Sham Kamikaze : Pada Pencaci Sibuklah Dengan Urusan Sendiri


Sudah menjadi lumrah bagi diri mereka yang popular untuk masyarakat mengambil tahu  perkembangan mengenai mereka, so tak usahlah cepat melatah melayani masyarakat sekeliling anda, sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama, tunjukkanlah kesabaran anda itu bagi memperlihatkan keindahan orang-orang yang dekat dengan Islam.

Terdahulu portal Mynewshub melaporkan, selepas isteri kepada pemuzik dan pendakwah bebas, Sham Kamikaze, iaitu Farazila Abdul Jabar, 31, mengeluarkan kenyataan menerusi mStar Online yang dia sudah memfailkan penceraian, Sham tida mengambil masa panjang dengan membuat kenyataan di Facebook, hari ini.

Farazila telah menfailkan penceraian terhadap suaminya itu pada 30 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, dekat sini.

Antara kenyataan yang dikeluarkan Shamril Mohd Salleh, 36, atau lebih dikenali sebagai Sham Kamikaze adalah “Mungkin anda telah, sedang ataupun akan membaca ‘kisah’ tentang rumahtangga saya. Diharapkan agar anda bersabar dan hormatilah hak peribadi rumahtangga orang lain.

“Jangan buat spekulasi dan tohmahan atau apa yang anda tidak jelas. Yang pasti, semuanya akan terjawab apabila tiba masanya kelak Insya Allah,” tulis Sham.

Sebelum ini, terdapat dasas-desus mengatakan Sham telah berkahwin lain dengan wanita bernama Nurul Halimin Md Salleh, 32, pada 16 Januari lalu namun Sham dengan tegas menafikannya.

Tambahnya, dia berharap agar semua sahabat tidak memanjangkan pertanyaan itu kepada mana-mana pihak.

“Yang baik itu daripada Allah, yang buruk itu kelemahan saya sendiri. Wallahu’alam. Barakallahu firman.” katanya.

Sehubungan itu, Sham yang kini bergelar pendakwah bebas harus tampil dan bersikap jujur bagi meleraikan permasalahan yang timbul.

6 comments:

  1. Tulah sham, lain kali cakap benar jangan bohong, jangan jadi kaki temberang. Kahwin kata kahwin, jangan kata tak. Cermin balik diri tu, pikiaq balik kenapa hang la ni terbukak aib sendiri. Jangan toron orang lain bila orang bukak aib hang. Tau pulak hang nak carik dalil mintak suh org lain jgn bukak aib hang.

    Pakai jubah serban belum tau lagi islam hang dah kamil, jihad ni jalan dia bukan senang, kalau senang mujahadah ni takla nabi nangis pikiaq umat dia jadi lagu mana.

    Dulu si ustaz astro sorang tu malu jugak kena tang sama cam hang ni sham, skrang turn hang pulak, jadi jangan cakap tak serupa bikin no, nanti allah balas cash.

    ReplyDelete
  2. Dunia akhir zaman...kemunafikan siputar belit yg berlagak alim semakin diserlahkan oleh Allah SWT utk dinilai oleh manusia sebagai pengajaran supaya manusia tidak lagi boleh ditipu oleh para munafik yg menzahirkan diri mereka seperti org alim/berilmu...they(the munafikins) can cheat people sometime BUT they cannot cheat people everytime.

    ReplyDelete
  3. Astarghfirullahalazim...

    ReplyDelete
  4. sedap betul hampa dok mengata org no...

    ReplyDelete
  5. org suruh mengaji hampa dok tengok tv ...tu la jadinya...

    ReplyDelete
  6. Hmmm.... yang sedap dok mengata nih tau ke 100% ape yg berlaku sebenarnya?? X payah komen banyak2... baca sudahlah.... Jgn menilai berdasarkan apa yg anda baca.... Betul or tak betul serahkan pada Allah.. Dia yg berhak menghukum or menilai... Kita manusia, amik pengajaran je..... biaq pi lah dia dgn hidup die..... Masing2 ade sbb sendiri... INGATLAH!!... setiap perkataan yg kita tulis ni akan disoal di akhirat kelak.... Yg tulis cerita... yang tulis komen.. Salah bagi info... salah bagi komen.... nak mintak maaf ngan sape nanti... huhuh... ingat2 lah sama..... This is just a friendly reminder... samalah kita perbaiki diri..

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...