Kes Paria Hina Islam Ketua Polis Negara Keluar Kenyataan

PETALING JAYA - Tindakan mengina agama di Facebook sepatutnya tidak berlaku jika orang ramai mempunyai rasa tanggungjawab dan hormat terhadap negara yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa serta agama.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ibu bapa perlu memainkan peranan supaya dapat mendidik dan membentuk pewaris yang sayang kepada negara.

"Rasa cinta dan tangungjawab itu perlu dipupuk dari kecil supaya mereka dapat berfikir dengan baik sebelum melakukan sebarang tindakan. Jika tidak mereka akan bertindak luar batasan yang boleh mengganggu-gugat keamanan negara.

"Kita hidup dalam negara yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa dan agama. Sensitiviti itu perlu dijaga," katanya pada sidang media di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas melawat dua anggotanya yang cedera ditembak, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas seorang pemuda berusia 25 tahun yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kes menghina Allah dan Nabi Muhammad SAW dalam laman sosial Facebook.

Berhubung kes tersebut Ismail berkata, siasatan terhadap kenyataan di laman sosial itu sedang dilakukan.

"Saya juga dimaklumkan bahawa pemuda itu juga sudah membuat permohonan maaf di Facebook, namun siasatan tetap dijalankan," katanya.

Pemuda itu ditahan di rumahnya di Klang Jaya, Klang bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Dia turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang (IPD) Klang Selatan bagi menafikan kenyataan tersebut dibuat olehnya.

Pelajar sebuah universiti itu juga mendakwa ada individu lain yang menggunakan akaun Facebooknya berikutan komputer ribanya pernah hilang sebelum ini.

Kenyataan di Facebook itu mengundang kemarahan orang ramai sehingga menyebabkan kejadian pecah rumah dan rusuhan di rumah pemuda tersebut, kira-kira jam 10.30 malam, Selasa lalu. - Sinar Harian

- Paling kurang pun berilah kenyataan nasihat seperti Ketua Polis ini, jika nak diharapkan pemimpin yang memperjuangkan Islam, celakalah umat, lebih pentingkan undi dari agama, bangsat punya pemimpin, media-media rasmi pembangkang seperti Harakah dan Malaysiakini langsung tak berani nak sentuh isu ini, jika penghinaan ke atas Islam berlaku diluar negara yang tidak ada kena mengena dengan undi, bukan main lagi berdemontrasi lantang sampai ke parlimen, tetapi bila berlaku dalam negara sendiri yang berkait dengan undi, nak keluar kenyataan pun takut, beginikah pemimpin Islam ? Jelaslah wajah-wajah pemimpin politik pada hari ini, jika pentingkan undi mereka, tidak mengapa, mungkin undi melayu dan Islam ini tidak berharga. Insyaallah Allah Taala akan membalasnya. Anda Mampu Mengubahnya. Allahuakbar.

2 comments:

  1. betullah tuh. kemana perginya suara suara yang mengaku parti mereka adalah parti islam dan mengundi parti mereka diganjarkan syurga. mereka mereka semua asyik berpolitik dan meraih undi. mereka tidak ambil peduli islam dihina kerana mereka merekalah perosak yang menyebabkan islam tidak dihormati. mereka telah melahirkan islam kepartian dan pengikut yang mardut. insya Allah setiap perbuatan itu akan dihisab dikemudian hari kelak.

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni banyak senag laa..buat prokasi dan hina orang islam lepas tu mereka minta maaf..apa ingat maaf yang diucapkan tu ikhlas ke sebab kalau dia ikhlas dah tentu dia tak buat perkara ni sebab mereka ni bukan budak2 ataupun tak berpelajaran tapi orang yang berpelajaran tinggi. sepatunya mereka ni dibicarakan dan dihukum supaya ianya dijadikan contoh kepada orang lain supaya tidak berkelakuan sedemian rupa. oarang cakap mencegah daripada awal supaya tidak menjadi lebih parah lagi..ini isu berkenaan den sentiviti ramai...menteri yang jaga KDN tu jangan asyik dok tersengeh je sambil bagi amaran tetapi dah berpuluh amaran diberi tiada sebarang tindakan dilakukan.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...