Petikan dari Harakah "Di antara dua darjat...
Pemimpin rakyat dengan pemimpin anak bangsawan. Pemimpin Rakyat redah "ayor bah" tetapi pemimpin Parti Bangsawan tengok banjir dari awan awangan. kah kah kah......"
Sambung lagi ketawa Harakah kahkahkah. Harakah punya intelek jumud tak habis-habis...Harakah kahkahkah, kot ya pun antara dua darjat biarlah berdarjat dan bertempat, takkanlah nak samakan antara MB dan PM.
Kalaulah jangkauan penglihatan PM ni macam MB, PM akan turut melantik almenantunya jugaklah jadi CEO PMBK, kerana pandangan singkatnya dari bot melihat sudah tidak ada orang lain yang lebih layak untuk jawatan itu.
Berbeza dengan pandangan luas pemimpin yang meluangkan kesibukkan masanya demi keseluruhan rakyat bagi memantau keadaan banjir dari udara. Sudah tentu pandangan dari udara sangat luas dan manfaat yang akan diberikan juga meliputi keseluruhan rakyat, bukan manfaat kepada kroni dan kaum keluarga serta menantu terdekat semata-mata.
Jika dikatakan mendekati rakyat melalui sentuhan adalah lebih bersifat prihatin, sebenarnya pandangan itu sudah tidak relevan lagi di zaman serba cepat ini, ianya seolah-olah menunjukkan seseorang pemimpin itu tidak ada kerja dan makan gaji buta tanpa perlu memikirkan halatuju sesebuah negeri atau negara yang ditadbirnya.
Sedangkan apa yang perlu oleh rakyat adalah bantuan ehsan daripada pemimpin, kalau setakat melawat tu duk kempen suruh sokong Pas dan buah tangan yang dibawa pula ialah bendera Pas, tak der makna semuanya tu, ke ada siapa-siapa nak kata itu adalah bermakna, tak percaya boleh pergi tanya pakcik yang dalam gambar dibawah.
Begitu juga dengan mengatakan Ulamak sebagai pemimpin, sebab boleh jadi imam, nanti kalau dah mati siapa yang nak imamkan kita kalau kita pilih pemimpin bukan ulamak, jumud ke tidak berfikir macam tu ? Habis tu kerajaan lantik Tok Imam pasal apa? , lantik Tok Bilal pasal apa? suruh jerlah pemimpin Ulamak jadi imam.
Sama jugak dengan tugas bomoh atau perubatan yang khas untuk menghalau makhluk halus ni, jangan ingat mentang-mentang kita ni lebai kelarah jin akan takut dan lari bila kita halau, tak semestinya, namun tak salah kalau MB nak jadi bomoh, lagi elok jadi bomoh sepanjang masa.
Kesimpulannya sebagai seorang manusia, kita mempunyai tugas masing-masing yang telah diamanatkan berdasarkan kemampuan dan kelayakkan, walau sewarak manapun seorang pemimpin itu menjadi MB, takkan sempurna kerja seorang MB kalau cuba mengambil alih tugas Imam, takkan MB nak tinggalkan tugas MB kerana nak lakukan tugas Imam.
Hakikatnya kalaupun rakyat pilih pemimpin itu Ulamak, kerja-kerja imam tetap akan dilaksanakan oleh Imam yang telah dilantik bukannya pemimpin yang dipilih. Letaklah sesuatu itu biar kena pada tempatnya. Anda Mampu Mengubahnya.
Percayalah...Takkan sama kereta Datsun 120Y Tok Guru pondok dengan kereta Mercedes Tok Guru politik.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.