Showing posts with label demontrasi. Show all posts
Showing posts with label demontrasi. Show all posts

Anwar Perbudakkan Ulamak Sebagai Bebanan PR Capai Kemenangan, Pas Sedia Keluar Dari Pakatan?

Sikap Anwar Ibrahim yang ingin memperbudakkan golongan Ulamak didalam Pas tidak kesampaian apabila golongan tersebut sedar dengan matlamat sebenar Anwar bersama-sama mereka.

Golongan Ulamak Pas hanya dipergunakan oleh Anwar sebagaimana Anwar mempergunakan orang-orang muda untuk berhimpun demi mencapai cita-cita luar tabienya menjadi Perdana Menteri.

Mana mungkin golongan Ulamak Pas boleh tunduk patuh kepada setiap perancangan Anwar seperti sebahagian orang-orang muda, sedangkan mereka berpengalaman dan berilmu, takkanlah kalau Anwar kata 'tonggeng' mereka tonggeng, Anwar kata berhimpun mereka berhimpun, memang tak patutlah Anwar nak perbudakkan Ulamak.

Pas juga mulai sedar sokongan kepada mereka khasnya di Kelantan agak menurun, rakyat sudah tawar dengan perjuangan Pas setelah Pas bersama-sama DAP dibawah telunjuk Anwar, Pas dilihat tidak konsisten dengan perjuangan yang dibawa, mujurlah masih ada kebencian rakyat kepada pemimpin Umno Kelantan yang menyebabkan Pas masih lagi boleh kekal berkuasa.

Rentetan itu, tidak hairanlah jika 11 perhimpunan blackout diadakan diseluruh negeri namun tidak diadakan di negeri Kelantan, jika diimbau kembali program-program Pakatan Rakyat sebelum ini, sememangnya ia agak aneh jika Kelantan dikecualikan, namun itulah hakikat yang berlaku.

Bagaimanapun golongan Ulamak didalam Pas mendapat kritikkan keras daripada pimpinannya sendiri  yang pro kepada Anwar, mereka mengatakan golongan Ulamak inilah menjadi bebanan dalam usaha PR mencapai kemenangan menuju ke Putrajaya.

Menjawab tohmahan tersebut, dalam kekecewaan berkias Nik Abduh berkata, "Kekuatan PR adalah kerana para ulama mendukungnya. Apabila ulama dilihat sudah menjadi bebanan kepada PR dan melambatkan proses kemenangan, maka para ulama perlulah sedar mereka tidak lagi dianggap pendukung penting".

"Adakah ulama perlu menyisih diri demi kemenangan PR? Para ulama, di mana pun mereka berada, (PR/ BN) kemenangan akan segera mengekori mereka. Sebabnya, para ulama adalah obor kehidupan. Mereka tidak perlu kemenangan segera untuk memperolehi ridha Allah. Merekalah yang mengajar saya, untuk beroleh kemenangan agung, anda hanya perlu berjalan lurus". Anda mampu Mengubahnya.

Video - Dimana Polis ? Penjenayah Demokrasi Berkampung Didepan Balai Bantah Penahanan Ketuanya

Aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim ditahan reman selama lima hari di bawah Kanun Keseksaan 124 B dan Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan bermula hari ini.

Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (Kami), Khalid Mohd Ismath berkata, sehubungan dengan penahanan Adam Adli, kumpulan aktivis akan terus 'berkampung' di hadapan lokap tersebut bagi membantah penahanan rakan mereka itu.

"Kita juga akan bermalam di sini dan menyalakan lilin sepanjang lima hari penahanan Adam Adli.

“Malahan, Adam Adli juga sempat berpesan kepada rakan aktivis di luar supaya terus berjuang melalui bapanya, Abdul Halim yang hadir di lokap Balai Polis Jinjang pada jam 11.30 pagi tadi," katanya kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya lagi, Adam Adli diwakili peguam Latheefa Koya dan Eric Paulsen untuk kes ini.

Apabila pihak polis telah melakukan tangkapan keatas seseorang suspek bagi membantu siasatan dalam sesuatu kes, kemudian datang satu gerombolan berhimpun dihadapan balai polis bagi mendesak tahanan tersebut dibebaskan, apa maknanya undang-undang dan dimana ketegasan pihak berkuasa dalam memperjalankan undang-undang.

Kenapa pihak polis membiarkan pihak lain menggangu siasatan polis terhadap Adam Adli ? Perhimpunan didepan balai polis sebegitu jika dibiarkan sedikit sebanyak akan mewujudkan satu momentum yang boleh menjadi punca kepada perhimpunan besar-besaran sekaligus akan menggugat keselamatan sejagat.

Diatas nama hak kebebasan bersuara, adakah berhak Adam Adli bersuara sehingga mencabar pihak berkuasa dan menghasut rakyat turun ke jalanraya dengan tujuan untuk menggulingkan kerajaan yang sah dipilih oleh majoriti rakyat? , "Kalau ada polis, kalau ada SB, kalau ada agen-agen daripada Umno sekalipun, nama saya Adam Adli bin Abdul Halim, no kad pengenalan 890703075357, ambil butiran saya, buat laporan polis, kerana hari ini saya nak ajak semua yang ada disini kita harus susun dan kita akan turun ke jalanraya untuk rampaskan kuasa, boleh atau tidak ?, boleh atau tidak ?, boleh atau tidak ?"

Cuba bayangkan, dalam negara demokrasi kerajaan mana yang memerintah sekalipun mesti ada pembangkang yang bercita-cita nak jadi kerajaan, namun jika semua pembangkang itu bersifat seperti pembangkang hari ini, adakah kita ingin melihat pembangkangan itu berlaku dalam bentuk demontrasi berpanjangan yang boleh mencetuskan huru-hara serta impak negatif negara dipandangan dunia luar.

Pihak keselamatan perlu menyuraikan perhimpunan membela penjenayah demokrasi ini dengan langkah yang cermat dan berhemah, lakukan tangkapan keatas mereka yang ingkar, gerakkan seluruh media membuat liputan ketika pihak polis bertindak menyuraikan mereka, pastikan tidak ada keganasan yang dilakukan oleh pihak polis walaupun di-provok, pihak polis harus bersabar, kalau geram sekalipun, lepaskanlah geram anda itu apabila penjenayah demokrasi ini berada dalam tahanan.

Pihak berkuasa khasnya PDRM harus peka dan tegas, Menteri berkaitan perlu memainkan peranan secara bijaksana dengan memastikan undang-undang yang ada diperjalankan tanpa ragu, seterusnya rakyat ingin melihat tidak berlaku lagi demontrasi yang menuntut dakwaan tanpa bukti dan sedikitpun tidak melibatkan kepentingan rakyat melainkan kepentingan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri serta agenda DAP mengkomuniskan Malaysia. Anda Mampu Mengubahnya.

Kalau Sebut Pasal Huru-Hara Dah Takder Muka Lain, Mesti Muka Ni

SHAH ALAM - Beberapa kumpulan aktivis pelajar merancang untuk mengadakan himpunan di hadapan Balai Polis Jinjang malam ini sebagai tanda protes terhadap penahanan, Adam Adli Abdul Halim.

Adam Adli ditahan di bawah Seksyen 124 Akta Hasutan.

Dipetik laman mikro Twitter salah seorang ahli kumpulan aktivis, Mandeep Singh, mereka akan mula berkumpul di hadapan balai polis tersebut pada jam 8 malam dengan memakai pakaian bewarna hitam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh turut mengesahkan Adam Adli ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bersabit dengan satu siatan di bawah sekesyen 4 (1) Akta hasutan 1948, pada jam 3.15 petang tadi.

Mohmad juga menasihatkan orang ramai supaya tidak meneruskan aktiviti yang boleh menimbulkan kekecohan dan kemudaratan kepada negara.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang cuba menimbulkan pecah keamanan dan mencetuskan insiden-insiden yang tidak diingini," katanya pada satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 6.30 petang, hari ini.

Sebelum itu, beberapa pemimpin pembangkang turut melahirkan reaksi tidak puas hati dengan tindakan yang dikenankan terhadap aktivis tersebut.

"... aktivis pelajar Adam Adli ditahan bawah Akta Hasutan di Bangsar sebentar tadi. Zahid tunjuk taring?," kata Naib Presiden PKR, Tian Chua yang dipetik di laman Twitternya.

Bab cetuskan huru-hara budak nilah pakarnya, huru-hara mana yang tidak disertai dan dikepalai oleh budak ini, semua huru hara budak-budak, budak nilah kepalanya, yang bos dia tu tak payah cakaplah, raja segala kepala.

Demontrasi dah dijadikan hobi oleh mereka, kepada pihak berkuasa khasnya pihak polis, agak-agak dah tangkap tu pastikan setelah dibebaskan muka ni tidak lagi membuat huru-hara seperti sebelumnya, tanya apa yang dia mahu ? Rakyat cukup serabut dah dengan kekacauan yang ditimbulkan mereka.

Kalau ya pun aktivis, takkanlah kepala sebijik macam ketua pembangkang, semua perkara dia tak berpuas hati, ada saja yang ditimbulkan, kalau macam Ambiga, A. Samad Said, kita cuma lihat dalam perhimpunan Bersih je, tapi budak ni macam-macam demontrasi huru-hara ada muka dia, meluat.... Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Demontrasi Bongkar Punca BN Sentiasa Kalah Di Kelantan @NajibRazak Mohon Tindakan

Mimpi ngeri buat UmnoBN di Kelantan hadir dalam igauan demomtrasi apabila dilaporkan seramai 25 orang Ketua cawangannya keluar beramai-ramai bagi memprotes beberapa tindakan yang telah dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Dali Husin yang didakwa menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan mereka.

Pergolakkan dalam UmnoBN di Kelantan sememangnya ada berlaku, namun sikap menyembunyikan hal itu dari pengetahuan umum dipercayai didalangi oleh pemimpin tertentu yang tidak diketahui apa tujuannya, saya beranggapan ia hanya bertujuan untuk memampuskan Umno di Kelantan itu sahaja.

Jika tidak masakan hal itu dibiarkan tanpa penyelesaian, bila ditanya bagaimana peluang BN nak rampas Kelantan ? Mereka akan menjawab, "Kami yakin kali ini BN mampu rampas Kelantan, kita melihat rakyat Kelantan kali ini benar-benar inginkan perubahan",namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, PRU demi PRU semuanya cakap tidak serupa dengan bikin, hakikat sebenar adalah pertelagahan sesama sendiri pun gagal nak selesai bagaimana nak dekati rakyat ?.

Bila akar umbi bersuara mengikut saluran yang betul tidak pula diendahkan, bila mereka membuat demontrasi terbuka dituduh pula kerana marah tak dapat projek, irihati dsbnya. Sampai bila perkara ini akan berterusan ? Benarkah apa yang dituduh kepada mereka itu ? Nak tuduh mereka tak dapat projek ke, apa ke, itu tak kisahlah, tapi bagaimana pula dengan yang dapat projek ? Apa sumbangan untuk memenangkan BN di Kelantan, dah tu menang ke ? Tak menang negeri menang bahagian atau Dun pun dah kira oklah, tapi bagaimana kalau bahagian pun tak menang, Dun pun tak menang ? Duk mengtekedarah apa dalam Umno ni ?

Pemimpin Umno Kelantan jangan bagi rakyat benci dan muak, tak perlu berlagaklah, tak usah nak angkuh, kalau MUAMMAR GHADAFFI pun rebah 'terrap' siapalah anda kalau nak mengaku lebih hebat dari Ghadaffi atau lebih otai dari Hosni Mubarak. Berapa banyak sangat duit yang ada untuk bernafsu angkuh ? Biar reti sikit, semangat orang yang bangkit dalam dia sendiri tidak ada apa-apa jauh lebih hebat dari segala semangat yang pernah ada.

Siasatan perlu dilakukan bagi menyelesaikan isu ini, usah dituduh mereka dengan pelbagai macam, mereka juga sebahagian dari kita, perkara pokok yang perlu disiasat benarkah daripada 82 cawangan Umno yang ada 30 cawangan telah di'mati'kan dan tinggal hanya 52 sahaja, ini perkara serius yang melibatkan kepentingan parti, atau orang-orang Umno ni lebih pentingkan pemimpin daripada parti ? Siasat apa puncanya ?

Isu ini tidak perlu disorok, kenapa tidak mahu mengaku dengan kelemahan sendiri sedangkan keputusan dari isu yang disorok itu tidak juga mempengaruhi untuk kemenangan BN di Kelantan, kenapa perlu biar ia menjadi barah ? Isu seperti ini sangat dikesalkan didalam kita ingin melihat berlakunya perubahan di bumi Kelantan. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung
 Demontrasi ini diadakan di Airport Pengkalan Chepa pada 05 Januari 2013, Demontrasi yang dinamakan sebagai Gelombang Gajah Metor ini dilaporkan akan diadakan secara berterusan dari masa ke semasa dan selepas ini akan berkunjung ke Jeli.

Demontrasi Bantah Hina Nabi Dicemari Fitnah Oleh Pemimpin PKR - Video

Kerana takut kepada DAP, Ketua Angkatan Muda Keadilan terpaksa menunjukkan keberaniannya dengan memfitnah Pemuda Umno Malaysia semasa perhimpunan bantahan terhadap penghinaan kepada Nabi yang diadakan Jumaat lalu, tetapi langsung tidak berani menyentuh mengenai Pemimpin DAP, Ngeh Ko Ham yang jelas menghina umat Islam dengan mendakwa perhimpunan membantah penghinaan keatas Nabi dan Islam yang akan diadakan itu sebagai membuang masa dan tenaga.

Bagaimanapun beliau membuat fitnah dengan mengatakan, "Umno pada hari ini bacul, mereka tidak hadir, mereka tidak melihat kebersamaan untuk membela Muhammad SAW, bagaimana diperingkat pusat, Pemuda Pas mengajak, menjemput Pemuda Umno, mereka tidak mahu bersama, malah mereka mengadakan perhimpunan bantahan berasingan"

Sedangkan sebelum ini kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan Abdul Latiff Abdul Rahman berbeza sekali dengan apa yang didakwa sebagai Pemuda Pas mengajak Pemuda Umno, dan tidak timbul isu Pemuda Umno enggan mengadakan demontrasi bersama, Abdul Latif dipetik sebagai berkata, "Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut mengajak semua pihak untuk mengecam penghinaan itu, dan sekretariat Pemuda Umno juga ada menghubungi Pemuda Pas Pusat untuk mengadakan perbincangan berhubung isu berkenaan ".

Malah Pemuda UMNO menerusi Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa biarpun perhimpunan secara berasingan namun Matlamat tetap sama, iaitu menunjukan bantahan terhadap perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW.

Menurut Khairy, Pemuda UMNO membuat keputusan tidak bergabung dengan Pemuda PAS esok atas faktor keselamatan, keputusan tersebut dibuat selepas berbincang panjang dengan Nasarudin Hassan semalam.

“Pada mulanya, memang Pemuda UMNO berhasrat untuk bergabung dengan Pemuda PAS dan kami terbuka untuk bergabung.

“Tetapi selepas berbincang dan memikirkan faktor keselamatan dan logistik, kami buat keputusan yang himpunan aman dibuat secara berasingan,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...