelantan dari jenayah dan penjenayah, kerana itu jauh lebih baik dari berdoa untuk menghancurkan sesama Islam.

2 comments:

  1. Bila Kelantan nak laksana hudud ni??? Kalau mamat ni penyokong hamPAS tentu boleh lepas dari tuduhan, pork nick boleh kasi diskaun dosa mamat ni....

    ReplyDelete
  2. Curi deodoran....ha...ha....ha Mamat ni mesti mengalami masalah ketiak berbau....kesian penghuni yang berkongsi bilik penjara dengan Mamat ni nak tahan bau ketiaknya.....ha....ha...ha

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...