Pengakuan Keramat - Nik Aziz Didatangi Seorang Tua Ditengah Malam, Mungkinkah Malaikat ?

Rakyat di Rantau Panjang tidak perlu risau dengan situasi ketiadaan jambatan yang dimahukan itu, kekeramatan yang ada pada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan segera menyelesaikan masalah itu, cuma mungkin Nik Aziz sedang menunggu kehadiran malaikat yang menyamar seorang orang tua bertemu dengannya.
Berjaya membina sebuah jambatan perasaan bangganya tidak terperi, syukur keadaan itu, Alhamdulillah, namun persepsi keramat terus diundang ke minda rakyat, perasaan haru bertemu seorang tua yang tidak dikenali itu seolah-olah sengaja memberi pelbagai gambaran rakyat terhadapnya,

Melihat kepada dasyatnya keprihatinan dan perasaan haru serta tangis Nik Aziz itu sepatutnya sudah  tidak timbullah isu-isu ketiadaan jambatan seperti itu. Atau mungkin Nik Aziz sedang menantikan seorang orang tua tampil kerumahnya terlebih dahulu?

Apapun kali ini sekirannya ada lagi orang tua itu hadir, Nik Aziz jangan lupa mengenai adat dan adab bila tetamu datang kerumah, bertanya khabar tentang nama, dimana orang tua itu tinggal atau dengan kata lain menyelidiki identiti orang tua itu, supaya kelak Nik Aziz tidak berasa kecewa kerana tidak sempat tahu siapa sebenarnya orang tua itu.
"Jangan-jangan orang tua itu malaikat yang diutus Allah untuk memperingati kita, semoga Kelantan terus maju dibawah kepimpinan TGNA" Itu hanyalah antara satu komen taksub dari beratus komen yang meletakkan sebagai "Jangan-jangan orang tua itu malaikat", dan ianya selari dengan kehendak dan tujuan persepsi itu dilemparkan.

Bagaimanapun untuk bersangka baik ataupun buruk itu adalah hak individu, sejauhmana anda mengenali Nik Aziz, maka  sejauh itu juga sangkaan anda terhadap tindak tanduk yang ditampilkan oleh beliau. Yang pentingnya masalah rakyat seperti diatas perlu diselesaikan seberapa segera kerana ianya satu keperluan yang lebih penting daripada keperluaan membina replika-replika rehal yang telah dibina itu. Anda Mampu Mengubahnya.

Ingat !!! Jangan main-main, Hj Hadi dah 3 kali bermimpi bertemu Nabi, saya sekali, oleh kerana mimpi itu maka jangan main-main. - Nik Aziz

15 comments:

  1. Yang datang dalam mimpi tu bukan malaikat, tapi setan, mana boleh malaikat datang bertemu dengan orang yang selalu memaki hamun dan memfitnah dan mengaibkan orang lain, yang melakukan perbuatan itu adalah sahabat setan, jadi setan le yang datang.

    ReplyDelete
  2. Aikk...father N Ajis yg bole mngampunkan dan mnsucikan dosa org len di datangi malaikat?????????...adun selising, mad sabu , ANUwar Ibrahem , Eli Kangkang dan ramai lagi.......

    Malaikat ke Syaitonirrajiun????

    ReplyDelete
  3. Dengan orang bengap bolehlah spin.....

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Malaikat memang sentiasa ada di kiri dan kanan...

    ReplyDelete
  6. Dia cuba mengaitkan kehadiran tua itu seperti kedatangan malaikat jibrail yang datang ke masjid tatkala Rasullulah SAW bersama para sahabaf....berpakaian serba putin bersih dan bersoal jawab dengan Rasullulah SAW... Buat jambatan pun dah menangis? Aduhaiii... Riak dan takkaburnya ahli neraka ni

    ReplyDelete
  7. hanya allah saja yang tahu.. kita x berhak nk hukum org lain.. syurga dan neraka itu urusan allah.. tokot2 kita yg kenaraka kelak.. hati2 bila berbicara.. marila kita sama2 muasabah diri dan kembali landasan yg betol2 xkirala dari mana2 parti politik.. kita sama2 islam.. akidah yang sama.. sama2 la kita pelihara..

    ReplyDelete
  8. keramat konoooonn....keramat taik kucing, sama mcm anuar anugerah tuhan konooonnn...anugerah taik kucing.

    ReplyDelete
  9. hanya org bodoh yg mudah diperbodohan sahaja yg percaya dengan kelentong pok nik.

    ReplyDelete
  10. Esok-esok dia kata bertemu dengan nabi Khaidir belajar ilmu laduni plak. 10 N.ajis ni cakap, 15 tak bleh pakai. N.Ajis memang tahaik najis.

    ReplyDelete
  11. takkan lah malaikat yg datang untuk berjumpa si dajjal tua tua ini.. (makna dajjal adalah pendusta agama)..

    mana mungkin nik aziz seorang dajjal di datangi malaikat.. sbb seorang dajjal adalah ejen iblis.. dan iblis menasihat dan menggunapakai jasad dajjal spt nik aziz untuk dijadikan ejen menghuruharakan masyarakat islam..

    sebetulnya malaikat adalah makhluk yg patuh dan taat pada tuhannya... semua malaikat ada tugasan untuk membuat kerja (sebab Allah taala adalah boss, kerjanya hanya memerintah sahaja)

    sudah tentulah seorang tua yg datang kepada dajjal spt nik aziz adalah iblis atau ejen2nya...

    sebab golongan iblis adalah golongan yg menganggur dan tiada kerja serta sentiasa minta kerja dari dukun, pawang, atau bomoh yg batil...

    beza iblis dan ejen2nya dengan para malaikat..

    malaikat adalah patuh dan taat pada TUANNYA.. jin dan ejen2nya adalah penganggur yg sentiasa cari ekrja untuk menghuruharakan masyarakat..., dan ini adalah bertepatan dengan janji IBLIS dengan ALLAH... "aku akan sedaya upaya mensesatkan anak2 ADAM sehingga sampai ke hujng nafas....""

    ReplyDelete
  12. nik aziz adalah dajjal12/22/2012 12:56 AM

    Dari sudut bahasa, Dajjal ertinya pendusta agama atau penipu agama yang kerjanya menyesatkan manusia diatas jalan akidah agama dengan berbagai watak menurut masyarakat semasa dan setempat.

    Menurut huraian Ulama' Rahimahumullah, Dajjal kecil telah lama muncul sejak dari lahirnya Nabi Muhammad SAW, bahkan telah wujud zahir pada zaman nabi-nabi dan rasul terdahulu (istilah lain dari bahasa Arab) dengan kehebatan tersendiri dari perkara-perkara aneh hingga mistik? dan telah berjaya menyebabkan huru-hara serta kerosakan dalam masyarakat.

    Nabi Muhammad SAW adalah Nabi besar akhir zaman (Dajjal besar juga muncul pada akhir zaman), sesuai dengan Rasullullah SAW sebagai penghulu segala nabi. Ini bererti akhir zaman telah berusia 1431 tahun Hijrah + 52 tahun umur nabi ketika berlaku hijrah Mekah ke Madinah.

    Allah Azza Wajalla telah berfirman di dalam Al-Quran akan keadaan kiamat dengan menyebut lebih dari 30 istilah kiamat yang antaranya ialah keadaan huru-hara. Kejadiannya pula seperti gunung-ganang berterbangan bagai debu, air laut berkocak menjulang tinggi menghempas daratan, langit seperti digulung, keluar asap hitam dari perut bumi, kubur-kubur terbongkar dan lain-lain lagi. Keadaan bencana alam yang berlaku seperti itu sekarang ini, telah pun ada pernah berlaku banyak kali sejak beribu tahun. Yang ini dinamakan kiamat kecil? Atau besar? Kiamat lebih besar pula akan terjadi dengan datang zahir nyata Dajjal besar. Para Ulama' Rahimahumullah As-Sunnah waljamaah bersepakat tidak menyenaraikan ketibaan Dajjal besar sebagai satu daripada tanda kiamat akhirat melainkan orang Syiah sahaja? Kiamat akhirat pasti terjadi sekonyong-konyong pada ketikanya dengan perintah Allah sedang tiada diberitahu kepada sesiapa melainkan sedikit . . . .
    Siapakah Dajjal kecil dan siapa pula Dajjal besar.

    VS

    Dari sudut bahasa al-Mahdi (Imam Mahdi) ertinya orang yang mendapat petunjuk di jalan yang benar lagi lurus serta membawa kebenaran – pembimbing yang dibimbing – ada Quran didadanya berisi Furqan (meleraikan yang Haq dan yang Bathil) sedang tersembunyi didadanya ada Qurqan (isi rahsia – Sir – rahsia hati). Nabi-nabi dan rasul terdahulu juga digelar yang sama dengan istilah lain dari bahasa Arab, membawa Dzabur, Taurat, Injil dan ada juga Suhuf.

    ReplyDelete
  13. nik aziz adalah dajjal12/22/2012 12:58 AM

    [SAMBUNGAN]

    Semua makhluk mendapat petunjuk dari Allah jua.
    Adalah kita manusia maka bicara ini tentang manusia jua.
    1. Petunjuk tabi’in – semulajadi.
    2. Petunjuk pancaindera – tahu.
    3. Petunjuk aqli – akal fikiran.
    4. Petunjuk ilmi – belajar berilmu.
    5. Petunjuk lurus lagi benar – Sir – rahsia – Sirathal Mustaqim.

    Maka pada akhir zaman orang yang mula digelar al-Mahdi ialah Nabi Muhammad SAW sendirinya. Sehinggalah baginda wafat kemudiaanya diwariskan oleh para sahabat di zaman khalifah dan terus bersambung warisnya sepanjang zaman oleh para sahabat yang juga digelar Pewaris Nabi.

    Patah tumbuh hilang berganti.

    Watak baginda Nabi SAW adalah bersesuaian dengan masyarakat semasa setempat yang kemudiannya disebut sebagai sunnah – diterima seluruh dunia Islam. Maka sunnah yang bererti perbuatan (amal/af’al) terdapat dua bahagian.
    Sunnah umum seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, keluarga, masyarakat, budaya dan sebagainya bersesuaian dengan masyarakat Arab ketika itu – yang kemudiannya dibaik pulih dengan akhlak Nabi lalu dinamakan cara hidup Islam.
    Sunnah khusus pula adalah teknik dan taktik melaksanakan Rukun Islam yang 5 berteras 6 Rukun Iman seperti mana telah disyariatkan Allah dan dilaksanakan, ditunjuk ajar, digaris panduan oleh baginda Nabi sebagai syariat Islam yang diwarisi para sahabat.

    Siapakah Pewaris Nabi – Imam al-Mahdi.

    ReplyDelete
  14. nik aziz adalah dajjal12/22/2012 12:59 AM

    [SAMBUNGAN]
    Siapakah Pewaris Nabi – Imam al-Mahdi.

    Setiap makhluk adalah berpasangan seperti lelaki/perempuan, siang/malam, hidup/mati, kahwin/cerai, kaya/miskin, Sir/Sihir, jin(iblis)/ma’laikat, Haq/Bathil dan bermacam lagi. Hanya satu yang tidak berpasangan, tiada bandingan ialah Allah – Tuhan Rabbul Jalil Fil ‘a lamin yang Esa. Satu ertinya kaya sahaja tidak ada miskin/kekurangan, kuat sahaja tiada lemah, hidup sahaja tiada mati, kasih sayang sahaja tiada zalim, betul (Haq) sahaja tiada salah (Bathil) dan lain-lain lagi berjumlah 99 yang disebut dalam Asma’ul Husna wa Sifat. Maha suci Allah dari sebarang anasir – ma’rifat Allah (mengenal) dengan zatNya sendiri jua.

    Dajjal kecil atau besar sama sahaja sifatnya – itulah tipu daya jelmaan iblis yang dizahirkan maanusia Islam. Diantara perangai buruknya seperti rakus, sombong meninggi diri, menggunakan agama untuk mencapai cita-citanya. Dia ada dimana-mana – persatuan masyarakat Islam, pertubuhan, perniagaan, politik, pihak berkuasa undang-undang dan dimana sahaja ada orang Islam. Harta, Tahkta, Wanita menjadi matlamat kemewahan, keindahan dunia untuk memikat hati manusia Islam supaya mempercayainya. Dajjal mencari kemuliaan atas jalan agama dengan menjual ayat Allah apabila berdakwah dan menfatwakan niat yang baik menghalalkan cara? Dajjal mengubah maksud Al-Quran mengikut kepentingan dirinya dan membuat tipu daya keatas orang Islam yang mengangkatnya sebagai pemimpin. Mengadu domba supaya bergaduh berselisih sesama maanusia kononnya diatas jalan agama. Mengisytiharkan perang syahid diatas jalan keganasan dengan membunuh menumpahkan darah. Menjual syurga Allah dan bermacam kredit bagi orang yang berjuang?
    Dajjal kecil sewaktu tiada pengikut dan menjadi Dajjal besar apabila ramai yang menyokongnya dan menjadi pengikut.
    Contohnya – seorang yang bertanding pilihanraya tidak akan menjadi orang besar seandainya tidak mendapat undi besar . . . .?
    Sebahagian maanusia Islam menjadi pengikut Dajjal tanpa ilmu pengetahuan agama kerana jahil, sebahagiannya munafik, yang lain pula fasik, tidak kurang juga yang syirik. Ada juga menjadi part-time Dajjal . . .? (kecil) atau full-time Dajjal . . .? (besar).
    Seandainya Dajjal hadir dengan wajah hodoh bermata satu lagi mengerikan pandangan mata tentulah maanusia akan lari darinya!!
    Pewaris Nabi (al-Mahdi) menggunakan harta, takhta, wanita hanya sebagai alat keperluan hidup didunia. Orang ini mendapat keperluannya mengikut garis panduan syariat Islam dan bersederhana. Kemudian menggunakan rezeki halal itu untuk berdakwah bermacam cara tanpa meminta upah seperti mana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW serta diwarisi para sahabat.
    Perang (Jihad) yang diisytiharkan bermaksud memerangi hawa nafsu keinginan, membunuh idealogi kefahaman jahiliyah, tahyul dan kurafat serta bida’ah dengan cara bijaksana. Perang membunuh menumpahkan darah hanya berlaku dengan perintah Allah jua. Sentiasa rindukan kasih sayang, cintakan keamanan sejagat bermula dari dalam diri sendiri setiap maanusia umumnya dan khasnya orang Islam.
    Dikalangan para nabi dan rasul terdahulu juga telah ada yang dibunuh oleh kaum/bangsa mereka sendiri. Sifat baginda Nabi adalah siddiq (benar), amanah (jujur), tabligh (sampai), fathanah (bijaksana).
    Sifat sahabat pula adalah siddiqin (yang membenarkan), solihin (yang berakhlak baik), syuhada’ (yang berjuang). Penampilan ini digunakan oleh Dajjal sedangkan Pewaris Nabi sendiri tidak menonjolkannya.
    Berbahagialah maanusia Islam yang menjadi pengikut pemimipin ini dengan kurnia rahmat, ni’mat Allah jua.
    Tentu tidak ada sesiapa yang berani mengaku dirinya Dajjal – maka sudah tentu Pewaris Nabi juga tidak melakukannya. Jika ada yang membuat pengakuan sebagai Pewaris Nabi bermakna dia menempah neraka . . . . Itulah Dajjal (iblis) yang mengaku sebagai pengganti.
    Telah lahir Ulama' yang jahat
    Telah lahir ahli ibadat yang jahil
    Jangan jadikan ibadat sebagai alat
    Murnikan hatimu dalam beribadat sebagai kebajikan (sadaqah) bagi diri sendiri keluarga, kaum kerabat, jiran tetangga, masyarakat, bangsa dan Negara seterusnya seluruh dunia.

    ReplyDelete
  15. Nik Aziz ckp ada org tua, dia ingatkn rakyat Kelantan yg dtg jumpe dia bertanyakn bile nak buat jambatan. Dia hampir menangis sedih sbb jambatan lama sgt uzur tp pembinaan belum start wpun dah habis rundingan. Pastu korg pg spin tambah asam garam jadi mcm2 yg sgt teruk. Malu aku nak mengaku melayu kalau mcm nilah perangai org melayu, sbb aku org Islam & tak berani spin ayat ulamak.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...