Hujah Prof Kessler: Seminggu ( PR ) Bentuk Kerajaan, Mereka Akan Mula Bertelagah

Ramalan Profesor Di Australia Terhadap Pakatan

Profesor Clive Kessler dari Australia terkenal dalam bidang budaya dan politik.

Beliau menyertai dan memberikan ucapan ketika Perhimpunan Bersih 3.0 yang dijalankan di Sydney pada 28 April yang lalu.

Dengan kebijaksanaan beliau dalam perkara ini, adakah beliau rasakan bahawa pakatan PKR-DAP-PAS mampu membina sebuah kerajaan yang berkesan jika mereka menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi?

“Dalam masa seminggu sekiranya berjaya membentuk kerajaan baru, mereka akan mula bertelagah,” kata beliau.

Profesor yang telah 50 tahun mengkaji isu-isu Melayu itu tidak merasakan bahawa Pakatan mampu bersatu kerana kesemuanya mahukan kuasa.

“Mereka tidak akan mampu untuk bekerjasama menurut polisi yang mereka sendiri tetapkan,” tambah beliau.

Setelah mengkaji evolusi parti-parti politik di Malaysia selama separuh dekad, pendapat yang diberikan oleh Kessler terhadap kedua-dua pakatan (Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat) adalah sesuatu yang boleh diterima pakai.

Beliau merasakan bawa ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat masih lagi mempunyai pendapat yang amat berbeza, sebagai contoh, isu dimana hukum hudud (sekali lagi) tidak ia dimasukkan ke dalam agenda PR.

Pendapat yang diberikan oleh Kessler kemudiannya disangkal oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam satu temu-ramah yang diadakan bersama Bloomberg.

Anwar mengatakan bahawa ketiga-tiga parti tersebut tidak akan memberikan sebarang kesan buruk dalam membina kerajaan baru.

Anwar mengakui bahawa memang terdapat ‘sesi debat yang agak besar terhadap isu perbezaan, tetapi debat tersebut bukanlah sesuatu yang akan memecah-belahkan PR.’

Kessler tidak bersetuju dengan pendapat tersebut.

Anwar yang selalunya sering memperkatakan tentang hudud, berkata bahawa ia tidak mungkin akan dilaksanakan di Malaysia kerana ia memerlukan persetujuan sebulat suara.

Pun begitu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berikrar dua minggu lalu bahawa dia akan meneruskan dengan perjuangan untuk melaksanakan hukum hudud sebagai sebahagian daripada kerajaan Pakatan.

PR kemudiannya mengambil keputusan untuk mengeluarkan isu ini daripada agenda mereka sebelum terlambat.

Mengenai percanggahan ideologi ketiga-tiga parti di dalam PR, Kessler telah menulis sebuah artikel mengenainya.

“Secara keseluruhannya, bagaimanakah ketiga-tiga parti ini, yang mempunyai sejarah yang berbeza-beza dan pendapat yang berbeza mampu untuk berfungsi sebagai satu organisasi yang berkesan?”

Dalam kata lain, perbezaan yang terdapat dalam PR adalah terlalu besar hinggakan tiada apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Menurut Kessler,” Jika mereka menang, apakah polisi yang akan mereka keluarkan? Apakah yang akan dilakukan untuk melaksanakan polisi yang dibuat? Siapakah yang akan menjadi portfolio utama Kabinet dan menjalankan tugas tersebut?

Kessler sudah tentu akan mengkaji manifesto PR yang diumumkan akan keluar tidak lama lagi, tetapi, seperti yang telah disebut, kedudukan bagi kabinet Pakatan juga boleh membantu rakyat untuk mengenalpasti bagaimana mereka boleh berfungsi sebagai satu organisasi.

Kessler telah memberikan ramalan beliau terhadap PRU-13 dengan berkata,”kesimpulannya, hingga sekarang, masih tiada parti lain yang mampu mengatasi UMNO dalam hal pengurusan kerajaan, mungkin satu kesimpulan yang agak sukar untuk diterima.

“Namun, ia adalah ramalan yang tetap bagi saya selagi Pakatan Rakyat tidak mampu bekerjasama antara satu sama lain.”

1 comment:

  1. ko tuhan ke?? yang meramal buleh la.. yang merancang kami..yang tentu kan aman ke tak..tu kerja tuhan..

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...