Hudud - Nasharuddin Tak Bagi Muka, Desak Lim Guan Eng Mohon Maaf

KUALA LUMPUR: Perbalahan antara dua sekutu pembangkang iaitu PAS dan DAP berhubung isu hudud dilihat tidak berkesudahan apabila bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menuntut Lim Guan Eng membuat permohonan maaf secara terbuka.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP digesa berbuat demikian kerana didakwa secara konsisten mencampuri prinsip dan asas perjuangan PAS terutamanya berkaitan perlaksanaan hukum hudud.

Nasharudin menegaskan beliau menghormati perbezaan pendapat yang wujud dalam pakatan pembangkang namun tindakan pimpinan DAP yang secara terbuka mengkritik hukum hudud disifatkan sebagai keterlaluan.

"Pendirian Guan Eng tentang hudud bercanggah dengan kenyataan Tok Guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat) iaitu hudud adalah satu kewajipan dan bukannya pilihan.

"Beliau perlu tarik balik kenyataan kerana kalau tidak isu ini akan jadi lebih besar. Kita terima perbezaan pandangan tapi perlu menghormati amalan penganut agama lain," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang yang menegaskan hukum Islam itu bukan dasar pakatan pembangkang.

Ia kenyataan pertama daripada pemimpin tertinggi DAP itu sejak kemelut mengenai hukum hudud mencetuskan perbalahan terbuka antara pemimpin PAS dan parti berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

Sementara itu ditanya mengenai dasar pakatan pembangkang yang sememangnya tidak menyentuh mengenai hukum hudud, Ahli Parlimen Bachok itu mengakui memahami polisi yang dipersetujui itu.

"Saya tahu, tapi bila mereka masuk campur dalam polisi dan asas perjuangan sesuatu organisasi...bagi saya ia adalah campur tangan," katanya. - Mstar

1 comment:

  1. Kepada Saudara-saudara dan Saudari-saudari yang hormati sekian,

    Bahawa saya, peguam Yip Jiun Hann, Pemuda MCA Gombak seorang anak Yip Kum Fook(MCA GOMBAK) ingin bertanya mengapa orang ramai begitu dengki bapa saya beristeri lebih dari tiga? Ini sebuah Negeri demokrasi, dia mahu sepuluh isteri pun hak dia sendiri, sekiranya dia bolih bertanggujawab.

    Demi Islam pun bolih berkahwin lebih daripada empat perempuan. Saya harap orang ramai berfaham dan jangan bodoh.

    Kalau semua mahu cabar demokrasi dan hak asasi, orang ramai bolih bertanya pada YB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak and Pengurusi MCA Malaysia Datuk Dr. Chua Soi Lek, kerana memperbuatan mereka sama dengan bapa saya.
    Yang benar

    Pemuda MCA Gombak
    Sdr. Yip Jiun Hann

    REPLY

    Anon 19:31 @Yip Jiun Hann. saya pekenal saya diri sendiri nama seorang lawyer jugak Marapoo a/l Tanyasapa. Ini orang Malaysia juga ada busybody takdak mau respeck sama demokrasi dak hak-hak kemanusiaan. Saya punya appa juga ada kawin 9 kali estet juga buat. Itu saya punya appa kasi bilang ini Malaysia duduk banyak freedom apa..India, Cina , Malayu juga boleh kasi kawin.Tapi itu Islam kasi kawin Ampat saja Mr.Yip, takda kasi lebih. Tuhan Alah cakap dalam Kitab Kuran kasi kawin satoo,duaa,tigaa, ampaaat. Tapi itu jam kaloo takda bole kontrol mari, angkat satoo jugak Mr Yip. You itu jam angkat Loyer mana ounya tempat?? Univesiti TonSan mana?? Mr.Yip itu main belakang mari pun sini undang2 Malaysia takda kasi macam isteri juga. Itu main banyak2 belakang nanti tabley kira macam you punya bapak loo. Ayoo yoo dey

    http://medantempurkedah.blogspot.com/2012/07/kebodohan-suara-keadilan-persoal-kenapa.html

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...