KUALA LUMPUR - Dua orang mufti termasuk Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.
"Selagi seseorang Islam itu mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan amalan, bagaimana boleh dikatakan kafir.
"Itu hanya pendapat melulu dan tidak berasas," kata Mufti Perak kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra sempena pertemuan bersama Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan di sini, hari ini.
Katanya, perkara ini sudah pun dijelaskan yang mana ia bukan masalah parti.
"Dari segi syarak, saya bangkit mengatakan kebenaran. Beliau (Hadi) wajib menarik balik amanat tersebut," katanya.
Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, amanat tersebut tidak memberi bahaya kepada Umno sebaliknya ke atas Hadi.
"Saya bersetuju untuk beliau (Hadi) menarik balik amanat tersebut. Beliau juga perlu kembali kepada Ahli Sunnah Waljamaah," katanya.
Pendapat sama turut disuarakan Pengerusi Penerbitan Dakwah Islamiah Malaysia (Pedim), Datuk Mat Jahaya Hussin yang berharap semua pihak hanya bercakap perkara yang benar sahaja.
"Ada ayat al-Quran menyebut jauhkan diri daripada prasangka tidak baik.
"Adalah lebih baik kita mengikut nas al-Quran, sama ada daripada tulisan atau ceramah," katanya.
Hadi Awang pernah mengeluarkan amanat demikian pada tahun 1981 dan menjadi pegangan ribuan ahli parti itu sehingga ke hari ini.

- Tidak berasa berdosakah orang-orang Pas yang telah mengkafirkan Umno sehingga menyebabkan berlakunya perpecahan kepada umat Islam, nak tanggung pikul dosa tu alamatnya sokong Pas tak masuk syurga jugaklah ya
Kerana dosa tersebutlah sehingga ke hari ini HH tetap menjadi penyokong tegar agen yahudi ,pengamal main depan belakang,pemegang fahaman pluralisma dan pembohong handalan .Hatinya sudah telindung gelap utk mengenali 'kebenaran' berkaitan dgn org itu.Musibah yg sama juga menimpa NA.
ReplyDelete