Seandainya sebuah bas tidak mampu untuk ditadbir dengan selamatnya, bagaimana Anwar hendak mentadbir sebuah negara ? Kelemahan tampak jelas diatas apa yang telah berlaku kepada bas tersebut, petanda buruk yang berlaku itu mungkin boleh diambil iktibar darinya.
Kalau dengar Anwar berkokok, sepertinya beliau seorang yang hebat, 'Hari ini menang, esok diturunkan harga minyak', PTPTN pun nak dimansuhkan, dan segala macam janji manis yang ditaburkan, nampaknya semua itu hanyalah retorik semata-mata dan sudah menjadi lumrah pembangkang untuk membangkang apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan.
Dalam konteks mentadbir sebuah bas ini, sepatutnya Anwar perlu membuktikan kemampuannya, umum mengetahui Pas mempunyai 'Unit Amal', dan bas pula satu pengangkutan penting untuk menjayakan misi jelajahnya, oleh itu bantuan dari Unit Amal Pas boleh digunakan bagi mengawal keselamatan Bas tersebut:
1.) 3-5 orang Unit Amal atau sukarelawan
2.) Bas di parking pada kedudukan yang sesuai dan strategik bagi memudahkan unit amal untuk bertindak dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
Hanya dua cara itupun sudah cukup bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar sekaligus boleh membuktikan kecekapan beliau didalam membuat apa-apa pengurusan. Tapi yang berlaku adalah sebaliknya, namun setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, jadikan hikmah itu sebagai landasan fikir untuk menapis segala janji yang telah diliwati untuk segarkan angin angannya.. Anda Mampu Mengubahnya...
"Atau wayang opera apakah yang sedang dimainkan Anwar"
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.