Sudah Tiba Masanya Hudud Dilaksanakan - Ketua Dewan Muslimat Pas

Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, sudah tiba masanya undang-undang Islam dilaksanakan di negara ini untuk mengekang jenayah.

Menurutnya, berdasarkan jawapan balas Kementerian Dalam Negeri terhadap soalan beliau di parlimen, sepanjang tahun 2011 sahaja terdapat 860 kes pembunuhan di Malaysia.

Katanya, statistik itu amat membimbangkan seperti mana statistik kelahiran anak luar nikah iaitu 250,000 yang dilaporkan.

Jumlah itu dikatakan tidak termasuk anak yang dibuang atau digugurkan akibat persetubuhan haram, yang dijangkakan jumlahnya tiga kali ganda daripada angka yang direkodkan.

“Banyak faktor berlakunya jenayah akhir akhir ini dan saya percaya jika undang- undang Islam yang lebih adil dilaksanakan ia akan berjaya mengekang jenayah sekali gus mewujudkan komuniti yang selamat dunia akhirat,” katanya ketika ditemui menziarahi Hunaizah kellmarin.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ramai banduan yang dibebaskan selepas pemansuhan Akta Kediaman Terhad menjadi faktor peningkatan kadar jenayah akhir-akhir ini.

Namun katanya, sehingga undang-undang Islam dilaksanakan, golongan wanita terutamanya perlu mengambil langkah drastik terhadap aspek keselamatan mereka di luar atau ketika di rumah.

“Penjenayah semakin berani mengancam nyawa mangsa mereka seolah-olah nyawa tidak lagi berharga.

“Untuk itu pastikan sentiasa mengunci pintu dan pagar ketika di rumah dan jika mempunyai urusan di luar, pastikan sentiasa berteman,” katanya ketika mengulas mengenai insiden yang menimpa bekas ahli Dewan Negara dan Ketua Dewan Muslimat Pas Ketereh, Hunaizah Mohd Nor, 68, apabila terpaksa bertarung beberapa minit mempertahankan dirinya dalam kejadian samun yang berlaku awal pagi Rabu lalu.. 

Dalam perkembangan lain, seorang lelaki separuh abad, lengkap berkopiah dan berpakaian kemas, merupakan antara 114 yang ditahan dalam ops tapis bersepadu yang dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Kontinjen Kelantan (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu (IPD) bahagian Siasatan Narkotik dan Jenayah, di kawasan sekitar Kok Lanas dan Ketereh, di sini, awal pagi semalam.

Daripada 114 orang itu, tiga merupakan wanita dan selebihnya merupakan lelaki yang berusia antara 15 hingga 35 tahun. Dalam operasi sekitar jam 1 hingga 11 pagi itu, polis turut berjaya merampas 75 biji pil kuda jenis Yaba.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, serbuan dijalankan, hasil maklumat serta risikan anggota dan pegawai di kawasan yang dikenal pasti.
Sebahagian penagih
“Ia diketuai Inspektor Suhadi Saedon, dengan 84 anggota termasuk 12 pegawai yang menyertai operasi itu. Dengan kejayaan terbabit, Polis Kelantan berjaya melakukan tangkapan terbesar setakat tahun ini," katanya pada sidang media di IPD semalam.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan akan dibawa ke hadapan majistret untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi menyambung siasatan di bawah seksyen 15 (1) dan 12 (2) kerana kesalahan menagih dan memiliki dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Azham berkata, pihaknya juga turut merampas dua buah kereta jenis Proton Saga baru serta Perodua Viva dalam operasi itu, yang dilaporkan hilang di kawasan Ulu Klang, Ampang di Kuala Lumpur dan di Ketereh.

“Operasi ini dilakukan bagi membanteras kegiatan jenayah dan penagihan dadah. Kita akan meneruskan operasi seumpama ini bagi mengesan kawasan yang menjadi sarang penagih dadah di sekitar Kota Bharu bagi membanteras gejala ini,” katanya.

4 comments:

  1. Orang pertama yang layak dihududkan ialah tidak lain dan tidak bukan ialah Anuwarrr ibrahimmm !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ke2 mat sapu bau burit mah...!

      Delete
  2. sebelum KDMP nak kecoh2....diminta berbincang dlm Parti/pakatan sendiri dulu....sbb ada yg kata 0.0001%, ada yg kata keadaan belum cukup kondusif, ada yg kata tak mahu & ada yg kata Langkah Mayat dia dulu

    nak bincang isu berat ni kena bincang sekali isu air yg lebih ringan....bila nak selesai???

    & tolong jgn masukkan dlm menifesto sbb menifesto bukannya JANJI NAK BUATpun....asyik nak menipu je kerjanya

    ReplyDelete
  3. memang itu kebiasaanya bila dekat pilihanraya soal hudud pasti timbul tapi selepas pilihanraya senyap sekejap nak timbul balik tunggu empat tahun lagi..beginilah bagi parti yg menggunakan ugama utk kepentingan politiknya..mereka terdiri dari ulama politik yg banyak menyesatkan org melayu..dan kononnya merekalah yg betul belaka..org lain semua jahil kurang islam..sehingga istilah PAS ITU ISLAM..DAN ISLAM ITU ADALAH PAS sentiasa dibibir mereka...jika benar apa yg mereka katakan dan seorang ahli pas keluar dari parti pas adakah orang itu terkeluar dari islam jika tidak bermakna parti pas sama saja seperti parti2 yg lain tiada bezanya..jadi apa yg sebenarnya islam itu telah dipergunakan oleh mereka utk kepentingan politik sempit..dan org2 melayu yg beragama islam menerima bulat2 apa yg mereka perkatakan...hai sedihnya org melayu...tidak mempergunakan akal yg dikurniakan allah...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...