Berjaya membina sebuah jambatan perasaan bangganya tidak terperi, syukur keadaan itu, Alhamdulillah, namun persepsi keramat terus diundang ke minda rakyat, perasaan haru bertemu seorang tua yang tidak dikenali itu seolah-olah sengaja memberi pelbagai gambaran rakyat terhadapnya,
Melihat kepada dasyatnya keprihatinan dan perasaan haru serta tangis Nik Aziz itu sepatutnya sudah tidak timbullah isu-isu ketiadaan jambatan seperti itu. Atau mungkin Nik Aziz sedang menantikan seorang orang tua tampil kerumahnya terlebih dahulu?
Apapun kali ini sekirannya ada lagi orang tua itu hadir, Nik Aziz jangan lupa mengenai adat dan adab bila tetamu datang kerumah, bertanya khabar tentang nama, dimana orang tua itu tinggal atau dengan kata lain menyelidiki identiti orang tua itu, supaya kelak Nik Aziz tidak berasa kecewa kerana tidak sempat tahu siapa sebenarnya orang tua itu.
Bagaimanapun untuk bersangka baik ataupun buruk itu adalah hak individu, sejauhmana anda mengenali Nik Aziz, maka sejauh itu juga sangkaan anda terhadap tindak tanduk yang ditampilkan oleh beliau. Yang pentingnya masalah rakyat seperti diatas perlu diselesaikan seberapa segera kerana ianya satu keperluan yang lebih penting daripada keperluaan membina replika-replika rehal yang telah dibina itu. Anda Mampu Mengubahnya.
Ingat !!! Jangan main-main, Hj Hadi dah 3 kali bermimpi bertemu Nabi, saya sekali, oleh kerana mimpi itu maka jangan main-main. - Nik Aziz



