Najib Hentam Pembangkang Pada Pembentangan Belanjawan 2013

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil peluang ketika membentangkan belanjawan terakhirnya dalam penggal pentadbiran kali ini untuk menyerang pemimpin pembangkang.

Tanpa menyebut nama Anwar, beliau berkata ketua pembangkang itu "tidak melaksanakan apa yang dikokokkan" ketika berada di dalam kerajaan.

"Kalau hari ini mereka menjanji itu dan ini, rakyat Malaysia harus bertanya, apabila pemimpin berkenaan, ketika masih berjawatan dulu, kenapa tidak melaksanakan apa yang dikokokkan.

"Hakikatnya, jika ketika berpeluang, tidak melaksanakan segala yang dijanji, apatah pula jaminan mereka akan melunaskannya jika diberi kuasa sekarang?," katanya.

"Bukankah apabila berhadapan dengan krisis kewangan Asia, hampir ranap negara ini dibuatkanya?," katanya dalam ucapan di Dewan Rakyat.

Walau tidak menyebut mana-mana individu, serangan itu dilihat ditujukan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan menteri kewangan ketika krisis kewangan Asia melanda.

Najib juga mendakwa, Pakatan Rakyat masih belum menunaikan janji di negeri yang dikuasai mereka.

"Jika kini, di negeri yang ditadbir mereka, apa yang terkandung dalam manifesto mereka sendiri pun masih tinggal janji, mana mungkin mereka boleh dipercayai dengan amanah dan kuasa?," katanya.

Beliau turut menyelar pembangkang apabila mengumumkan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia yang menurutnya "tidak membahayakan masa depan orang ramai".

"Bukan seperti sesetengah pihak, yang sanggup mengatakan apa sahaja, ini percuma, itupun percuma, hutang pun tak perlu bayar," kata Najib.

Katanya, bayaran bantuan yang diumumkan kerajaan hari ini bukanlah pemberian subsidi secara pukal tetapi disasarkan kepada kelompok yang memerlukan.Dalam belanjawan 2013 berjumlah RM251.6 bilion itu Najib mengumumkan subsidi berjumlah RM37.6 bilion, berkurangan daripada jumlah subsidi RM42.4 bilion dalam belanjawan 2012. -Malaysiakini.

1 comment:

  1. Dt Najib ambil kesempatan meliwat punggung pemimpin pakatan pembangkang semasa membantang bajit 2013. sampaikan ada yg tak boleh duduk diam kerana jubuh terkeluar buasir. last minit dah nak habis ucapannya Dt Najib bagi satu tembak tepat, siap dgn penumbuk dan sepak terajang lagi. hahaha... tak boleh cakap apa pun dia org semuanya dah bengkak2 dah.....

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...