Kerana takut kepada DAP, Ketua Angkatan Muda Keadilan terpaksa menunjukkan keberaniannya dengan memfitnah Pemuda Umno Malaysia semasa perhimpunan bantahan terhadap penghinaan kepada Nabi yang diadakan Jumaat lalu, tetapi langsung tidak berani menyentuh mengenai Pemimpin DAP, Ngeh Ko Ham yang jelas menghina umat Islam dengan mendakwa perhimpunan membantah penghinaan keatas Nabi dan Islam yang akan diadakan itu sebagai membuang masa dan tenaga.
Bagaimanapun beliau membuat fitnah dengan mengatakan, "Umno pada hari ini bacul, mereka tidak hadir, mereka tidak melihat kebersamaan untuk membela Muhammad SAW, bagaimana diperingkat pusat, Pemuda Pas mengajak, menjemput Pemuda Umno, mereka tidak mahu bersama, malah mereka mengadakan perhimpunan bantahan berasingan"
Sedangkan sebelum ini kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan Abdul Latiff Abdul Rahman berbeza sekali dengan apa yang didakwa sebagai Pemuda Pas mengajak Pemuda Umno, dan tidak timbul isu Pemuda Umno enggan mengadakan demontrasi bersama, Abdul Latif dipetik sebagai berkata, "Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut mengajak semua pihak untuk
mengecam penghinaan itu, dan sekretariat Pemuda Umno juga ada
menghubungi Pemuda Pas Pusat untuk mengadakan perbincangan berhubung isu
berkenaan ".
Malah Pemuda UMNO menerusi Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa biarpun perhimpunan secara berasingan namun Matlamat tetap sama, iaitu menunjukan bantahan terhadap perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW.
Menurut Khairy, Pemuda UMNO membuat keputusan tidak bergabung dengan Pemuda PAS esok atas faktor keselamatan, keputusan tersebut dibuat selepas berbincang panjang dengan Nasarudin Hassan semalam.
“Pada mulanya, memang Pemuda UMNO berhasrat untuk bergabung dengan Pemuda PAS dan kami terbuka untuk bergabung.
“Tetapi selepas berbincang dan memikirkan faktor keselamatan dan logistik, kami buat keputusan yang himpunan aman dibuat secara berasingan,” katanya.
“Pada mulanya, memang Pemuda UMNO berhasrat untuk bergabung dengan Pemuda PAS dan kami terbuka untuk bergabung.
“Tetapi selepas berbincang dan memikirkan faktor keselamatan dan logistik, kami buat keputusan yang himpunan aman dibuat secara berasingan,” katanya.
wat malu PAS ore ni, kecek huduh, Dey lagi nak spin. Ore ginilah hok memecahbelahkan masyarakat Melayu Malaysia hari ni.. baso jenih gong.
ReplyDelete