Dia selayaknya digelar ‘budak kebal’ kerana kulitnya tidak melecur ketika dibakar dan langsung tidak berdarah apabila dicucuk dengan objek tajam.
Itu keistimewaan Mohd Adam Jamaluddin, 13, yang diperolehnya secara semula jadi selepas sering ‘bermain’ dengan api setiap kali membantu kerja ayahnya, Jamaluddin Hamzah, 48, yang mengusahakan bengkel kimpalan besi di Felda Gedangsa, dekat sini.
Malah, anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, dia bukan saja tidak berasa panas, sebaliknya berasa sejuk apabila api membakar kulitnya.
“Rasa sejuk macam kena air batu saja dan saya tak tahu kenapa saya tidak berasa sakit,” katanya ketika ditemui.
Mohd Adam berkata, sejak membantu ayahnya melakukan kerja kimpalan besi empat tahun lalu dia sentiasa terdedah dengan percikan api kimpalan dan besi tajam, namun pelik mengapa kulitnya kebal.

Bagaimanapun menurut pendakwah bebas yang juga kaunselor, Dr Rubiah Hamzah. “Rasulullah SAW sendiri tidak ada ilmu kebal, luka dan berasa sakit. Maknanya kebal bukanlah ciri-ciri yang kita nak kaitkan kerana ia pemberian Allah,” kata
Beliau berkata, sesuatu perkara yang dianggap kebal atau luar biasa mungkin dipengaruhi beberapa faktor termasuk aspek amalan seharian, keadaan hidup dan pemakanan, selain kemungkinan seseorang itu berdepan masalah kesihatan membabitkan penyakit saraf.
“Sebab itu, apa saja yang berlaku kita perlu tanya semula kepada remaja berkenaan (Mohd Adam Jamaluddin), sepanjang 13 tahun usianya, apa yang sudah dilakukannya, siapa rakannya dan apa makanan dinikmatinya setiap hari.
“Sesuatu kelebihan itu tidak jadi dengan saja-saja tanpa keizinan Allah. Ia bercanggah fitrah manusia yang diciptakan Allah dan apa yang berlaku bukan wahyu atau sebagai petunjuk Allah supaya manusia lebih berhati-hati,” katanya.
Dr Rubiah berkata, keistimewaan dimiliki remaja itu sepatutnya tidak didedahkan kepada umum sehingga boleh mendatangkan syirik dan sikap bermegah dalam diri. - Disunting dari Hmetro

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.