Keganasan Bodyguard - Ahmad Maslan Senaraikan 6 Jenis Politik Yang Mesti Rakyat Tolak

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menyeru rakyat negara ini terutamanya para pengundi  menolak enam jenis politik yang diamalkan pembangkang iaitu politik biadab, politik bebas, politik fitnah, politik menghukum, politik perpecahan dan politik ganas.

Mengulas insiden pengawal peribadi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mengacukan pistol ke arah rakyat di Kampung Baru Rim Jasin Melaka petang semalam merupakan satu daripada bukti jelas politik ganas pembangkang.
 
"Perdana Menteri ada berbelas-belas bodyguard dan kita telah ada enam Perdana Menteri... tidak pernah kita dengar bodyguard berbelas-belas ini mengacu pistol. Tiba-tiba dia ni jadi Ketua Pembangkang ada bodyguard mengacu pistol kepada rakyat," katanya.
 
1. ) "Di Malaysia ini kita lihat politik telah bertukar menjadi politik biadab apabila peristiwa memijak gambar pemimpin, peristiwa menukar Jalur Gemilang.

2. ) Kemudian ada politik bebas yang menyokong kegiatan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.
 
3. ) Disamping itu politik memfitnah yang menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor difitnah macam-macam," katanya.

4. ) Seterusnya terdapat juga politik menghukum yang diamalkan pembangkang sehingga menyebabkan sembahyang dua imam dan kafir mengkafir sesama Islam. 
 
5. ) Selain itu, politik pecah belah yang tidak mahu melihat perpaduan antara Melayu, Cina dan India malah perpaduan dalam kaum masing masing.

6. ) Satu lagi ialah politik ganas yang dilakukan oleh sekumpulan perusuh semasa perhimpunan Bersih 3.0, katanya lagi.

Menurut beliau keenam-enam jenis politik itu perlu ditentang habis-habisan oleh Barisan Nasional (BN), parti yang tidak mengamalkan keganasan dan bebas tetapi menurut peraturan serta tidak mengamalkan politik memfitnah. Katanya ketika sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Klang hari ini.

Lelaki pada gambar diatas merupakan orang upahan Anwar yang terlibat dalam demontrasi 'biadap' menuntut PTPTN dimansuhkan dan pernah menyerbu Perdana Menteri yang kononnya dia ingin menghantar surat kepada PM, semasa beliau merempuh kawalan polis yang mengiringi PM, laungan reformasi dari gerombolannya turut dilaungkan,pelbagai provokasi terhadap pihak berkuasa telah dilakukan oleh lelaki tersebut namun kesemuanya gagal.

Politik kotor cara Anwar ini mesti ditolak, segala apa yang berlaku dan bersifat memburukkan BN semua itu sudah dirancangkan oleh Anwar, orang-orang upahannya memang licin menjalankan tugas-tugas jahat khas yang diamanahkan oleh Anwar kepada mereka, kejadian seperti memecahkan cermin bas , baling batu dsbnya itu turut didalangi oleh mereka. Jika dua hal diatas didalangi oleh orang yang sama maka tidak mustahil dengan hal-hal yang lain. Anda Mampu Mengubahnya....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...