'Saya Tak Mampu Bertahan Lagi' - Isteri Sham Kamikaze Tuntut Cerai

Farazila menunjukkan surat permohonan cerai yang difailkannya di Mahkamah Syariah Rendah Shah Alam pada 30 Ogos lalu.
PETALING JAYA: Isteri kepada pemuzik dan pendakwah Sham (Kamikaze) iaitu Farazila Abdul Jabar memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 30 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam dekat sini kerana konflik dalaman yang berlanjutan sejak tiga tahun lalu.

Farazila, 31, berkata, keputusan itu diambil selepas pelbagai usaha untuk memulihkan rumah tangganya dengan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, menemui jalan buntu.

"Saya ambil keputusan untuk memohon cerai daripada Sham kerana sudah tidak boleh hidup bersamanya lagi. Kami hanya bahagia pada tahun pertama perkahwinan sahaja.

"Beberapa konflik dalaman yang berlaku antara kami terlalu peribadi untuk saya dedahkan. Ia menjadi sebab utama perceraian ini," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Menara Star di sini.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2008 secara rahsia di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor.

Ditanya adakah keputusan bercerai itu turut dipengaruhi kontroversi kononnya Sham sudah bernikah lagi pada Januari lalu, Farazila berkata, ia bukan faktor utama sehingga dia mengambil tindakan itu.
Farazila dan Sham bernikah pada 17 Ogos 2008 secara rahsia.
"Ia (bercerai) bukan kerana cerita itu. Jika benar Sham bernikah lagi, saya sebagai isteri pertamanya reda bermadu tetapi sikap tidak bertanggungjawabnya dalam urusan rumah tangga membuatkan saya kecewa dan tawar hati.

"Mengenai cerita dia bernikah lagi, tiga kali saya bertanya kepada dia untuk kepastian tetapi dia tidak mengaku dan berdolak-dalik. Malah, dia mula menjauhkan diri, tidur berasingan dan bersikap kasar terhadap saya," katanya.

Farazila berkata, dia terpaksa berdiam diri selama ini walaupun maruahnya dan keluarga diperlekehkan umum sejak kontroversi Sham beristeri dua tersebar kerana disuruh mengunci mulut.

"Sudah lama saya berdiam diri sejak cerita itu tersebar walaupun maruah saya dan keluarga diperlekehkan.

"Kalau diperhatikan, saya langsung tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan kerana Sham tidak membenarkannya.
"Saya tidak mampu bertahan lagi kerana banyak konflik dalaman antara kami yang menafikan hak saya sebagai isteri. Sebab itu, saya ambil keputusan untuk memfailkan perceraian ini," katanya.

Kontroversi yang mendakwa Sham bernikah lagi pada 16 Januari lalu bukan punca utama Farazila memfailkan perceraian.

Menerusi laporan mStar Online pada 20 Januari lalu, Sham menafikan desas-desus mendakwa dia sudah bernikah lagi secara rahsia pada 16 Januari di Pulau Pinang.

Sham menganggap gosip itu sebagai fitnah yang mencalar reputasinya sebagai pendakwah baru dan menggores hati isterinya Farazila.

Pada artikel mStar Online bertarikh 13 April lalu, keluarga yang dipercayai isteri kedua Sham iaitu Nurul Halimin Md Salleh, 32, terkilan apabila gitaris itu masih enggan mengakui dia sudah bernikah kali kedua.

Sumber terdekat keluarga tersebut berkata Sham yang kini bergelar pendakwah bebas bersikap tidak jujur kerana sehingga kini masih menafikan pernikahan itu. M-Star

6 comments:

  1. Macam mana kita sewenang2 nya boleh membiarkan seseorang yang mempunyai background peribadi yang meragukan untuk memberi ceramah/ motivasi kepada umum?
    Ini menunjukkan taraf penceramah sekarang seperti low-class, sesiapa sahaja boleh berceramah hanya dengan bekata, "saya sudah berhijrah".
    Diharap orang2 seperti ini jangan lah terus memalukan profession penceramah yang tulen (sebenar) kerana mereka yang penceramah sebenar ini menghabiskan banyak masa untuk mengkaji dan mendalami sesuatu ilmu itu sebelum sampaikan kepada umum. Diharap rakyat Malaysia buka mata dengan situasi dewasa ini.

    ReplyDelete
  2. Dunia akhir zaman....yg takde ilmu diangkat meninggi langit...hakikatnya habuk pun tarak.

    ReplyDelete
  3. Cakap berdegar-degar bab dakwah la, insaf la, taubat la. Tanggungjawab haram macam gampang nak buat. Puak macam ni glamor nak cari lobang aje, lepas dah puas toron, cari lobang lain pulak. Sama la spesis "ustaz" segera lain.

    Ingat jihad ni mudah sangat la ek, kira dah pakai jubah serban, tudung labuh dah kira tak kena uji lagi la, dah spesel. Memalukan pakai islamik je la, tapi perangai macam lahanat, nak jaga anak bini pun cam jadah.

    ReplyDelete
  4. pakai serban ala kadar dan masuk pas, akan bergelar ustaz. tak percaya ke? tu contoh kat atas. mudahkan nak jadi ustaz...

    ReplyDelete
  5. Yg dipandang mulia akhlaknya, bukan ilmu atau amalannya

    ReplyDelete
  6. Ustaz sekarang banyak beri fitnah dari ceramah.kalau ceramah kaum lelaki selalu jadikan contoh tak baik,sedangkan bersepah juga kaum wanita yang tak baik.Beri ceramah macam diri ustaz /ustazah tak pernah ada dosa.nie semua nak cari harta je.bukan nak bagi ilmu.bila dah popular boleh jadi artis.bayar mahal.lepas tu ceramah lawak,seks.tak habis2.ramai orang sekarang rasa rugi sesangat kalau tak tengok ceramah ustaz/ustazah.kerana ada lawak.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...