Keunikkan dua tokoh ini adalah bertanding dalam negeri yang sama dengan masing-masing mewakili parti yang berbeza, namun, tidak kira tua atau muda, DUN atau Parlimen, bulan atau dacing, kedua-duanya tewas, apakah hikmahnya ?
Menjadi seorang pemimpin kepada rakyat bukanlah satu perkara yang mudah, sebagai orang agama, ia tidak akan terpisah dengan kitab, masa mana untuk mentelaah hukum hakam dan masa mana pula untuk menjaga rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat.
Ulamak yang ada nilai disisi Allah sentiasa dijaga, jika tidak sudah pasti Ulamak dan Tok Guru-Tok Guru pondok seluruh negara akan bertanding mewakili mana-mana parti atau menubuhkan parti sesama mereka.
Secara peribadi Gk berpendapat, Ulamak tidak perlu tercemar dengan menjadikan diri sendiri sebagai ahli politik, sebaliknya jadilah pendakwah yang menasihati ahli politik. Anda Mampu Mengubahnya.
P. 003 - Arau
Haron Bin Din - Pas (18,005)
Shahidan Bin Kassim - Bn (19,376)
Zainudin Bin Yom -Bebas (406)
Majoriti:1,371
Mohd Shukri Bin Ramli - Pas (3,632)
Zainudin Bin Yom – Bebas (222)
Majoriti:121
N. 15 - Sanglang
Fathul Bari Bin Mat Jahya - Bn (3,511) Mohd Shukri Bin Ramli - Pas (3,632)
Zainudin Bin Yom – Bebas (222)
Majoriti:121
Salam. Saya sangat setuju dengan pendapat sdr.
ReplyDeleteUst Al-Banjari yang beri kuliah di surau tempat saya baru2 ini pun berkata begitu. Pendapatnya saya muatkan dalam entri di link berikut:
http://al-lavendari.blogspot.com/2013/05/ulamak-sepatutnya-menenangkan-semua.html
Kalau ada kelapangan sudikanla baca.
Sy setuju. Ulamak perlu menjadi penasihat pemerintah demi kesucian agama islam di malaysia ini
ReplyDeleteSAYA JUGA TERFIKIRKAN PERKARA YG SAMA
DeleteSesungguhnya jika mereka jadi wakil rakyat mewakili parti, akan ada ketikanya di mana mereka TERPAKSA bertindak mengikut kehendak parti YG MUNGKIN TIDAK MENGIKUT KEHENDAK SYARIAT.
Kerana itu, mungkin, maka Allah tidak izinkan mereka jd wakil rakyat sebaliknya Allah mahu mereka terus dgn kerja2 dakwah yg memantau kelakuan dan polisi parti masing2 yg mungkin BERTENTANGAN dgn syariat Islam.
Tengok saje apa dah jadi dgn Nik Aziz dan Hj Hadi. Bukannya mereka takde ilmu tetapi kerana politik mereka cakap dan keluarkan fatwa yg 'meragukan'. Perkara ini tentu TIDAK AKAN berlaku sekiranya mereka kekal sebagai Tok Guru.
Kepada UFB dan Dato' Haron, teruskan berdakwah... kami perlukan anda.
Tapi dalam PAS pun banyak ulamak2 yg menang....ulamak atau ularmak?
ReplyDeleteUlamak yg berpolitik hanya akan memihak kepada puak2 dia saja walau terang-terangan buat salah.. contoh berzina.. akan cepat2 ditutup kes dan hapus lah dosa! Sebab kalau terbukti bersalah maka imej dan sokongan politik kpd parti akan terjejas!!
ReplyDeletePerbandingan yg tidak rational dan dangkal. Nik Aziz yang mengatakan pangkah Pas masuk syuga dan menang maka dia dilindungi Allah. Hadi menang dgn isu negara Islam dan kemudian negara kebajikan dilindungi Allah. Apa Allah merestui semua penipuan itu?
ReplyDeleteTuan, kadangkala Allah membiarkan seseorang hambanya terus dalam 'kegelapan' apabila mereka berulangkali mengingkari petunjuk yg Allah berikan sebelum ini.
DeleteDalam sehari, kita baca 17 kali Al-Fatihah dalam 5 solat. Renungkan ayat2 terakhir.. Ihdinassiratal mustaqim (bimbinglah kami di jalan yg lurus)
Sirattalazhi na an am ta a'laihim (jalan yg Engkau tunjukkan kepada para anbia' dan solihhin)
Ghairil maghdu bi a'laihim walladhaa lin (bukannya jalan bagi orang2 yg Engkau murkai)
nampak tak Tuan? Allah tetap memberi jalan kepada orang2 yg Dia murkai (maknanya orang2 tu dapat apa yg mereka hendak tetapi sesungguhnya apa yg mereka dapat hanya akan membawa mereka kpd jalan neraka)...
nauzubillah min zaalik..... wallahu a'llam
dugaan jugak tu kan..jadilah ulamak mulia ia disisi Allah.. ahli politik dugaan besar..
ReplyDeleteUlama / ustaz (Islam) tidak ada peranan dalam politik, dalam quran pun tak ada. Hanya rujukan kepada cerdik pandai iaitu mualimin. Cerdik pandai dalam agama ini akan menambah riak, sombong dan munafik. Bila munafik tidak akan malu untuk melakukan dosa. Kita kembali kepada Allah membawa bekalan masing-masing dan tiada wali atau syafaat dari sesiapa pun (rujuk quran). MrDn
ReplyDeleteSemoga Allah swt melindungi kita dan org org yg ikhlas berjuang dan beramal dr fitnah dunia, fitnah dajjal dan kuncu kuncunya.
ReplyDeletejadilah ulama Islam yang sebenar.. menyatupadukan seluruh umat Islam tanpa mengira fahaman....... bukan ulama politik.. lebih dasyat lagi kalau menjatuhkan hukum sebarangan kepada orang, mempergunakan agama, syurga neraka, mengkafirkan dan sah/tidak sah solat orang.. segalanya itu urusan Allah. Ulama2... jadilah ulama yang mengeratkan silatrahim seluruh umat Islam.. kami tak kira apa jua fahaman.. memerlukan ulama tulin.
ReplyDeleteUlamak adalah orang yg tidak terikat dgn politik
ReplyDeletepanda la puok mu keluar fatwa.....pakat reka belako.....akhir zaman mmg benar lah...org x faham agama bedegar2 kecek agama....ngaji byk mano blako??....ustaz najib 7 dosa besar ...lite puke te ko ghibut ari tu.mu to napok ko...ko jadi pok ko blako..hahhha kecek besar .....panda sangak....
ReplyDeleteSaya pun terfikir begitu. Mungkin kedua2 ustaz ingat mereka blh menjadi pemimpin yg bagus, tp, mrk sebenarnya pendakwah yg baik. Saya pun syg mrk n suka mrk tak jd ahli politik... Politik sgt kotor dan sy suka mrk menasihati politician masing2 supaya tidak lari dr landasan islam...
ReplyDelete